Yusri Alfian Bin Yunus
|
Tugasan Baru:
Tugasan-Tugasan Individu Edmodo
Modal RM1 juta.
Apakah jenis perniagaan yang hendak dijalankan? Mengapa?
Bagaimana untuk memastikan perniagaan anda UNTUNG?

Perniagaan yang saya akan
jalankan dengan bermodalkan RM 1 juta ialah membuka kedai komputer riba serta
servis disamping menjual alat-alat ganti komputer riba. Saya memilih perniagaan
ini adalah kerana kawasan yang begitu strategik memandangkan terdapat pelbagai
institut pengajian seperti ums,uitm,politeknik dan banyak lagi. Golongan
sasaran perniagaan ini ialah para penuntut yang merupakan modal insan yang akan
menggalas tanggungjawab untuk memacu negara ke arah kemajuan. Bagi memastikan
perniagaan ini untung, saya akan akan membuat promosi iaitu dengan memberi
diskaun kepada penuntut-penuntut ipt di samping menawarkan pakej-pakej yang
dapat menarik minat penuntut seperti "Free gift" dan kad keahlian.
Tahniah... ramai yang dah respons tentang jenis perniagaan yang hendak
dijalankan dan beberapa sebab telah diutarakan....
Sila jawab soalan yang kedua pula iaitu BAGAIMANA untuk memastikan perniagaan itu 100% UNTUNG? Apakah faktor2 yang perlu difikirkan sebelum dan semasa juga setelah perniagaan itu dimulakan?

Bagi memastikan perniagaan ini
untung, saya akan akan membuat promosi iaitu dengan memberi diskaun kepada
penuntut-penuntut ipt di samping menawarkan pakej-pakej yang dapat menarik
minat penuntut seperti "Free gift" dan kad keahlian. Faktor-faktor
yang perlu dipertimbangkan sebelum memulakan perniagaan ini ialah lokasi yang
strategik dan golongan sasaran yang terdiri daripada penuntut-penuntut ipt.
Manakala faktor yang perlu dipertimbangkan semasa memulakan perniagaan ini
ialah dengan membekalkan barangan yang berkualiti tinggi dan mempunyai harga
yang berpatutan. Selain itu memberikan perkhidmatan yang menjanjikan (JANJI
DITEPATI) kepuasan yang maksimum kepada pelanggan.
Apakah definisi teori multi modality? apakah yang dimaksudkan multi
modality instruction
Definisi teori multi modality
adalah penggunaan pelbagai cara dalam proses pembelajaran. Oleh itu
multimodality ialah lebih daripada satu kaedah, cara ataupun persepsi deria
digunakan untuk membina dan memahami sesuatu ilmu ataupun perkara. Istilah ini
digunakan untuk merujuk kepada fungsi dan pelbagai syarat di mana dua atau
lebih kaedah, cara dan persepsi deria, proses atau bentuk penyampaian
digunakan. Multi modaliti juga juga merupakan kaedah atau stail pengajaran yang
pelbagai. Teori ini berasaskan ciri-ciri stail pembelajaran global dan
analitikal, kecenderungan modaliti visual dan verbal, serta teori pengajaran
dan pembelajaran kognitivisme dan konstruktivisme. Seorang tenaga pengajar
perlu memperkayakan amalan pengajaran dan pembelajaran dengan mempelbagaikan
cara pengajaran mereka untuk melayan gaya pembelajaran yang sudah tentu
berbeza-beza di kalangan pelajarnya. Gaya pembelajaran dipengaruhi oleh
faktor-faktor budaya, personaliti, psikologi, sosial dan persekitaran.
Pendekatan berasaskan stail pengajaran dan pembelajaran adalah berkesan dalam
membantu meningkatkan pencapaian pelajar. Multi modality instruction pula
bermaksud instruction pula ialah sebarang bentuk pengajaran yang menggunakan
lebih dari satu cara, kaedah ataupun persepsi deria dalam pengajaran dan pembelajaran.
Multimodality instruction juga merupakan satu cara yang berkesan untuk mencapai
objektif pengajaran dan pembelajaran terhadap semua pelajar seperti
menganjurkan sekitar kaedah yang berbeza untuk menampung keperluan semua
pelajar. Kebanyakan guru mengajar dengan semua kaedah, tetapi sesetengah
pelajar mungkin mempunyai kekuatan yang luar biasa dan kelemahan dalam kaedah
tertentu. ialah penyampaian guru dengan menggunakan pelbagai alat dan kaedah
untuk menentukan cara pilihan pendekatan pembelajaran pelajar. Penyampaian
pengajaran harus dipadankan dengan keutamaan dan kekuatan pelajar. Para guru
boleh mengesan cara belajar yang paling berkesan di kalangan pelajar mereka dan
cuba menggunakan pendekatan yang memerlukan pelbagai cara dan deria untuk pembelajaran
yang berkesan.
Sila respon untuk isu ini pula
i) Cuba kaitkan penggunaan video dan stail pembelajaran
ii) cuba kaitkan penggunaan video dengan ubiquitous learning
iii) cuba kaitkan penggunaan video dengan HOTS (higher order thinking skills)
iv) cuba kaitkan penggunaan video dengan kemahiran sosial pelajar.
v) cuba kaitkan penggunaan video dengan peningkatan kesedaran

