Yusdi(Pelajar Abad Ke-21)



Pelajar abad ke-21
Menurut Plato pelajar adalah objek yang pasif, mereka hanya sebuah bekas yang kosong yang menanti untuk diisi. Dengan mengumpilkan sedikit demi sedikit pengalaman barulah boleh manusia menyelesaikan sesuatu masalah. Walau bagaimanapun, dalam tubuh yang kosong ini, Locke mempercayai manusia telah dilengkapkan dengan keupayaan biologi tertentu. Untuk membolehkan keupayaan itu berfungsi, ia perlukan persekitaran yang sesuai, ini berbeza dengan pendapt Plato dalam definsi pelajar.
Pada abad ke-21 dan era globalisasi ini, pelajar seharusnya lebih proaktif berbanding dengan pelajar sebelum-sebelum ini. Seharusnya pelajar generasi ke-21 telah menjadi lebih profesional dan amat memahami tugasan mereka sebagai pelajar. Di abad ke 21 ini perkembangan pelajar berlaku secara berperingkat. Pelajar juga mempunyai pengalaman memainkan peranan penting dalam pembentukan konsep. Pelajar yang tidak mempunyai pengalaman yang cukup mungkin tidak dapat memahami sesuatu konsep. Dalam pembelajaran pula, pelajar bukan sahaja cuba menyematkan konsep, operasi dan skima ke dalam fikirannya tetapi pada masa yang sama menyusunkannya secara dalaman mengikut cara yang tersendiri.
Sementara kaedah pembelajaran tidak lagi tertumpu kepada guru sebagai punca maklumat utama. Seharusnya mereka mesti mampu mencari maklumat daripada pelbagai sumber. Sesetengah sekolah mampu melaksanakannya tetapi terdapat sesetengah sekolah masih bergelut dengan soal asas pembelajaran, iaitu kemampuan murid untuk membaca, menulis dan mengira (3M) masih pada peringkat yang mendukacitakan. Soalnya bagaimana isu sebegini masih wujud sedangkan pengisian kemerdekaan telah berlaku selama 53 tahun. Adakah isu kaedah pengajaran guru atau isu kesediaan murid untuk belajar hanya bergantung semata-mata kepada persekitaran.

0 comments:

Post a Comment