Universiti Malaysia Sabah

"Bertekad Cemerlang"

Google

www.google.com.my

Rakan Seperjuangan

Ahli-ahli Blog

Web



Pergerakan arus teknologi dan maklumat sangat cepat dan aku pasti tak terikut oleh kita. Ada sahaja idea dan koleksi2 terbaru wujud dan muncul. Informasi kali ni aku nak kongsikan apa itu web 2.0 dan web 3.0.
Pada tahun 2006 John Markoff telah menyebut tentang sebuah konsep web masa depan yang merupakan arah perkembangan teknologi web yang akan melangkaui generasi web 2.0, dan ini lah dia web generasi dan teknologi baru Web 3.0. Dimana konsep Web 3.0 adalah smart internet experience, atau mudah disebut intelligent internet experience.
Menurut Nova Spivack, perkembangan web 3.0 akan terus beredar pada tahun 2010-2030, beliau adalah pakar dan pioner di bidang semantic web, ianya adalah salah satu komponen atau syarat paling penting dari konsep 3.0 adalah semantic web.
Era Perkembangan Web
Era web 1.0 bermula dari 1990 hingga 2001
Adalah generasi pertama web yang berfungsi sebagai pemberi maklumat dan informasi yang bersifat satu arah. Segala content atau isinya berada ditangan administrator, jadi pengunjung hanya dapat melihat isi dari laman tersebut tanpa dapat memberi komen atau pandangan.
Era Bubble Burst bermula tahun 2000
Dikenali juga sebagai DotCom Bubble Burst atau Dotcom Crash juga DotCom Doom. Pada tahun 1998, Google berdiri dan internet menjadi semakin mudah untuk digunakan.Waktu itu potensi laman wen dengan format portal dengan berita dan kedai2 online seperti amazon.com dilihat sangat besar oleh pelabur2. Di Amerika sendiri berbillion dollar dilaburkan untuk masuk didalam bidang jaringan online yang sayangnya tidak semua laman web dengan modal yang amat besar berjaya dihasilkan. Pertengahan tahun 2000, gelembungan dana (bubble) yang masuk ke jaringan pecah (burst).Dana ini tiada pusingan untuk menjadi keuntungan.
Era web 2.0 bermula dari 2001 sehinga sekarang…
Ianya merupakan perkembangan terkini teknologi selepas web 1.0. Pada web 2.0 content tidak hanya dipegang oleh administrator sepenuhnya, malahan pengunjung boleh mengendalikan pada content web tersebut juga pengunjung2 yang lainnya dapat memberi komen,bekomunikasi antara satu sama lain,memberi pendapat dan banyak lagi. Antara contoh yang jelas mengenai web2.0 adalah: youtube, facebook dan korang sendiri sudah sedia maklum. Bertapa mudahnya ia.
Era web 3.0
Dikatakan akan bermula pada 2010 tak lama lagi tu kalau mengikut karangan ini ditulis (Dis-2009). Syarat dan konsep yang paling penting dan perlu ada ialah bercirikan semantic web.Semantic Web adalah laman web yang dilengkapi struktur komputer yang boleh berfikir.
Antara ciri2 khas web 3.0
  1. Tranformation: Dari tempat penyimpanan yang terpisah menjadi satu
  2. Ubiquitous Connectivity : Memungkinkan informasi diakses menjadi media
  3. Network Computing: Perisian adalah sebagai model2 bisnes, service laman web yang berkemampuan dua sistem atau lebih untuk bekerja sama secara harmoni, pengedaran computer, pengskalaan komputer,pelebarluasan komputer.
  4. Open Technologies: Sebahagian besar keseluruhannya berfungsi dalam platform open source/percuma
  5. Open Identity and Open ID: seluruh informasi adalah bebas
  6. The interligent Web: Sebagai Semantic Web technologies termasuk RDF,OWL,SWL,SPARQL, GRDDL, Aplikasi berplatform semantic, dan statement-based datastores.
  7. Distributed Database: Database disalurkan dalam WWD (world Wide Database)
  8. Aplikasi bersifat pintar dan bijak
Jadi jika keseluruhan diatas dapat dilaksanakan dan dihasilkan barulah akan wujuds emantic web. SIOC ( http://sioc-project.org ) adalah pejuang yang menghasilkan semantic web.
Ringkasan: Ianya hanyalah sebuah istilah untuk konsep dan cara bekerja dari manusia kepada informasi di dalam jaringan. Ianya bukanlah teknolagi bernama 1.0, 2.0 atau 3.0. Web 1.0 membicarakan komunikasi 1 hala.Web 2.0 membicarakan komunikasi 2 hala dan web 3.0 adalah membicarakan mengenai semantic web: iaitu web cerdas yang boleh memahami keperluan user berdasarkan sejarah aktivitinya di jaringan.

Wielhma(Guru Abad-21)



1.0      Pengenalan

Profesian guru dan pendidik terutamanya dalam zaman-zaman mencabar ini bukanlah semudah yang disangka oleh masyarakat pada hari ini iaitu kerjanya separuh hari dan cutinya panjang. 
Sebagai arkitek sosial, guru mempunyai tanggungjawab yang amat besar, bukan sekadar memberi pendidikan dan menyampaikan ilmu.  Gurulah insan yang dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan transformasi pendidikan yang dicita-citakan oleh negara.  Justeru kegagalan sesebuah masyarakat untuk berfungsi dengan sempurna kerap dikaitkan dengan kegagalan sistem pendidikan sesebuah negara.  Lebih daripada itu, guru juga perlu menjadi model utama kepada anak didiknya. Oleh itu mereka perlu berjiwa besar.  Bukan sembarangan orang layak menjadi guru.  Hanya mereka yang luhur jiwa dan kental semangatnya yang sanggup mencurahkan bakti untuk menjadi guru.  Kecintaan terhadap profesion ini juga seharusnya bukan sekadar secara luarannya sahaja, sebaliknya sifat keguruan itu perlu mendarah daging.