i)Cuba kaitkan penggunaan video dan stail
pembelajaran. Penggunaan video yang mempunyai elemen-elemen seperti teks,
video, grafik, audio dan animasi selaras dengan stail pembelajaran yang
meliputi ‘visual’, ‘auditory’, ‘read’ dan ‘kinesthetic’. Oleh itu, kedua-duanya
dapat dipersembahkan secara serentak untuk menarik minat pelajar supaya
mempunyai perasaan ingin tahu seterusnya mempunyai kemahiran untuk mengkaji
sendiri perkara yang sedang dipelajari terutamanya untuk ‘auditory learner’ dan
‘visual learner’.
ii) Cuba kaitkan penggunaan video dengan ubiquitous learning. Penggunaan video dapat dilaksanakan di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa selaras dengan kaedah ubiquitous learning kerana penggunaan video boleh dilaksanakan secara online dan pada jarak jauh. Oleh itu, penggunaan video secara online dengan pendekatan ubiquitous learning dapat menghubungkan pelajar dengan pelajar dan guru dengan pelajar untuk saling berinteraksi dan berkongsi maklumat walaupun berada di lokasi yang berbeza.
iii) Cuba kaitkan penggunaan video dengan HOTS (higher order thinking skills). Penggunaan video dapat meningkatkan daya kemahiran berfikir pelajar supaya berfikir di luar kotak dan berfikir secara kritis dan kreatif kerana penggunaan video dapat menggalakkan pembelajaran secara eksplorasi yang berkaitan dengan pemikiran tahap tinggi (HOTS). Oleh itu, pelajar yang terlibat secara aktif dapat memanipulasikan video untuk meningkatkan kemahiran merancang, menyelesaikan masalah, logikal, mengkaji dan membuat keputusan.
iv) Cuba kaitkan penggunaan video dengan kemahiran sosial pelajar. Penggunaan video dapat meningkatkan kemahiran sosial pelajar secara tidak langsung ketika sesi perbincangan, perkongsian maklumat, kerja berkumpulan dan pembentangan kerja kerana pelajar akan berinteraksi sesama sendiri atau dengan guru serta pada masa yang sama juga dapat memupuk sikap kepimpinan dan kerjasama, meningkatkan keyakinan dan motivasi dan menggalakkan pembelajaran secara koperatif.
v) Cuba kaitkan penggunaan video dengan peningkatan kesedaran. Penggunaan video dapat meningkatkan kesedaran pelajar dari segi motivasi, emosi,rohani dan empati bergantung kepada video yang ditayangkan terutamanya yang berkaitan dengan isu-isu semasa atau yang melibatkan semangat patriotik, contohnya dalam subjek Sejarah.

