Wielhma



Wielhma Anak BerasapPT122287CT




Tugasan Baru:
5 Slaid
Infographic


Assignment Edmodo
1.       Perniagaan di Jalan UMS
Dengan bermodalkan RM1 juta ringgit, saya ingin menjalankan perniagaan rumah sewa iaitu rumah flat. Perniagaan rumah sewa menguntungkan kerana kebanyakan masyarakat di sekitar Jalan UMS adalah pelajar-pelajar yang menuntut di UMS & UITM, di mana pelajar-pelajar tersebut yang datang dari pelbagai daerah di sabah & juga pelbagai negeri seperti dari sarawak & semenanjung Malaysia. Untuk memastikan perniagaan saya UNTUNG, saya akan merangka strategi pemasaran yang berkesan dari segi lokasi, modal, kos & harga.

2.       Tahniah... Ramai yang dah respons tentang jenis perniagaan yang hendak dijalankan dan beberapa sebab telah diutarakan.  Sila jawab soalan yang kedua pula iaitu          BAGAIMANA untuk memastikan perniagaan itu 100% UNTUNG? Apakah faktor2 yang      perlu difikirkan sebelum dan semasa juga setelah perniagaan itu dimulakan?
Bagi memastikan perniagaan saya UNTUNG 100%,saya akan mengkaji dari segi lokasi, modal, kos & harga yang ditawarkan kepada pelanggan. Lokasi yang strategik seperti Jalan UMS sesuai untuk menjalankan perniagaan rumah sewa. Masyarakat terutamanya pelajar-pelajar yang menuntut di UMS & UITM memerlukan penempatan yang berdekatan dengan IPTA mereka agar memudahkan mereka menghadiri kelas setiap hari. Modal sebanyak RM1 juta ringgit mampu memulakan perniagaan rumah sewa. Kos pula seharusnya tidak melebihi modal. Manakala harga yang ditawarkan kepada pelanggan hendaknya berpatutan, agar perniagaan rumah sewa saya menjadi pilihan masyarakat sekitar.

3.       Multimodality: Apakah definisi teori multi modality? apakah yang dimaksudkan multi   modality instruction
Teori modality merujuk kepada kepelbagaian strategi pengajaran yang dilaksanakan oleh guru. Pengajaran yang berkesan harus membentangkan pelbagai kaedah pengajaran yang meliputi ketiga-tiga kaedah pembelajaran iaitu visual, auditori dan kinestetik supaya pelajar yang berbeza mempunyai peluang yang sama untuk belajar dengan cara yang berkesan untuk mereka. Kaedah visual adalah pembelajaran berdasarkan pemerhatian dan melihat apa yang sedang dipelajari. Manakala auditori ialah pembelajaran berdasarkan mendengar arahan atau maklumat dan kinestetik pula adalah pembelajaran berdasarkan hands-on kerja dan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti.
Multi modality instruction adalah memudahkan lagi pembelajaran berlaku. Contohnya, guru menggunakan kaedah visual iaitu penayangan video dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah. Mata pelajaran Sejarah dianggap membosankan oleh sesetengah pelajar. Dengan penayangan video, boleh meningkatkan minat pelajar dalam mempelajari mata pelajaran Sejarah dan memudahkan mereka memahami objektif pembelajaran yang disampaikan.

4.       Sila respon untuk isu ini pula:
          i) Cuba kaitkan penggunaan video dan stail pembelajaran
          ii) cuba kaitkan penggunaan video dengan ubiquitous learning
          iii) cuba kaitkan penggunaan video dengan HOTS (higher order thinking skills)
          iv) cuba kaitkan penggunaan video dengan kemahiran sosial pelajar.
          v) cuba kaitkan penggunaan video dengan peningkatan kesedaran
i)        Penggunaan video dalam proses P&P menepati gaya pembelajaran iaitu visual, auditori         dan kinestetik.
ii)       P&P berdasarkan pembelajaran bersifat ubiquitous, dimana pembelajaran bersifat formal      dan tidak formal, boleh berlaku di rumah atau pada masa lapang, bersesuaian dengan   penggunaan video. Pelajar-pelajar boleh memperolehi maklumat daripada video yang        digunakan walaupun tidak berada di dalam kelas.
iii)       Penggunaan video bersesuaian dengan HOTS (higher order thinking skills) kerana       pelajar-pelajar dapat mengembangkan pemikiran mereka melalui pemecahan masalah,         membuat keputusan, berfikir kritis dan berfikir kreatif.
iv)      Penggunaan video mampu meningkatkan kemahiran sosial pelajar. Contohnya,          berkenaan dengan gejala sosial. Jika ditayangkan video berkenaan dengan keburukan       merempit iaitu kemalangan ngeri akibat daripada merempit, pasti akan meninggalkan       kesan di dalam diri pelajar-pelajar tersebut.

5.       Apakah kekangan jika kita menggunakan video dalam kelas?
1.       Ketiadaan LCD (tiada peruntukan daripada pihak sekolah).
2.       Bekalan elektrik terhad (bagi sekolah di kawasan pendalaman)
3.       Bahan dalam video tidak sampai kepada pelajar jika pelajar terlalu ramai dalam kelas.
4.       Penyataan cahaya dalam bilik darjah tidak sesuai untuk tayangan video.
5.       Audio terpaksa dihadkan untuk mengelakkan gangguan kelas sebelah.

6.       Bagaimana mengguna video dalam kelas? sebelum, semasa dan selepas
Sebelum:
1)       Pastikan peralatan LCD dapat berfungsi dengan baik.
2)       Memilih video yang bersesuaian untuk ditayangkan.
3)       Menyediakan DVD/CD/klip video yang dimuat turut dari internet untuk ditayangkan.
4)       Penyediaan soalan yang hendak diajukan kepada para pelajar berkenaan dengan video         yang ditayangkan
5)       Menyediakan aktiviti yang bersesuaian dengan topik video tersebut.

Semasa:
1)       Memastikan video dapat ditayangkan.
2)       Memastikan para pelajar memberi tumpuan semasa video ditayangkan.
3)       Memberi serba sedikit penerangan berkaitan dengan apa yang ditayangkan semasa    video ditayangkan

Selepas:
1)       Membuat penerangan secara menyeluruh mengenai tayangan tersebut.
2)       Bertanyakan pendapat kepada para pelajar tentang video yang ditayangkan.
3)       Mengadakan sesi soal jawab dengan para pelajar berkaitan dengan topik video yang              
          ditayangkan untuk melihat tahap kefahaman mereka terhadap tayangan tersebut.
4)       Membuat kesimpulan berkenaan topik yang ditayangkan di dalam video tersebut.
5)       Memberikan tugasan kepada para pelajar berdasarkan video tersebut.


0 comments:

Post a Comment