2.1      Peranan Guru Abad Ke-21

Dalam berhadapan dengan revolusi teknologi maklumat (TM) pada abad ke-21 ini, peranan guru semakin penting.  Antaranya ialah untuk berdepan dengan keegoan pelajar yang bijak dengan pelajar lemah yang mempunyai rasa rendah diri yang tinggi.  Bagi mendekatkan jurang dua golongan pelajar ini merupakan satu tugas yang sangat mencabar bukan sahaja ilmu yang dimiliki oleh guru itu, tetapi kemahiran sebenar guru sebagai seorang pendidik.  Justeru, cabaran menambahkan dan mendalami ilmu yang sedia ada merupakan satu tuntutan yang harus dilakukan oleh setiap guru selain mula menyesuaikan diri dengan persekitaran pembelajaran baru dalam memasuki abad ke-21.  Lebih penting lagi ialah kemahiran berjinak-jinak dengan perkakasan TM yang semakin menjadi sebahagian daripada sistem pendidikan. 
Di samping itu, jika dahulu orentasi pendidikan lebih kepada membuka dan memberi peluang pendidikan yang sama rata, peranan guru kini lebih kepada menyerlah dan mengembangkan potensi yang dimiliki oleh pelajar.  Sentuhan manusiawi perlu disuntik dalam proses pendidikan tersebut dengan memberikan seluas-luasnya peluang kepada pelajar untuk belajar mengikut keperluan individu.
          Fakta bahawa abad mendatang akan meluaskan jurang antara guru dan pelajar kerana kehadiran TM adalah tidak benar sama sekali.  Sebaliknya, guru perlu lebih dekat dengan pelajarnya untuk mengenal potensi diri pelajarnya bagi menyesuaikan dengan taraf ilmu yang akan diberikan.  Era informasi memberikan satu ruang alternatif kepada guru untuk melakukan reformasi dalam pendidikan bagi menyuntik unsur-unsur manusiawi dalam pendidikan.  Konsep sekolah bestari yang antara lain turut memanfaatkan perkembangan teknologi informasi adalah salah satu daripada reformasi dalam pendidikan yang penting buat guru.  Dengan memanfaatkan Internet, kertabatasan pelajar untuk mendapatkan maklumat hampir tiada lagi.  Untuk pertama kalinya, komputer dan Internet menjadi pusat perjumpaan budaya dan sosial dari seluruh dunia.  Peranan guru kini nampaknya akan menjadi lebih kompleks dan bercabang untuk memandu arah dan membimbing pelajarnya yang kini semakin terdedah dengan pertembungan budaya dan sosial menerusi kecanggihan TM.  Untuk berhadapan dengan semua cabaran ini, kita memerlukan guru yang berkesan demi menghasilkan pendidikan yang cemerlang.

3.1      Ciri-Ciri Guru Abad Ke-21

Terdapat empat perkara yang diambil kira dalam menjadi pendidik abad ke- 21.  Antaranya ialah:
Murid
  • Hubungkan 'mata plajaran' dengan kehidupan murid-murid,
  • Mengajar murid-murid bagaimana hendak belajar, menganalisa dan berfikir secara kritis,
  • Menjana idea-idea baru dan menarik bagi murid-murid berfikir mengenainya,
  • Menggalakkan murid-murid bertanyakan soalan mengenai pelajaran,
  • Membentuk murid yang celik ICT dari masa ke semasa.
Cara Mengajar
  • Melakukan refleksi dan kritik-kendiri, mercu tanda profesionalisme seorang guru,
  • Fleksibel dalam pendekatan-pendekatan pengajaran dan pembelajaran,
  • Bersemangat dalam mengajar , murid-murid dalam sesuatu mata pelajaran,
  • Seorang komunikator yang cemerlang; mampu menjadikan idea-idea yang kompleks mudah difahami dengan itu murid-murid dapat memahami dan menghargainya,
  • Merancang pengajaran terlebih dahulu, beri masa yang cukup bagi setiap tajuk, dan menyepadukan mata pelajaran.
Disiplin Guru
  • Seorang yang 'laparkan' ilmu; sentiasa up to date dalam bidangnya dengan membaca; menghadiri konferens, konvensyen, bengkel dan seminar; dan mengikuti kursus-kursus dalam perkhidmatan,
  • Juga seorang yang suka 'belajar' perkara-perkara di luar bidangnya,
  • Bina dan mengekalkan perhubungan profesional.
Keperibadian
  • Tunjukkan contoh dan teladan yang utuh di dalam atau di luar bilik darjah dan mengajar kebertanggungjawaban murid-murid serta standard yang tinggi ,
  • Berfikiran terbuka, rendah diri, dan bersikap optimistik.



Yusni




Yusni binti Jueng
PT122290CT


Assignment Individu dan Kumpulan

Teori Pembelajaran
SketchUp and Google Calendar


Yusdi(Pelajar Abad Ke-21)



Pelajar abad ke-21
Menurut Plato pelajar adalah objek yang pasif, mereka hanya sebuah bekas yang kosong yang menanti untuk diisi. Dengan mengumpilkan sedikit demi sedikit pengalaman barulah boleh manusia menyelesaikan sesuatu masalah. Walau bagaimanapun, dalam tubuh yang kosong ini, Locke mempercayai manusia telah dilengkapkan dengan keupayaan biologi tertentu. Untuk membolehkan keupayaan itu berfungsi, ia perlukan persekitaran yang sesuai, ini berbeza dengan pendapt Plato dalam definsi pelajar.
Pada abad ke-21 dan era globalisasi ini, pelajar seharusnya lebih proaktif berbanding dengan pelajar sebelum-sebelum ini. Seharusnya pelajar generasi ke-21 telah menjadi lebih profesional dan amat memahami tugasan mereka sebagai pelajar. Di abad ke 21 ini perkembangan pelajar berlaku secara berperingkat. Pelajar juga mempunyai pengalaman memainkan peranan penting dalam pembentukan konsep. Pelajar yang tidak mempunyai pengalaman yang cukup mungkin tidak dapat memahami sesuatu konsep. Dalam pembelajaran pula, pelajar bukan sahaja cuba menyematkan konsep, operasi dan skima ke dalam fikirannya tetapi pada masa yang sama menyusunkannya secara dalaman mengikut cara yang tersendiri.
Sementara kaedah pembelajaran tidak lagi tertumpu kepada guru sebagai punca maklumat utama. Seharusnya mereka mesti mampu mencari maklumat daripada pelbagai sumber. Sesetengah sekolah mampu melaksanakannya tetapi terdapat sesetengah sekolah masih bergelut dengan soal asas pembelajaran, iaitu kemampuan murid untuk membaca, menulis dan mengira (3M) masih pada peringkat yang mendukacitakan. Soalnya bagaimana isu sebegini masih wujud sedangkan pengisian kemerdekaan telah berlaku selama 53 tahun. Adakah isu kaedah pengajaran guru atau isu kesediaan murid untuk belajar hanya bergantung semata-mata kepada persekitaran.

Yusni


Assignment Individu dan Kumpulan

Google SketchUp

Latihan Excel

PHOTOS SCREENSAVER


Untuk melihat dengan lebih jelas,apakah yang dimaksudkan dengan" PHOTOS SREENSAVER"
Sila Klik Link tersebut:PHOTOS SCREENSAVER

Yusri(Kemahiran Abad Ke-21)



KEMAHIRAN ABAD KE-21
Profesion perguruan yang bertanggungjawab dalam melaksanakan dasar serta sistem pendidikan perlu berpandukan kepada Falsafah Pendidikan Negara. Falsafah Pendidikan Negara itu sendiri iaitu suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Oleh yang demikian, rumusan dapat dibuat, bahawa yang dimaksudkan dengan kemahiran adab ke-21 (21st Century Skill) ini telahpun disimpulkan di dalam bait-bait falsafah pendidikan itu sendiri. Kemahiran abad ke-21 ini adalah kemahiran-kemahiran yang meliputi kemahiran berkomunikasi, kemahiran 3M (membaca,mengira dan menulis), kemahiran sains dan teknologi, kemahiran interpersonal dan intrapersonal dan sebagainya.