Apakah kekangan
jika kita menggunakan video dalam kelas?
Antara kekangannya ialah tiadanya kemudahan lengkap
untuk tayangan video, terdapat gangguan bekalan elektrik/bekalan elektrik
terputus secara tiba-tiba atau tiada bekalan elektrik, menarik perhatian
pelajar lain yang lalu lalang dan boleh menyebabkan gangguan bunyi kepada kelas
yang bersebelahan, masalah audio yang terhad, masalah speaker yang kurang
jelas, terdapat masalah video atau slide yang tidak dapat ditayangkan dan
penyelenggaraan komputer yang memakan masa yang lama kerana timbul masalah lain
atau disebabkan oleh guru yang kurang mahir dengan penggunaan komputer dan
ICT.Oleh itu, masa akan terbuang menyebabkan perjalanan p&p terganggu serta
kemungkinan menyebabkan objektif tidak tercapai.
Bagaimana
mengguna video dalam kelas? sebelum, semasa dan selepas
Sebelum menggunakan bahan cetak yang berkaitan atau
bahan-bahan web yang lain, tentukan sama ada anda akan menggunakan keseluruhan
video atau hanya segmen yang relevan. Sediakan persekitaran bilik darjah yang
selesa dan peralatan video yang lengkap. Pastikan tayangan video atau slide
dapat dibuka dan ditayangkan. Laptop, speaker, LCD, kabel perlu disambungkan
dengan sempurna. Seterusnya, jalankan aktiviti yang boleh merangsang
pengetahuan sedia ada pelajar (set induksi).
Semasa menayangkan video, sediakan pelajar dengan tugasan tontonan yang tertumpu kepada tayangan video tersebut. Gunakan satu segmen pendek pada satu masa dan juruskan atau kaitkan terus kepada pengalaman pembelajaran pelajar. Timbulkan kesedaran pelajar terhadap penghasilan nilai-nilai murni dan teknik belajar. Untuk tontonan kedua, tayangkan video tanpa bunyi dan ‘closed-captioning’.
Selepas selesai menayangkan video, sediakan beberapa jenis aktiviti yang berkaitan dengan tayangan video tadi. Selepas P&P berakhir, pastikan segala peralatan telah dipadamkan dengan sempurna.

Assignment
manipulatives
Question 3
Obtain an example of a manipulative(s) that you could use instruction submit the manipulative(s) and a description of how you would use it, including an objective. (ISTE NETS-T2.C &3: B).
Pada pendapat saya, pengajaran yang akan saya lakukan adalah mengurus kewangan dengan "real object" iaitu jadual yang diberikan oleh intitusi perbankan. Daripada "real object" jadual pengurusan kewangan secara tidak langsung aktiviti harian perbelanjaan boleh disenaraikan. Perbelanjaan harian dapat disenaraikan dengan kadar jumlah yang dapat diatur oleh perancang. Melalui contoh jadual, bahan ini boleh membantu dan amat sesuai untuk pelajar mengurus kewangan dan perbelanjaan seharian mereka. Pelajar juga mempunyai sedikit pengalaman langsung dalam kehidupan seharian mereka. Sebagai contoh, saya sebagai seorang guru mata pelajaran Perdagangan akan mengajar dengan menggunakan “jadual” bagi pengurusan perbelanjaan dan simpanan. Di sini saya memberi contoh pengajaran mata pelajaran Perdagangan Tingkatan 4. Di dalam tajuk yang telah saya pilih, faktor yang mempengaruhi kepada ketidak seragaman pengurusan kewangan dan perbelanjaan adalah berpunca daripada ketiadaan kriteria maklumat untuk item pengurusan kewanganam yang terperincin. Dengan menggunaka jadual dari intistusi perbankan sedikit membantu pelajar untuk memahami kriteria untuk pengurusan kewngan mereka. Oleh itu, dengan menggunakan kaedah pengajaran “Jadual”, saya akan membawa contoh cara teratur dalam mengurus kewangan dan perbelanjaan seharian pelajar dan dapat membuat simpanan harian mereka semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) dan menunjukkan kepada para pelajar cara mengisinya.
Question 4
Plan a lesson that would include a field trip (real or virtual). Locate at least one site on the World Wide Web that could be place to a visit as a virtual field trip in your lesson. (ISTE NETS- T2.A).
Saya akan membuat pengajaran dan pembelajaran tentang mata pelajaran Perdagangan. Contohnya saya memilih mata pelajaran Perdagangan Tingkatan 4, Bab 1 bagi tajuk Asas Kepada Perdagangan.. Bagi membuat pengajaran dan pembelajaran ini, saya akan menerangkan tentang keperluan dan kehendak manusia. Sebagai contoh memberikan maksud definisi keperluan iaitu sesuatu yang diperlukan oleh manusia untuk meneruskan hidup di dunia ini, manakala kehendak pula bermaksud barang atau perkhidmatan yang diinginkan untuk mencapai kehidupan yang lebih selesa atau menunjukkan kemewahan, lambang status dan kepuasan dalam kehidupan. Saya juga akan menyenaraikan keperluan asas iaitu makanan, tempat tinggal dan pakaian manakala bagi kehendak pula, manusia masih dapat meneruskan kehidupan walaupun tidak dapat memenuhi semua kehendaknya. Saya juga akan memberikan perbezaan antara keperluan dengan kehendak untuk memudahkan para pelajar memahami dan menguasai tajuk ini. http://cisdel.com/2011/06/15/antara-keperluan...

