1.0 Pengenalan
Profesian guru dan pendidik terutamanya dalam zaman-zaman
mencabar ini bukanlah semudah yang disangka oleh masyarakat pada hari ini iaitu
kerjanya separuh hari dan cutinya panjang.
Sebagai arkitek sosial, guru mempunyai tanggungjawab yang
amat besar, bukan sekadar memberi pendidikan dan menyampaikan ilmu. Gurulah insan yang dipertanggungjawabkan
untuk merealisasikan transformasi pendidikan yang dicita-citakan oleh negara. Justeru kegagalan sesebuah masyarakat untuk
berfungsi dengan sempurna kerap dikaitkan dengan kegagalan sistem pendidikan
sesebuah negara. Lebih daripada itu,
guru juga perlu menjadi model utama kepada anak didiknya. Oleh itu mereka perlu
berjiwa besar. Bukan sembarangan orang
layak menjadi guru. Hanya mereka yang luhur
jiwa dan kental semangatnya yang sanggup mencurahkan bakti untuk menjadi guru. Kecintaan terhadap profesion ini juga
seharusnya bukan sekadar secara luarannya sahaja, sebaliknya sifat keguruan itu
perlu mendarah daging.
2.1 Peranan Guru Abad Ke-21
Dalam berhadapan dengan revolusi teknologi maklumat (TM)
pada abad ke-21 ini, peranan guru semakin penting. Antaranya ialah untuk berdepan dengan keegoan
pelajar yang bijak dengan pelajar lemah yang mempunyai rasa rendah diri yang
tinggi. Bagi mendekatkan jurang dua
golongan pelajar ini merupakan satu tugas yang sangat mencabar bukan sahaja
ilmu yang dimiliki oleh guru itu, tetapi kemahiran sebenar guru sebagai seorang
pendidik. Justeru, cabaran menambahkan
dan mendalami ilmu yang sedia ada merupakan satu tuntutan yang harus dilakukan
oleh setiap guru selain mula menyesuaikan diri dengan persekitaran pembelajaran
baru dalam memasuki abad ke-21. Lebih
penting lagi ialah kemahiran berjinak-jinak dengan perkakasan TM yang semakin
menjadi sebahagian daripada sistem pendidikan.
Di samping itu, jika dahulu orentasi pendidikan lebih kepada
membuka dan memberi peluang pendidikan yang sama rata, peranan guru kini lebih
kepada menyerlah dan mengembangkan potensi yang dimiliki oleh pelajar. Sentuhan manusiawi perlu disuntik dalam
proses pendidikan tersebut dengan memberikan seluas-luasnya peluang kepada
pelajar untuk belajar mengikut keperluan individu.
Fakta bahawa
abad mendatang akan meluaskan jurang antara guru dan pelajar kerana kehadiran
TM adalah tidak benar sama sekali. Sebaliknya,
guru perlu lebih dekat dengan pelajarnya untuk mengenal potensi diri pelajarnya
bagi menyesuaikan dengan taraf ilmu yang akan diberikan. Era informasi memberikan satu ruang
alternatif kepada guru untuk melakukan reformasi dalam pendidikan bagi
menyuntik unsur-unsur manusiawi dalam pendidikan. Konsep sekolah bestari yang antara lain turut
memanfaatkan perkembangan teknologi informasi adalah salah satu daripada
reformasi dalam pendidikan yang penting buat guru. Dengan memanfaatkan Internet, kertabatasan
pelajar untuk mendapatkan maklumat hampir tiada lagi. Untuk pertama kalinya, komputer dan Internet
menjadi pusat perjumpaan budaya dan sosial dari seluruh dunia. Peranan guru kini nampaknya akan menjadi
lebih kompleks dan bercabang untuk memandu arah dan membimbing pelajarnya yang
kini semakin terdedah dengan pertembungan budaya dan sosial menerusi
kecanggihan TM. Untuk berhadapan dengan
semua cabaran ini, kita memerlukan guru yang berkesan demi menghasilkan
pendidikan yang cemerlang.
3.1 Ciri-Ciri Guru Abad Ke-21
Terdapat empat perkara yang diambil kira dalam menjadi
pendidik abad ke- 21. Antaranya ialah:
Murid
- Hubungkan
'mata plajaran' dengan kehidupan murid-murid,
- Mengajar
murid-murid bagaimana hendak belajar, menganalisa dan berfikir secara
kritis,
- Menjana
idea-idea baru dan menarik bagi murid-murid berfikir mengenainya,
- Menggalakkan
murid-murid bertanyakan soalan mengenai pelajaran,
- Membentuk
murid yang celik ICT dari masa ke semasa.
Cara Mengajar
- Melakukan
refleksi dan kritik-kendiri, mercu tanda profesionalisme seorang guru,
- Fleksibel
dalam pendekatan-pendekatan pengajaran dan pembelajaran,
- Bersemangat
dalam mengajar , murid-murid dalam sesuatu mata pelajaran,
- Seorang
komunikator yang cemerlang; mampu menjadikan idea-idea yang kompleks mudah
difahami dengan itu murid-murid dapat memahami dan menghargainya,
- Merancang
pengajaran terlebih dahulu, beri masa yang cukup bagi setiap tajuk, dan
menyepadukan mata pelajaran.
Disiplin Guru
- Seorang
yang 'laparkan' ilmu; sentiasa up to
date dalam bidangnya dengan membaca; menghadiri konferens, konvensyen,
bengkel dan seminar; dan mengikuti kursus-kursus dalam perkhidmatan,
- Juga
seorang yang suka 'belajar' perkara-perkara di luar bidangnya,
- Bina
dan mengekalkan perhubungan profesional.
Keperibadian
- Tunjukkan
contoh dan teladan yang utuh di dalam atau di luar bilik darjah dan
mengajar kebertanggungjawaban murid-murid serta standard yang tinggi ,
- Berfikiran
terbuka, rendah diri, dan bersikap optimistik.
0 comments:
Post a Comment