Bagi mencapai hasrat negara untuk membangunkan generasi yang mempunyai kemahiran abad-21, seseorang guru atau pendidik itu perlu komited dalam :

1)Menguasai Pelbagai Bidang.

Penting bagi seseorang pendidik untuk sentiasa bersedia menguasai ilmu bagi menjadikan diri mereka relevan dan sesuai dengan perubahan yang berlaku. Ini kerana guru yang mempunyai kombinasi beberapa ilmu pelajaran lebih baik berbanding dengan guru yang cuma menjurus kepada satu bidang sahaja. Dalam konteks pengajaran Pendidikan Islam, seseorang guru itu perlu ‘berani’ mencuba sesuatu yang baru seperti menggabungkan pengetahuan Sains (Komputer) dengan Pendidikan Islam (Pendekatan Bersepadu). Bagi memastikan seseorang pendidik (guru) itu mampu menguasai pelbagai bidang, mereka (guru) hendaklah mengamalkan pembelajaran berterusan supaya guru sentiasa mengikuti perubahan yang berlaku dan menjadikan diri sentiasa bersedia menghadapi pelbagai cabaran.

2) Mengikuti Perkembangan tentang Dasar dan Isu Pendidikan.

Seseorang guru yang berpengetahuan akan sentiasa mengikuti perkembangan yang berlaku khususnya perkembangan tentang dasar serta isu-isu berkaitan dengan pendidikan yang akan memberi impak kepada profesion perguruan serta perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran. Dasar-dasar seperti dasar sains dan teknologi (sekolah berasaskan ICT) perlu diteliti dan difahami bagi membentuk guru yang berwibawa sekali gus membantu kepada melahirkan generasi yang berkualiti dan berkemahiran.

3) Mahir Dalam Pedagogi (Pengajaran&Pembelajaran).

Kekuatan profesion perguruan dalam memastikan hasrat melahirkan generasi berkemahiran abad-21 juga bergantung kepada kecekapan seseorang guru itu menguasai pengetahuan pedagogi. Pengetahuan pedagogi ini bukanlah berdasarkan kepada pengalaman atau pengetahuan ‘lapuk’ tradisional yang mana sistem P&P diamalkan terlalu bergantung kepada guru (teachers-centred).

Bagi melahirkan modal insan yang mempunyai kemahiran abad-21 ini, seseorang guru itu ‘wajib’ mencuba untuk mangadaptasikan pedagogi inovasi teknologi di dalam P&P contohnya pembelajaran berbantukan komputer. Ini kerana pengetahuan dan kebolehan guru mengadaptasikan kaedah P&P yang inovatif akan memberikan kesan positif kepada perkembangan dan pencapaian pelajar.

4) Menggunakan Teknologi Terkini.


Seseorang guru itu seharusnya mengorak langkah dan mengambil peluang untuk melengkapkan diri dengan ilmu berasaskan teknologi serta bersedia menjurus kepada penguasaan dan penggunaan teknologi maklumat dalam pelbagai bidang. Penggunaan teknologi itu bukan sahaja dijadikan sebagai satu mekanisme di dalam pengajaran dan pembelajaran tetapi juga bagi menyelesaikan urusan harian.

5) Menerapkan Nilai-nilai Murni (Akhlak).

Beretika merupakan satu elemen ini sangat penting dalam usaha pembudayaan masyarakat yang dapat mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian negara. Di samping pendedahan kepada teknologi, seseorang guru itu juga harus menitikberatkan perlakuan baik, peradaban dan tatasusila di dalam hubungannya sesam

Kerja Kumpulan Bab 8(Pelaburan)




Bab 8 : Pelaburan


  1. Pelaburan merupakan usaha mengangguhkan penggunaan pada masa sekarang untuk mengharapkan pulangan atau untung pada masa hadapan . Tujuan pelaburan ialah untuk :
  1. Mendapatkan pulangan dalam bentuk pendapatan semasa
  2. Menambahkan nilai keuntungan modal

Perbezaan antara pelabur dan spekulator :
  1. Pelabur
-          Menerima pulangan dalam bentuk syer bonus dan diveden
-          Berhati-hati dalam pelaburan dengan mengumpulkan maklumat lanjut sebelum membeli saham sesebuah syarikat
-          Melabur untuk jangka masa panjang
-          Harga saham lebih kukuh
b.   Spekulator
-    menerima pulangan dalam bentuk perbezaan antara harga jualan
-    pelabur melabur atas ramalan harga dan khabar angina tentang
perubahan harga
-          melabur untuk tempoh masa pendek
-          menyebabkan harga saham turun naik

Jenis-jenis Pelaburan
 1        Jenis-jenis pelaburan yang popular ialah
-          Akaun simpanan tetap
-          Saham
-          Harta tanah
-          Unit amanah
2        Akaun Simpanan tetap
-          Juga dikenali sebagai akaun pelaburan
-          Selamat
-          Risiko pelaburan rendah
-          Kadar faedah dibayar pada tarikh matang pelaburan
-          Sesuai untuk melabur jumlah wang yang tidak digunakan untuk tempoh masa tertentu
3        Saham
-          terdiri daripada dua jenis , iaitu saham yang disenaraikan dan saham yang tidak disenaraikan
-          merupakan nilai keseluruhan syer yang telaha dibayar
-          ada dua jenis syer , iaitu
a.   Syer biasa
-    dibayar kadar dividen yang tidak tetap dan selepas
pembayaran kepada syer keutamaan
-    berhak untuk mengundi tetapi berisiko  tinggi
b.   Syer keutamaan yang termasuklah
-    Syer kumulatif
-    Syer penyertaan
-    Syer boleh tebus
-    Syer boleh tukar
4        Pulangan atas pelaburan saham bergantung pada
-          keuntungan modal
-          diveden atau pembahagian keuntungan tahunan
-          syer bonus atau syer tambahan secara percuma
5        Peranan Bursa Saham Kuala Lumpur
-          memberikan maklumat saham yang terkini melalui media massa dan telekomunikasi .
-          membolehkan syer dipindah milik dan ditunaikan
-          membantu syarikat-syarikat umum berhad mengumpulkan modal tambahan
-          memastikan kewujudan harga syer yang realistik dan benar
-          melindungikepentingan pelabur
-          mengelakkan penipuan dan penyelewegan pelaburan
  
Faktor-faktor yang mempergaruhi harga saham
Rajah 3: Faktor yang Mempengaruhi Harga Saham
-          Jumlah permintaan dan penawaran saham di pasaran
-          Faktor spekulasi
-          Faktor ekonomi
-          Polisi kerajaan / politik
-          Prospek dan pencapaian syarikat
-          Kecekapan pentadbiran dan pengurusan
-          Perubahan kadar bunga daripada simpanan di bank-bank perdangangan dan syarikat kewangan
-          Peluang pelaburan yang lain
     