Jawab lima
soalan ini dengan ringkas sahaja ya....
1) apa kah yang dimaksudkan dengan video literasi?
2) Nyatakan lima konsep utama menonton dan menghasilkan video.
3) Terangkan bagaimana pembelajaran pelajar dipertingkatkan dengan aplikasi video?
4) Senaraikan dan terangkan bagaimana empat jenis video dalam pendidikan menyokong pembelajaran pelajar?
5) Nyatakan pros

SOALAN 1
Literasi video merupakan apa jua bentuk media yang menggunakan pergerakan gambar untuk menyampaikan pesanan atau mesej tertentu sehingga dapat meransang fikiran, perasaan, perhatian, serta minat seseorang. Ia juga dikenali sebagai stor elektronik bergerak seperti DVD. Literasi video kebiasaanya merangkumi pengetahuan dan kemahiran.
SOALAN 2
-Lima konsep utama menonton video ialah:
1. Penonton mampu mampu membina mesej atau pesanan
2. Format yang unik untuk setiap mesej
3. Penonton mempunyai tafsiran yang berbeza tentang apa yang dilihat.
4. Mempunyai pandangan dan nilai sebahagian daripada mesej yang ingin disampaikan
5. Mesej yang dipaparkan perlu mempunyai tujuan tertentu.
- penghasilan video juga perlu melibatkan persoalan2 berikut:
1. Apa kandungan yang ditulis atau dibina?
2. Apakah Mesej yang dibuat penting dalam mencerminkan pemahaman dalam format, kreativiti dan teknologi?
3. Adakah mesej saya menarik minat dan perhatian penonton sasaran?
4. Adakah penulis jelas dan berterusan merangka nilai, gaya hidup, dan pandangan dalam mesej saya?
5. Apakah maksud yang ingin disampaikan dalam video tersebut berkesan?
SOALAN 3
Penggunaan video dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan keberkesanan aktiviti tersebut. Ianya dapat dilihat dapat dilihat dari aspek daya penarik bahan yang kuat untuk pelajar yang dapat mengelakkan kebosanan pelajar. Video yang baik akan dapat melibatkan pelajar yang maksimum. Ia seterusnya dapat menggalakkan penyelidikan serta pembacaan sendiri di kalangan pelajar kerana perasaan ingin tahu dapat ditimbulkan. Ia dapat menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan serta menyeronokkan. Video yang digunakan dalam proses p & p dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih luas serta mendalam seterusnya mempelbagaikan aktiviti pembelajaran.
SOALAN 4
4 jenis video dalam pendidikan ialah :
1. Video dokumentari - merupakan medium utama untuk mendokumenkan peristiwa sebenar atau dilakukan kembali dan membawa mereka ke dalam proses p & p. Lazimnya berkait dengan fakta dan bukan fiksyen. Dasarnya dokumentari menggambarkan tentang cerita situasi yang sebenarnya. Misalnya National Geographic adalah salah satu jenis video dokumentari yang dihasilkan oleh pertubuhan-pertubuhan bukan berasaskan keuntungan serta badan penyiaran awam.
2. Dramatizition - aspek lakonan merupakan medium yang sangat baik untuk membina watak pelajar dan sikap positif dalam hal-hal seperti budaya, kurang upaya, harga diri dan bekerja secara kumpulan.
3. Penceritaan video - kemahiran yang penting untuk membangunkan pelajar-pelajar pada semua peringkat umur. Penceritaan video membolehkan pelajar untuk menjadi kreatif bagi membangunkan penulisan mereka, literasi visual dan kemahiran penghasilan video. Matlamatnya adalah untuk mengajar para pelajar untuk meluahkan idea melalui cerita.
4. Lawatan lapangan maya - video mampu membawa pelajar pergi ke tempat-tempat yang mungkin tidak pernah dan tidak dapat mereka jejaki. Contohnya, pelajar seolah-olah boleh pergi ke piramid Mesir melalui lawatan maya. Ia dapat meningkatkan dan membina pengetahuan yang diperolehi daripada membaca buku teks penerangan internet, atau mendengar ceramah.
SOALAN 5
-proses memilih video:
1. Mampu meransang pelbagai deria.
2. Memudahkan proses pengulangan. Contohnya boleh dilakukan secara berulang-ulang dengan lebih mudah. Penerangan mengenai sesuatu proses kerja di makmal boleh dirakam dan kemudiannya dipaparkan kembali kepada pelajar.
3. Meningkatkan keberkesanan proses p&p. Media penyampaian ilmu yang mampu menjadikan sesuatu proses p&p lebih berkesan.
4. Mampu meraih emosi dan ubah sikap. Papar atau persembahan video yang hidup dan realistik.
5. Menyediakan kuasa kawalan kepada pelajar. Walaupun sifat asas sesuatu video adalah dinamik tetapi Ianya mampu dikawal menerusi kemudahan yang disediakan oleh teknologi perisian.
-penilaian video yang baik adalah ringkas dan cukup untuk membantu guru memilih bahan-bahan yang akan meningkatkan pembelajaran pelajar.

