Pendidikan Era Abad ke-21



Sebagai sebuah negara membangun, Malaysia menghadapi cabaran dan tekanan besar dalam mendepani persaingan abad ke-21. Menjelang tahun 2020, Malaysia berhasrat menjadi sebuah negara maju mengikut acuan sendiri, iaitu mencapai kemajuan seimbang daripada segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian dan kebudayaan. Malaysia berhasrat menjadi sebuah negara yang masyarakatnya bersatu padu dan mempunyai keyakinan yang tinggi, berpegang teguh kepada nilai agama, moral dan etika serta menikmati kehidupan yang demokratik, liberal dan bertolak ansur, perkongsian ekonomi yang adil dan saksama, progresif dan makmur, serta menguasai  ekonomi yang mampu bersaing, dinamik, tangkas serta berdaya tahan. Dalam usaha mencapai matlamat tersebut,  Malaysia telah melakukan satu anjakan besar untuk membangunkan satu sistem pendidikan yang berkualiti. Sistem pendidikan Malaysia diterajui oleh dua kementerian iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang bertanggungjawab dalam pentadbiran dan pengurusan sistem pendidikan kebangsaan di peringkat sekolah yang meliputi pendidikan prasekolah, pendidikan rendah,  pendidikan menengah dan pendidikan lepasan menengah; dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang bertanggungjawab ke atas Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Dalam usaha memantap dan meningkatkan kualiti sistem pendidikan kebangsaan di peringkat sekolah,  KPM telah merangka dan melaksanakan satu perancangan strategik iaitu Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)  yang memberikan fokus kepada enam teras strategik iaitu membina negara bangsa, membangunkan modal insan, memperkasakan sekolah kebangsaan, merapatkan jurang pendidikan, memartabatkan profesion keguruan dan melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan. Selaras dengan itu KPT juga telah menyediakan Pelan Strategik Pendidikan Tinggi  ke arah meningkatkan daya saing  Malaysia di peringkat global melalui penyampaian pendidikan dan latihan yang berkualiti, berkesan, relevan dan mempunyai komitmen yang tinggi kepada pembelajaran  sepanjang hayat dengan 
membangunkan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) melalui dua pendekatan  iaitu pendidikan dan latihan yang berjalan secara bersepadu. Pertama, memperkukuh pembelajaran yang berteraskan pengetahuan, menjalankan penyelidikan yang memberi impak kepada dunia akademia-industri menerusi konsep elitis serta memberikan perkhidmatan kepada masyarakat yang berterusan. Kedua, membuka laluan pengajian 
tinggi yang bersifat terbuka dan sepanjang hayat melalui institusi pengajian seperti universiti terbuka, politeknik, dan kolej komuniti. Selain daripada IPTA, IPTS seperti Open University Malaysia juga telah berkembang pesat dan  memainkan peranan yang penting dan merupakan supplementary dan complementary kepada institusi pendidikan di Malaysia.  2

1.0  PENGENALAN
Sejarah pendidikan tidak formal negara Malaysia bermula sejak tertubuhnya kerajaan Kesultanan Melayu Melaka. Dalam tempoh beberapa abad, pendidikan di Malaysia telah mengalami perubahan demi perubahan dan setiap perubahan mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Secara amnya, perubahan pendidikan ini mengikut kehendak masyarakat pada masa itu contohnya di zaman Kerajaan Melayu Melaka di mana masyarakat Melayu telah berubah daripada zaman hindu kepada zaman kegemilangan  Islam. Zaman pemerintahan
Portugis sekitar tahun 1511 sehingga tahun 1641 dan Belanda tidak banyak membawa perubahan terutamanya dalam bidang pendidikan kepada penduduk peribumi sehingga kedatangan Inggeris pada tahun 1786. Inggeris telah memulakan era baru dalam bidang pendidikan kepada  anak peribumi waktu itu. Walau bagaimanapun kejayaan tentera Jepun menawan Tanah Melayu pada tahun 1941 dan memerintah sehingga tahun 1945 telah membantutkan perkembangan pendidikan Malaysia. Pada tahun 1946 Tanah Melayu telah diambil alih oleh kerajaan Inggeris sekali lagi, dan Inggeris mula mencorak pendidikan di tanah jajahannya sehingga pada 31 Ogos 1957 apabila negara Tanah Melayu mendapat kemerdekaan daripada penjajah Inggeris.Selepas Kemerdekaan, Malaysia terus melangkah untuk membina sistem pendidikan negara yang beracuan Malaysia. Misi dan Matlamat dibina untuk mewujudkan perpaduan di kalangan rakyat, masyarakat yang saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan yang tinggi dan memandang ke hadapan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga menyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.