Cara membeli syer
-          pelabur / pembeli menghubungi broker
-          arahan untuk membeli syer yang diingini
-          broker mencari penjual di BSKL
-          menandatangi kontrak belian
-          pelabur membayar harga dan belanja lain selepas menerima nota debit
-          proses pindah milik dikendalikan
-          pendaftaran untuk sijil syer yang baru atas nama pelabur / pembeli
Cara menjual syer
-          penjual menghubungi broker
-          arahan untuk menjual syer pada tingkat harga tertentu
-          broker mencari pembeli di BSKL
-          menandatangi kontrak jualan dan boring pindah milik
-          menyerahkan sijil syer
-          mendapatkan bayaran atas jualan syer tersebut
Faedah membeli saham
-          peluang mencapai pertumbuhan modal
-          memperoleh pendapatan dalam bentuk dividen
-          kecairan pelaburan
-          berpeluang untuk memiliki hak tertentu
Unit Amanah merupakan jenis pelaburan untuk orang ramai oleh syarikat pelaburan yang professional 
-          tiga jenis pelaburan dalam unit amanah , iaitu amanah saham , amanah harta tanah dan gilts
-          pelaburan unit amanah mempunyai risiko yang rendah dan kadar pulangannya juga kurang daripada pelaburan saham

Panduan Am untuk Melabur

  

1        Semasa melabur , pelabur masti mengambil kira faktor-faktor yang berikut :
-          risiko dalam pelaburan
-          pulangan daripada pelaburan modal
-          mudah tunai dan mudah dipecah bahagi , iaitu kecairan pelaburan
-          maklumat tentang institusi pelaburan berkenaan
-          modal yang miliki
-          berpengetahuan , bersikap rasional , dan berhati-hati
2        Selain itu , pelabur patut mengambil sikap yang rasional seperti
-          melabur dalam bidang yang dikenali
-          jangan mudah dipengaruhi oleh orang lain
-          dapatkan pelbagai maklumat daripada prospektus atau media massa
-          jangan tergesa-gesa untuk memindahkan pelaburan
-          amalkan sikap sabar dan berhati-hati
-          tentukan pulangan yang dikehendaki atau dijangkakan

Masliana

Tugasan Baru:
5 Slide Power Point
Infographic
Latihan Excel Masliana

TUGASAN 1

Masliana Bt.Musli            PT122309CT


    Dengan bermodalkan Satu Juta ringgit,Jenis perniagaan yang sesuai dijalankan di jalan UMS adalah penyewaan rumah bulanan dan harian.Ini adalah kerana,di sekitar Jalan UMS terdapat juga beberapa Institusi Pengajian Tinggi yang lain seperti UiTM(Universiti Teknologi Mara),ILP(Institut Latihan Perindustrian),Politeknik,Kolej SINAR,Kolej Yayasan Sabah,dimana penuntut-penuntut pasti memerlukan penginapan.Disamping itu,mungkin juga para pensyarah,kakitangan awam dan pelawat dari Institusi berkenaan memerlukan penginapan secara menyewa bulanan dan harian.Selain daripada itu,di sepanjang jalan UMS,terdapat pembangunan rancak dijalankan.Pembangunan ini semestinya mempunyai pekerja-pekerja mahir dan professional seperti Jurutera,Juruukur,Arketik dan lain-lain lagi.Mereka ini pastinya memerlukan penginapan secara bulanan ataupun harian bergantung kepada tempoh mereka bertugas.

Selain daripada itu,penginapan merupakan satu daripada keperluan seseorang.Oleh itu,perniagaan ini akan kekal berterusan selagi ada masyarakat sekitar kawasan UMS yang tinggal dan mencari rezeki di kawasan ini.

B.     Untuk memastikan perniagaan ini Untung serta memberi pulangan,beberapa faktor perlu diberi perhatian.Secara lazimnya ‘Keuntungan’ sesuatu perniagaan adalah kerana lebihan hasil yang diperolehi dari Kos yang dibelanjakan.Semakin tinggi hasil dan semakin rendah kos(perbelanjaan) maka semakin besarlah keuntungan yang diperolehi.

FAKTOR HASIL

                                i.            Hasil perniagaan diperolehi daripada ramainya pelanggan.Untuk menarik ramai pelanggan maka pengiklanan yang sesuai dan efektif perlulah dibuat secara aggerisif dengan kos yang minimum.Selain daripada papan Iklan dan surat khabar,flyer,broucher hendaklah diedarkan kepada sasaran pelanggan.Secara menyeluruh dengan mengiklankan jenis perkhidmatan,kemudahan-kemudahan lain dan kos perkhidamatan  yang paling minimum akan menjadi faktor hasil yang berpanjangan.
                              ii.            Disamping pengiklanan yang efektif,elemen kecekapan para pekerja perlu juga dititik beratkan.Pekerja merupakan Iklan perniagaan yang paling hadapan(Frontliner).Pekerja perlu didisplinkan sehingga menjadi seorang pekerja yang sungguh-sungguh berminat dengan pekerjaan mereka.Mereka perlu menjaga rupa diri,tingkah laku dan komunikasi yang baik agar pelanggan merasa senang dan dihargai.Dengan produktiviti pekerja yang cemerlang dan sikap ramah mereka,pelanggan yang sedia ada secara tidak langsung menjadi pengiklan percuma kepada perniagaan dengan menyebarkan perkhidmatan cemerlang yang diberikan.

FAKTOR KOS
                                i.            Untuk memastikan kos atau perbelanjaan satu-satu perniagaan itu terkawal,ianya hendaklah disandarkan kepada kos atau perbelanjaan yang berpatutan.Kos yang murah tidak semestinya baik kerana mungkin mengurangkan kualiti produk atau perkhidmatan.Begitu juga kos atau perbelanjaan yang tinggi tidak semestinya baik,kerana akan berlaku pembaziran.
                              ii.            Kawalan kos atau perbelanjaan perlu diamalkan setiap masa agar tidak berlaku penyelewangan oleh pekerja dan pihak pengurusan.Sebarang peningkatan kos atau perbelanjaan yang mendadak hendaklah di analisa akan sebab-sebabnya.Mungkin kenaikan itu disebabkan sesuatu yang boleh dikawal.Disamping itu,jika berlaku penurunan kos atau perbelanjaan yang mendadak juga perlu dianalisis sebab-sebabnya.Ini akan menjadikan objektif pengawalan kos,iaitu agar kos itu berpatutan dan dapat dijayakan dengan berkesan.Oleh itu,dengan penghuraian diatas pastinya dapat dipastikan keuntungannya.

TUGASAN 2

Bagaimana untuk memastikan satu-satu perniagaan itu 100% untung?

Ini adalah merupakan soalan yang sukar dijawab,kerana dalam perniagaan seseorang itu mengharapkan keuntungan,mengambil tindakan yang sesuai untuk mendapatkan keuntungan tetapi tidak ada seseorang yang begitu berani menyatakan boleh 100% mendapat untung.Perniagaan mempunyai risiko tersendiri.Setiap perniagaan merupakan pengambilan risiko terhadap model yang dilaburkan.Sebagai contohnya,jika ada modal satu juta ringgit,untuk selamat dan 100% untung,maka simpan saja sebagai deposit tetap dibank dengan pulangan tahunan setakat 4-5% setahun.Tetapi jika inginkan pulangan atau keuntungan yang lebih tinggi,katakana 20-30% pulangan maka laburkan satu juta tersebut dalam perniagaan.Tetapi oleh kerana saya memilih berniaga,maka perlulah mengambil risiko sekurang-kurangnya sasaran 100% untuk mendapat untung,maka untuk mencapai sasaran tersebut perlulah mengenal pasti risiko yang sedia ada.