Sila refleks
tentang proses dan ciri-ciri reka cipta visual
Dalam konteks pendidikan, visual ialah bahan media
pengajaran yang menggunakan imej yang dapat dilihat atau berdasarkan penglihatan.
Kebiasaannya, penggunaan visual dalam p & p digunakan dengan media
pengajaran yang lain. Visual adalah media berbentuk paparan interaktif. Ia
terbahagi kepada dua iaitu visual tayangan dan visual bukan tayangan.
Mereka bentuk visual melibatkan proses seperti :
1) memikirkan dan mencipta visual yang bersesuaian dengan objektif dan isi kandungan.
2) mempertimbangkan samada bahan visual terpakai patut digunakan semula atau sebaliknya.
3) mengambil kira berapakah kos dan masa yang ada bagi menyediakan atau mencari setiap item visual tersebut.
4) mengambil kira masalah dalam menggunakan bahan-bahan visual.
Terdapat beberapa ciri dalam reka cipta visual iaitu :
1) mudah - bererti isi kandungan pelajaran yang ingin disampaikan sepatutnya tidak terlalu banyak. Sebaliknya tumpuan kepada satu atau dua isi sahaja. Ini akan dapat mengelakkan berlakunya kekeliruan di kalangan pelajar. Sebaliknya berpegang kepada prinsip mudah dilihat dan mudah dibaca.
2) penyatuan - setiap hasil ciptaan rekabentuk visual BBM mempunyai elemen penyatuan dan tidak longgar. Ada hubungkait diantara satu sama lain.
3) penumpuan - hanya satu isi pelajaran yang tertera di dalam satu-satu grafik, iaitu dengan menjadikan satu pusat perhatian. Elemen penumpuan ini boleh dihasilkan dengan menggunakan garisan kasar, warna-warna panas dan ruang atau bentuk. Susunan visual juga bermula dari kiri ke kanan pergerakan.
4) perseimbangan - bermaksud terdapat dua bentuk iaitu bentuk formal dan bukan formal. Perseimbangan formal adalah satu susunan rekabentuk yang disusun dengan begitu rupa apabila dilihat memberikan perasaan sama berat diantara kiri dan kanan atau sebaliknya.
5) ruang - yang digunakan dengan sistematik dan betul sangat mempengaruhi.
6) garisan - adalah elemen yang harus juga diambil perhatian kerana ia boleh menghasilkan bentuk kecil, besar, tebal, halus dan sebagainya.
7) warna - merupakan elemen yang amat penting dalam satu-satu visual dan ia digunakan bagi tujuan menari perhatian.

0 comments:
Post a Comment