2.0    HALA TUJU SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA 
Pada awal abad ke-21, beberapa perubahan dan perkembangan dalam sistem pendidikan Malaysia telah berlaku disebabkan oleh cabaran yang dihadapi akibat kesan globalisasi, liberalisasi, dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi. Cabaran negara Malaysia waktu ini adalah untuk membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan atau K-ekonomi bagi menghadapi persaingan dengan negara  lain. Ini menuntut negara Malaysia membangunkan sumber tenaga manusia yang berketerampilan tinggi dalam
pelbagai bidang dan berdaya saing. Sejak tahun 2004, sistem pendidikan Malaysia diterajui oleh dua kementerian iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang bertanggungjawab dalam pentadbiran dan pengurusan sistem pendidikan kebangsaan di peringkat  primary dan secondary iaitu di peringkat sekolah yang meliputi pendidikan prasekolah, pendidikan rendah, pendidikan menengah dan pendidikan lepasan menengah; dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang bertanggungjawab ke atas pendidikan
peringkat  tertiary  iaitu pada peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Dalam menentukan hala tuju sistem pendidikan, KPM  telah menggubal misi pendidikan sebagai fokus yang ingin dicapai dalam mengangkat martabat Malaysia dalam dunia global. Misi pendidikan Malaysia ialah;


Membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf 
dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan 
memenuhi aspirasi negara Malaysia. 
                                                                                                  Misi  Pendidikan Malaysia


Selaras dengan misi tersebut Malaysia telah menetapkan matlamat pendidikan negara bagi;Bagi mencapai matlamat tersebut, sistem pendidikan  Malaysia adalah bertunjangkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

3.0  HARAPAN, ASPIRASI  DAN HALA TUJU PENDIDIKAN MALAYSIA
Sebagai sebuah negara membangun, Malaysia menghadapi cabaran dan tekanan besar dalam mendepani persaingan abad ke-21. Menjelang tahun 2020, Malaysia berhasrat menjadi sebuah negara maju mengikut acuan sendiri, iaitu mencapai kemajuan seimbang daripada segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian  dan kebudayaan. Malaysia berhasrat menjadi sebuah negara yang masyarakatnya bersatu padu dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, berpegang teguh kepada nilai agama, moral dan etika serta menikmati kehidupan yang demokratik, liberal dan bertolak ansur, perkongsian ekonomi yang adil dan saksama, progresif dan makmur, serta menguasai  ekonomi yang mampu bersaing, dinamik, tangkas serta berdaya tahan.
Membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia.Misi  Pendidikan Malaysia Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang  dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
• Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu.
• Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu,
berketerampilan dan sejahtera.
• Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan
kemajuan negara, dan
• Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua
warganegara Malaysia.

Matlamat Pendidikan Malaysia
Malaysia kini berada pada peringkat pertengahan dan sedang memasuki fasa 15 tahun yang kedua ke arah mencapai Wawasan 2020. Sepanjang fasa 15 tahun pertama, banyak kemajuan telah dicapai dalam pelbagai bidang. Namun, perubahan pesat dunia hari ini menuntut Malaysia untuk segera berubah agar mampu melonjak ke tahap maju. Fasa tersebut juga telah mengetengahkan bidang pendidikan yang masih memerlukan penambahbaikan dan perhatian khusus agar dapat melakukan lonjakan terakhir untuk mencapai status negara maju yang dicita-citakan dalam Wawasan 2020. Dalam usaha mencapai negara maju, pembentukan Negara Bangsa menjadi semakin mencabar terutama dalam era globalisasi. Globalisasi bukan sahaja berkuasa menggerakkan modal, barangan dan manusia, tetapi juga berupaya mengubah gagasan,
budaya, nilai dan jati diri secara transnasional. Gagasan, budaya, nilai dan jati diri sesebuah Negara Bangsa akan lenyap begitu sahaja sekiranya bangsa tersebut lalai dan menerima sewenang-wenangnya segala yang dibawa oleh arus globalisasi. Pembentukan Negara Bangsa Malaysia yang maju dan bersatu padu bukan sahaja perlu berasaskan ekonomi yang berdaya tahan tetapi juga kepada pengagihan kekayaan yang lebih adil dan saksama. Di samping pertumbuhan dan kedinamikan ekonomi yang perlu dicapai, ketidakseimbangan peluang ekonomi dan sumber pendapatan tidak harus dibiarkan berlarutan sehingga menggugat pembangunan negara. Justeru, Malaysia berazam dan berusaha untuk menjadi sebuah negara maju yang teguh, bersatu dan kekal utuh walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan.Sehubungan itu, Malaysia telah memperkenalkan rangka kerja pelaksanaan baru, iaitu MISI NASIONAL bagi mencapai wawasan dan matlamat negara dalam jangka masa 15 tahun akan datang. Misi Nasional memberikan penekanan tinggi ke atas pembangunan modal insan ‘minda kelas pertama’ dan bina upaya sebagai pendekatan utama bagi melonjak ke status negara maju. Bagi mencapai prestasi yang tinggi dan impak maksimum daripada pembangunan nasional, Misi Nasional telah menggariskan lima teras
utama iaitu;

Teras Misi Nasional
Teras 1 Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi
Teras 2 Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk
’minda kelas pertama’
Teras 3 Menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi yang berterusan
secara membina dan produktif
Teras 4 Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup
Teras 5  Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan
Peranan pendidikan amat penting dalam menjayakan kelima-lima teras Misi Nasional.

Dua daripada lima teras tersebut, teras kedua dan teras ketiga telah menyatakan peranan pendidikan secara langsung.

0 comments:

Post a Comment