Sebelum saya memulakan perniagaan saya,factor-faktor yang perlu difikirkan adalah seperti berikut:

a)      Tempat dan keselesaan bangunan serta kawasannya adalah sesuai untuk penginapan bulanan ataupun harian.Perlu ditinjau samada kawasannya tersebut terjamin dari segi keselamatan.Selain daripada itu bagaimana dengan tempat letak kenderaan penghuni adakah ianya cukup sekiranya perniagaan itu Berjaya?Bagaimana dengan pengangkutan awam,adakah ianya kerap,berjadual atau sentiasa penuh?
b)      Perlu ditinjau dan difikirkan samada kawasan tersebut mendapat sumber tenaga elektrik dan air yang tidak pernah terganggu.Jika ya,maka perlu difikirkan memasang janakuasa siap sedia(Standby generation set) atau memasang tangki air yang bersesuaian.
c)      Berapa ramaikah pelajar,pensyarah dan pekerja di institusi sekitar kawasan UMS?Bagaimana mereka mendapatkan penginapan?

Semasa perniagaan dijalankan pula,maka langkah-langkah berikut perlu diambil:
a)    Penginapan yang disewakan samada secara bulanan atau harian hendaklah sentiasa bersih dan selesa untuk penghuni.
b)      Para pekerja perlu selalu dilatih dan diingatkan tentang etika berkerja yang baik seperti ramah,rajin dan sentiasa mengutamakan penghuni.
c)    Segera menyelesaikan aduan-aduan yang dikemukakan oleh penghuni secepat mungkin.Jika kemungkinan akan berlaku kelewatan penyelesaian,maka penghuni perlu diberitahu dengan jelas supaya mereka memahami.
d)  Alu-alukan sebarang cadangan atau penambahbaikan keadaan penginapan,pekerja dan apa-apa juga yang boleh menyenangkan penghuni.

Setelah perniagaan itu berjalan seperti dirancangkan,maka perlu difikirkan untuk meningkatkan penghasilan perniagaan seperti:
a)      Perlukah ditambah rumah-rumah sewa dalam perniagaan.
b)      Yang mana lebih mendapat sambutan sama ada sewa bulanan atau harian?
c)      Jika tidak dapat menambah rumah-rumah sewa untuk meningkatkan hasil,maka wajarkah kadar sewaan dinaikkan?Untuk menaikkan kadar sewaan,maka selari dengan itu perkhidmatan yang diberi hendaklah ditingkatkan lagi.
d)     Jika perniagaan iitu berdaya maju,maka perlu difikirkan untuk menambah cawangan ditempat lain.
e)      Akhir sekali selepas perniagaan berjalan,perlu difikirkan untuk memberi penghargaan sewajarnya kepada pekerja yang setia.Ini adalah untuk meminimumkan ratio pertukaran pekerja.

LAMPIRAN A

UNJURAN KEWANGAN PERNIAGAAN

KOS
RM
SEBUALAN
RM
SETAHUN
1.Kos Permulaan
   a)Lesen dan lain-lain
   b)Mencari bangunan yang
      hendak  disewa
   c)Kos printing Photostat
   d)Kos guaman

2.Kos menyewa bangunan
  (100 buah rumah @ RM600.00)

3.Kos alat/perabot untuk
   50 buah rumah   @RM5000.00=RM250,000
   Kos ubahsuai RM3000.00
    Jumlah     RM550,000.00
  
Susut nilai 10% garis lurus setahun                                

4.Kos pengiklanan
   (Printing) RM50,000.00
   Susut nilai 10% garis lurus setahun

5.Kos Gaji Pekerja(lihat lampiran B)

6.Kos peralatan pembersihan

7.Kos pejabat,Fax,Telefon dan lain-lain

5000.00
2000.00

500.00
  10,000.00


          60,000.00







4,583.00

        
             4166.00

          44,200.00

10,000.00

5000.00








720,000.00







55,000.00

        
             5000.00

        530,400.00

120,000.00

60,000.00


Jumlah Kos
145,449.00
1490,400.00
HASIL



1.Sewa rumah bulanan
   @ RM850.00 untuk 50 buah rumah
2.Sewa rumah harian
   Purata  40 buah sehari @ RM120.00

42,500.00
                   144,000.00

510,000.00

1,728,000.00

Jumlah Hasil
186,500.00
2,23800.00
Keuntungan(Hasil-Kos)
41051.00
747600.00


LAMPIRAN B

GAJI PEKERJA
1.      Pejabat:Penyelia 4 Orang @ RM1,200.00                              RM4,800.00(Sebulan)
Anggota kerja 8 Orang @ RM800.00                                    RM6,400.00(Sebulan)
2.      Pembersihan bilik
Supervisor 5 Orang @ RM1000.00                                        RM5,000.00(Sebulan)
Anggota Kerja 40 Orang @ RM700.00                                 RM28,000.00(Sebulan)


LAMPIRAN C

NOTA

MODAL         RM1000,000.00

Penggunaan Modal

Perbelanjaan Permulaan                                                                      RM17,500.00

Sewa Bangunan
(100 buah rumah/apartment @ RM600.00                                           RM60,000.00

Alat Perabot untuk 50 Buah Rumah @ RM5000.00                               RM250,000.00

Perbelanjaan Ubahsuai                                                                        RM300,000.00

Perbelanjaan Pengiklanan                                                                    RM     5000.00

Gaji Pekerja                                                                                       RM  44,200.00

Peralatan Pembersihan                                                                        RM 10,000.00

Perbelanjaan Pejabat                                                                           RM   5000.00

Tunai Dalam Bank                                                                              RM308,300.00

                                                                                                       RM1,000,000.00


TUGASAN 3

1.Apakah Definasi Teori “Multimodality”
Untuk memahami teori  “Multimodality” perlulah kita merungkai dua perkataan yang terkandung dalam perkataan “Multimodality” tersebut.Dua perkataan asas itu adalah “Multi Modal” atau modul pelbagai dan “Modality”.

a) “Multimodal” atau modul kepelbagaian adalah merupakan satu modul yang mengandungi beberapa sistem modul.Ianya merupakan cantuman beberapa system modul penyampaian/penerimaan maklumat yang melangkaui system unimodul asas grafik.Sistem Unimodal asas adalah pancaindera seperti penglihatan,pendegaran,rasa,sentuhan dan penghiduan.

b) “Modalities” pula adalah cara penyampaian maklumat melalui sesuatu medium secara fizikal,dengan
kata lain,Modality didefinasikan sebagai medium fizikal dan cara penyampaian.
Dengan memahami dua perkataan gabungan “Multimodalities” diatas,maka bolehlah didefinasikan Teori “Multimodalities” tersebut sebagai:-
Satu teori penyampaian/penerimaan maklumat menggunakan modul-modul gabungan,termasuk modul yang menggunakan medium fizikal.Penggabungan modul-modul tersebut,merupakan penggabungan samada penggabungan Unimodal-unimodal atau penggabungan antara unimodul dengan medium fizikal.

2.Apakah maksud “Multimodalities Instruction”
Maksud  “Multimodalities Instruction” adalah cara atau instrument-instrument yang digunakan dalam penyampaian maklumat seperti deria rasa,penglihatan,pendegaran,penghiduan dan sentuhan dengan menggunakan medium-medium yang sedia ada seperti gambar,lukisan,lakaran,gerak-geri,Ilustrasi dan medium-medium berteknologi tinggi seperti Komputer,telefon,Faximili dan sebagainya. Satu-satu modul penyampaian maklumat atau penerimaan maklumat dengan berkesan atau gabungan modul-modul menjadi  “Multimodalities” bergantung kepada audians dan juga medium-medium yang digunakan. “Multimodalities Interaction”

“Interaction” merupakan tindakan dan tindak balas antara manusia dan medium-medium penyampaian seperti tindakan manusia yang diambil untuk mengolah maklumat-maklumat melalui computer dan tindak balas  computer dalam menambahbaik serta menyimpan maklumat-maklumat yang hendak disampaikan kepada audians.



TUGASAN 4

Sila respon untuk isu ini:
i) Cuba kaitkan penggunaan video dan stail pembelajaran
ii) cuba kaitkan penggunaan video dengan ubiquitous learning
iii) cuba kaitkan penggunaan video dengan HOTS (higher order thinking skills)
iv) cuba kaitkan penggunaan video dengan kemahiran sosial pelajar.
v) cuba kaitkan penggunaan video dengan peningkatan kesedaran

Video mempunyai pelbagai jenis seperti.
·         Video animasi
·         Video yang di rakamkan sendiri
·         Video nyata (yang di lakonkan semula)
·         Video illusi.
Penggunaan video pula boleh di kaitkan dengan
·         Stail pembelajaran
·         Hots(higher order thinking skills)
·         Ubiquitous learning
·         Kemahiran social pelajar
·         Peningkatan kesedaran.

Setiap murid mempunyai cara mereka sendiri dan pandangan mereka sendiri tentang sesuatu video. Sebahagian pelajar mempunyai Stail pembelajaran yang lebih baik daripada yang lain. Melalui video ini mereka dapat memahami suatu pelajaran dengan lebih baik contohnya apabila seseorang pelajar itu seorang yang pasif yakni  mereka tidak suka bertanya, maka melalui video mereka boleh mengulang dan lebih memahami sesuatu tajuk itu.Selain daripada itu,Video selalunya mempunyai bunyi seperti orang berkata-kata.Kajian menunjukkan ada sebahagian pelajar belajar dengan lebih berkesan dengan adanya muzik atau kata-kata.Manakala, ada pula pelajar yang hanya boleh belajar dalam keadaan yang senyap.Ini semua mempengaruhi gaya pembelajaran dan melibatkan sesuatu video itu jika video itu mempunyai bunyi dan pencahayaan yang baik maka keputusan untuk seseorang pelajar akan lebih baik. Sumber daripada Psikologi Pendidikan(semester II 1997 Ee Ah Meng, m/s156)

Ubiquitous learning bermaksud pelajar boleh belajar di mana-mana sahaja mereka suka dengan adanya teknologi terkini.Mereka boleh belajar melalui internet yang menggunakan video.Seseorang guru boleh berkomunikasi melalui video contohnya mengunakan skype atau yahoo Messenger.Cara ini lebih muda kerana seseorang pelajar tidak perlu membuang masa untuk kerumah atau ke kelas agar mendapat ilmu, mereka juga tidak akan terganggu akan bunyi bising yang datangnya daripada rakan mereka.Komunikasi melalui video ini lebih di kenali sebagai komunikasi dua hala. Komunikasi dua hala lebih muda dan menjimatkan masa.

HOTS  lebih di kenali Higher Order Thinking Skills ialah kemahiran berfikir yang lebih tinggi daripada pemikiran biasa.Ia menjadi perkara agenda utama pendidikan dengan penerbitan 1956 Taksonomi Bloom. Dalam domain kognitif taksonomi Bloom terdapat enam peringkat pemikiran iaitu pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis, dan penilaian. Kemahiran pemikiran peringkat tinggi kemahiran dalam tiga peringkat utama: analisis, sintesis, dan penilaian. Ketiga-tiga tahap kemahiran adalah penting dalam pemikiran kritikal.
Terdapat tanggapan bahawa pelajar perlu menguasai kemahiran tahap rendah sebelum mereka boleh melibatkan diri dalam pemikiran yang lebih tinggi.Bagaimanakah pembelajaran/pelajar HOTS ini dapat menggunakan Video dalam pembelajaran mereka?Jika ia melibatkan soalan yang mendalam melalui video yang di tayangkan itu adalah amat sukar kerana sebilangan pelajar sukar untuk memahaminya.Walau bagaimanapun pemikiran HOTS ini masih memerlukan penerangan Video dimana contohnya video game yang terbaru di pasaran kini yang melibatkan mata pelajaran harian di sekolah dan penyusunan ayat akan lebih menarik berbanding para guru menulis di papan hitam/putih dan kemukakan soalan yang berbentuk ayat sudah pasti para murid tidak mempunyai minat dan menjadi bosan. Video game yang melibatkan pemikiran kanak-kanak contohnya Kideos.com adalah sebuah laman web yang menayangkan video-video terpilih yang sudah ditapis dari laman web seperti Youtube dan video ini memang dikhaskan untuk kanak-kanak. Jadi, tidak perlu risau jika anda membiarkan si kecil di depan komputer.Sumber:http://azidi.com/pembelajaran-online-percuma-untuk-si-kecil/
Selain itu, dengan adanya video pembelajaran seperti penerangan tentang sebuah kelahiran misalnya akan lebih mudah daripada hanya mengunakan perkataan.

Albert Bandura merupakan ahli psikologi amerika syarikat yang terkenal kerana Teori Pembelajaran Sosial dan teori modelnya. Teori pembelajaran sosial menegaskan bahawa pembelajaran manusia berlaku dengan cara memerhatikan orang lain melakukan sesuatu.Ini di lakukan dengan cara memerhatikan gerak balas yang ditonjolkan oleh itu video mempunyai pengaruh besar dalam hidup individu melalui video seseorang itu boleh melibatkan diri mereka kearah negative dan terjebak dengan perkara yang tidak sepatutnya. Menurut Albert Bandura murid-murid juga belajar daripada gambar dan video, tayangan filem dan gambar. Oleh itu guru hendaklah memastikan tayangan video atau filem tidak mengandungi unsur-unsur keganasan yang boleh ditiru oleh murid-murid. Video seperti sejarah Malaysia dapat mengembangkan kemahiran pencarian pelajar contohnya apabila satu tugasan di beri kepada pelajar misalnya tajuk tugasan “Satu Malaysia video” maka kemahiran mencari mereka akan berkembang. Mereka juga boleh mencari isu semasa dan melihat video-video yang boleh membantu mereka untuk mengembangkan kemahiran mencari dan analisis mereka.

Kini video mengenai alam sekitar  sering di permainkan di television, video ini lebih menarik dan senang di fahami, misalnya video mengenai kurangkan penggambilan gula.Jika kita menegur seseorang tanpa ada bukti yang kukuh tentang kesannya,seseorang itu mungkin tidak akan mendengar nasihat kita malah mungkin akan terasa dengan kata-kata kita itu.Namun dengan sebuah video,ia merangkumi semua aspek keburukan,kebaikan dan akibatnya, oleh itu masyarakat lebih memahami pengajaran melalui video daripada kata-kata.

Akhir sekali guru hendaklah menerima murid tanpa syarat mengikut keupayaan dan kebolehan mereka. Guru perlu faham bahawa aras kebolehan dan kemampuan seseorang murid tidak semuanya sama. Sesetengah murid mudah menerima dan memahami sesuatu pelajaran sementara sesetengah pula sukar menerima sesuatu pelajaran yang disampaikan oleh guru melalui pendekatan Video ini. Kesimpulannya, guru haruslah memainkan peranan penting dalam pemilihan kaedah atau pendekatan yang paling sesuai bagi memastikan murid-murid dapat belajar dan menerima pelajaran yang disampaikan dengan berjaya dan berkesan.

TUGASAN 5

Apakah kekangan jika kita menggunakan video dalam kelas?

Pada pendapat/pengalaman saya, terdapat beberapa kenkangan dalam menggunakan video sebagai BBM di dalam kelas.Antara kenkangan yang utama ialah:
1.       Masa akan menjadi salah satu masalah yang akan dibangkitkan dimana peruntukkan untuk satu-satu sesi pengajaran dan pembelajaran adalah terhad mengikut satu-satu matapelajaran.Guru mungkin memerlukan beberapa minit masa terawal dalam P & P bagi persediaan tayangan video tersebut.Peralatan sokongan lain juga perlu disediakan lebih awal bagi menjayakan pendekatan pembelajaran tersebut.
2.       Guru kurang berkemahiran dalam mengendalikan video semasa proses P & P.Jika berlaku masalah dalam pengendalian semasa aplikasi media ini berjalan.guru-guru yang kurang berkemahiran mungkin menghadapi masalah untuk mengendalikan alat-alat video tersebut.
3.       Tidak semua Video mudah didapati dan mempunyai Jalinan dengan topik yang akan diajar.Contohnya dalam Matapelajaran Matematik dimana,murid-murid lebih memerlukan penjelasan yang lebih mendalam dan tunjuk cara melalui guru-guru mereka.
4.       Masalah putus talian elektrik.Risiko paling tinggi penggunaan Video ini adalah apabila bekalan elektrik terputus semasa sesi penanyangan video tersebut.
5.       Masalah peralatan yang tidak mencukupi semasa sesi P & P dijalankan.Ini kerana kos pengurusan dan kewangan sekolah yang mungkin kurang atau tidak mencukupi.

TUGASAN 6

Bagaimana mengguna video dalam kelas? sebelum, semasa dan selepas

Video adalah media elektronik yang dikatakan paling dinamik dan realistic berbanding dengan media elektronik yang lain.Ia merupakan gabungan pelbagai media(seperti teks,grafik,audio dan sebagainya) dalam satu medium.Oleh yang demikian,penggunaan Video dalam penyampaian maklumat berupaya mempengaruhi motivasi seseorang terhadap proses penerimaan maklumat.
Cara mengikuti Rancangan Video
Secara umumnya ia terbahagi kepada tiga peringkat iaitu:
1.       Sebelum Siaran/Tayangan Video
·         Berbincang dengan murid tentang pengalaman yang lepas
·         Menerangkan istilah atau perkataan baru.
·         Menerangkan kandungan rancangan.
2.       Semasa Siaran
·         Murid menonton tv tanpa gangguan suara atau perlakuan guru kecuali jika diperlukan.
·         Guru menonton bersama murid dan menunjukkan minat terhadap rancangan berkenaan.
3.       Selepas Siaran
·         Berikan peluang kepada murid untuk bertanya.
·         Kemukakan soalan ringkas kepada kelas.
·         Buat ulang kaji butiran yang penting
·         Buat latihan lisan atau bertulis pada pelajaran biasa pada kelas yang berikutnya atau beri kerja rumah.

Sumber Rujukan: Mohd Yusof Abdullah et al.2008.Pengetahuan Pedagogi Guru.Universiti Malaysia Sabah.


Tugasan 7

Soalan 1
Apakah yang dimaksudkan dengan literasi video?
Literasi video merupakan satu rangkuman pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk menggunakan video,atau menonton video secara bermakna,dan juga pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk penghasilan video.

Soalan 2
Nyatakan 5 konsep utama menonton dan menghasilkan video
A. 5 Konsep Utama Menonton video adalah:
1.Siapa yang mencipta mesej?
2.Apakah teknik kreative yang digunakan untuk menarik perhatian saya.
3.Bagaimana individu-individu yang berlainan memahami mesej dengan cara yang berbeza?
4.Apakah nilai gaya hidup dan pandangan yang diwakili atau tidak dimasuk kira?
5.Apakah tujuan mesej tersebut?

B. 5 konsep Utama menghasilkan video:
1.Apakah yang saya karang?
2.Adakah mesej menggambarkan kefahaman format,kreativiti dan teknologi?
3.Adakah mesej saya menarik minat dan citarasa audian sasar?
4.Adakah saya telah dengan jelas dan dengan konsisten meletak nilai gaya hidup dan pandangan dalam mesej saya?
5.Adakah saya telah menyampaikan tujuan saya secara efektif.

Soalan 3
Terangkan bagaimana pembelajaran pelajar dipertingkatkan dengan aplikasi video?

a)Bidang Pengetahuan
Pelajar boleh memerhati reaksi spontan kisah sejarah,dan juga rakaman sebenar mengenai sesuatu kejadian semasa.pelajar boleh lebih memahami dan mengingati kejadian tersebut dengan cepat kerana deria warna,bunyi dan pergerakan menambahkan daya ingatan pelajar.Video juga boleh menambah penjelasan kepada pelajar tentang sesuatu proses,hubungkait dan teknik yang diguna pakai.
b)Bidang Pengaruh Emosi
Bila ada unsur-unsur dan element emosi hendak diterapkan kepada pelajar,menonton video lebih berkesan dan mendalam daripada menerangkannya secara lisan.Pembelajaran pelajar akan dapat dipengaruhi secara emosi dengan menonton role model dan secara langsung pelajar boleh diajar personaliti yang baik secara effektif.Sebagai contoh,Video peperangan yang mengakibatkan kesengsaraan dapat mendidik pelajar menyintai keamanan.
c)Bidang "Psychomotor"
Video dapat menerangkan secara langkah demi langkah bagaimana sesuatu komponen mekanikal dibuat,berfungsi dan diselenggarakan.sebagai contoh,mesin pump air mempunyai komponennya tersendiri iaitu terdiri daripada motor yang digerakkan menggunakan kuasa elektrik pump yang terdiri daripada "Value"."Value" yang berfungsi memberi tekanan udara agar dapat menyedut air.
d)Bidang"Interpersonal"
Dengan menonton program video bersama kumpulan pelajar yang tahap pembelajarannya berbeza,sesuatu pengalaman yang sama dapat dirasai,dibincangkan bersama kerana tahap kefahaman melalui menonton video tadi adalah sama.Oleh itu,pelajar dengan kefahaman yang sama,walaupun tahap pembelajarannya berbeza,dengan menonton video,mereka dapat menghayati perhubungan rakan,menghormati pendapat dan meluahkan pandangan dengan yakin.

Soalan 4
Senaraikan dan terangkan bagaimana empat jenis video dalam pendidikan menyokong pembelajaran pelajar.
Jenis Video dalam pendidikan
a)Dokumentari
Video merupakan alat media yang dapat menerangkan dalam bentuk dokumenteri sesuatu kejadian sama ada ianya kejadian sebenar ataupun lakonan semula.Dokumentari selalunya menerangkan fakta dan bukannya fiksyen.Dokumentari menggambarkan cerita sebenar kejadian dan urutan kejadian secara reality.Ianya dapat menambahbaik kefahaman pelajar tentang sesuatu fakta kejadian.Sebagai contoh,bagaimana tanah  runtuh berlaku,apa yang menyebabkan ianya berlaku,kesan kepada manusia bila itu berlaku dan bagaimana untuk mengelaknya daripada berlaku lagi.
b)Mendramakan(Dramatization)
Video boleh membuat pelajar lebih faham dan ingat tentang sesuatu cerita,mitos dan penghayatan sastera.Sabagai contoh,cerita mengenai Hang Tuah dapat dihayati melalui lakonlayar(video) dengan lebih mendalam,daripada jika dihayati melalui pembacaan.Dengan membaca kisah Hang Tuah melalui buku,pelajar terpaksa bergelut membayangkan pergerakan,perlakuan dan percakapan.Sementara dengan menonton,pelajar hanya perlu menghayati dan seterusnya dapat menggunakan ruang fikiran untuk berfikir secara spontan,kenapa dan mengapa perlakuan Hang Tuah tersebut begitu.
c)Video Penyampai Cerita
Manusia merupakan makhluk penyampai cerita.Kita selalunya seronok mendengar dan menceritakan sesuatu cerita kerana ianya menghiburkan dan juga memberi maklumat.Cerita boleh dimuat turun ke dalam video dan ditonton oleh pelajar.Penyampaian cerita merupakan kemahiran penting untuk membina peribadi pelajar,menjadikan seseorang yang kreatif dan inovatif.Objektif penyampaian idea,secara langsung dapat mengajar dan belajar secara berkesan.

d)”Virtual Field Trip”
Video dapat membawa pelajar secara tidak langsung melawat sesuatu tempat yang jauh tanpa pergi kesana.Sebagai contoh,pelajar dapat melawat kawasan artic,tanpa perlu kesana,akan tetapi dapat merasakan dan melihat kawasan dan suasana di artic dengan menonton video.Video menambahkan kefahaman pelajar mengenai sesuatu tempat dan keadaan sekitar,aktiviti dan sebagainya.Ianya umpama melawat tempat tersebut tanpa benar-benar membuat perjalanan yang sebenar.

Soalan 5
Nyatakan proses untuk memilih dan menilai video bagi penggunaan video dalam bilik darjah.

a)Memperolehi bahan Video
Kita perlu memperolehi bahan video melalui berbagai sumber seperti Internet,Syarikat-syarikat besar yang mengeluarkan video bagi produk mereka,Persatuan,Agensi Kerajaan dan sebagainya.Perolehan sebegini merupakan lebih kos efektif(Murah).Walaubagaimana pun,video yang diperolehi dari syarikat,persatuan agensi kerajaan ini perlu dinilai kesesuaiannya terlebih dahulu.
b)Penilaian Video
Untuk menilai kesesuaian video pula,bolehlah digunakan cara penilaian agar sesuai dengan mata pelajaran dan juga peringkat umur pelajar.Standard penilaian boleh diperolehi dari sumber-sumber seperti,dari lain-lain sekolah,internet dan sebagainya.Terdapat juga syarikat-syarikat yang mengeluarkan bahan pendidikan yang mempunyai pengalaman untuk mengeluarkan standard-standard penilaian.

Tugasan 8

Soalan 3(Buku teks)
Obtain an example of a manipulative(s) that you could use for instruction.Submit the manipulative(s) and a description of how would use it,including an objective.
Contoh Manipulatif:
Menggunakan benang untuk mengukur jarak panjang sungai diatas peta dengan panjang sungai tersebut yang sebenarnya mengikut skala.Ukuran Jarak di atas peta dapat ditukar kepada jarak sebenar di atas permukaan bumi dengan menggunakan skala.
Rajah 1: Peta Kg.Terasik

Setiap pelajar hendaklah diberi seutas benang.Kemudian pelajar diminta untuk meletakkan benang diatas sungai(di peta) mengikut lengkungan sungai dari tempat mula,katakana lah(x) sehingga ke penghujung sungai,katakan lah(y).


Rajah 2: Cara mengukur panjang sungai menggunakan benang.
Setelah benang tersebut diletakkan diatas peta,pelajar akan mengalihkan benang tersebut dan letakkan di atas skala yang terdapat di peta tersebut.Katakan skala yang diberi adalah 1cm:2km,apabila pelajar mendapat bacaan panjang sungai dalam 5cm contohnya,pelajar akan menukar jarak 5cm tadi kepada 10km mengikut bacaan sebenar dipermukaan bumi.


Rajah 3: Skala mewakili 1CM:2KM



Objektif Pembelajaran adalah:
Pelajar memahami keadaan muka bumi yang sebenar melalui peta dan mahir dalam menentukan atau menukar jarak/panjang sungai diatas peta dengan jarak/panjang sebenar di permukaan bumi dengan menggunkan skala.
Soalan 4(Buku teks)
Plan a lesson that would include a field trip(real or virtual).Locate at least one site on the World Wide Web that could be a place to visit as virtual field trip in your lesson.
Contoh yang saya gunakan di sini adalah “Kilang pemprosesan jem nenas”
Laman web lain yang juga berkesan ialah youtube pemprosesan jem nenas: https://www.youtube.com/watch?v=c-6JeBLy67w


Pelajar-pelajar diberi gambaran awal tentang pemprosesan  jem nenas melalui laman web yang guru berikan.Apabila guru,membawa pelajar-pelajar ke dunia Kilang yang sebenar,pelajar akan mudah mengikuti proses tersebut sekaligus dapat memahaminya.Ini kerana,Manusia akan mudah mengingati sesuatu pembelajaran yang bermakna dalam kehidupannya.