Yusdi



Yusdi bin Jainab(Barisan Paling Hadapan)
PT122289CT


Tugasan Baru:

5 Slide Power Point
Infogrphic
Latihan Excel

Tugasan-Tugasan Individu Edmodo


Modal 1 juta
Saya akan membuak perniagaan restoran cotto Makassar dimn kelengkapan meja makan lengkap dan moden.
Assigment
i) Cuba kaitkan penggunaan video dan stail pembelajaran.
Di dalam teknik penggunaan video terdapat elemen-elemen seperti teks, video, grafik, audio dan animasi selaras dengan stail pembelajaran yang meliputi ‘visual’, ‘auditory’, ‘read’ dan ‘kinesthetic’. Oleh itu, kedua-duanya dapat dipersembahkan secara serentak untuk menarik minat pelajar supaya mempunyai perasaan ingin tahu seterusnya mempunyai kemahiran untuk mengkaji sendiri perkara yang sedang dipelajari terutamanya untuk ‘auditory learner’ dan ‘visual learner’.
ii) Cuba kaitkan penggunaan video dengan ubiquitous learning.
Penggunaan video dapat dilaksanakan di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa selaras dengan kaedah ubiquitous learning kerana penggunaan video boleh dilaksanakan secara online dan pada jarak jauh. Oleh itu, penggunaan video secara online dengan pendekatan ubiquitous learning dapat menghubungkan pelajar dengan pelajar dan guru dengan pelajar untuk saling berinteraksi dan berkongsi maklumat walaupun berada di lokasi yang berbeza.
iii) Cuba kaitkan penggunaan video dengan HOTS (higher order thinking skills). Penggunaan video dapat meningkatkan daya kemahiran berfikir pelajar supaya berfikir di luar kotak dan berfikir secara kritis dan kreatif kerana penggunaan video dapat menggalakkan pembelajaran secara eksplorasi yang berkaitan dengan pemikiran tahap tinggi (HOTS). Oleh itu, pelajar yang terlibat secara aktif dapat memanipulasikan video untuk meningkatkan kemahiran merancang, menyelesaikan masalah, logikal, mengkaji dan membuat keputusan.
iv) Cuba kaitkan penggunaan video dengan kemahiran sosial pelajar.
Penggunaan video dapat meningkatkan kemahiran sosial pelajar secara tidak langsung ketika sesi perbincangan, perkongsian maklumat, kerja berkumpulan dan pembentangan kerja kerana pelajar akan berinteraksi sesama sendiri atau dengan guru serta pada masa yang sama juga dapat memupuk sikap kepimpinan dan kerjasama, meningkatkan keyakinan dan motivasi dan menggalakkan pembelajaran secara koperatif.
v) Cuba kaitkan penggunaan video dengan peningkatan kesedaran.
Penggunaan video dapat meningkatkan kesedaran pelajar dari segi motivasi, emosi,rohani dan intipati bergantung kepada video yang ditayangkan terutamanya yang berkaitan dengan isu-isu semasa atau yang melibatkan semangat perniagaan, contohnya dalam subjek Perdagangan.

Assignment
Terdapat beberapa kekangan antaranya ialah tiadanya kemudahan lengkap untuk tayangan video, terdapat gangguan bekalan elektrik/bekalan elektrik terputus secara tiba-tiba atau tiada bekalan elektrik, menarik perhatian pelajar lain yang lalu lalang dan boleh menyebabkan gangguan bunyi kepada kelas yang bersebelahan, masalah audio yang terhad, masalah speaker yang kurang jelas, terdapat masalah video atau slide yang tidak dapat ditayangkan dan penyelenggaraan komputer yang memakan masa yang lama kerana timbul masalah lain atau disebabkan oleh guru yang kurang mahir dengan penggunaan komputer dan ICT.Oleh itu, masa akan terbuang menyebabkan perjalanan p&p terganggu serta kemungkinan menyebabkan objektif tidak tercapai.

Assignment 3
Sebelum menggunakan bahan cetak yang berkaitan atau bahan-bahan web yang lain, tentukan sama ada anda akan menggunakan keseluruhan video atau hanya segmen yang relevan. Sediakan persekitaran bilik darjah yang selesa dan peralatan video yang lengkap. Pastikan tayangan video atau slide dapat dibuka dan ditayangkan. Laptop, speaker, LCD, kabel perlu disambungkan dengan sempurna. Seterusnya, jalankan aktiviti yang boleh merangsang pengetahuan sedia ada pelajar (set induksi).

Semasa menayangkan video, sediakan pelajar dengan tugasan tontonan yang tertumpu kepada tayangan video tersebut. Gunakan satu segmen pendek pada satu masa dan juruskan atau kaitkan terus kepada pengalaman pembelajaran pelajar. Timbulkan kesedaran pelajar terhadap penghasilan nilai-nilai murni dan teknik belajar. Untuk tontonan kedua, tayangkan video tanpa bunyi dan ‘closed-captioning’.

Selepas selesai menayangkan video, sediakan beberapa jenis aktiviti yang berkaitan dengan tayangan video tadi. Selepas P&P berakhir, pastikan segala peralatan telah dipadamkan dengan sempurna.

Assignment
Jawapan 3
Pada pendapat saya, pengajaran yang akan saya lakukan adalah mengurus kewangan dengan "real object" iaitu jadual yang diberikan oleh intitusi perbankan. Daripada "real object" jadual pengurusan kewangan secara tidak langsung aktiviti harian perbelanjaan boleh disenaraikan. Perbelanjaan harian dapat disenaraikan dengan kadar jumlah yang dapat diatur oleh perancang. Melalui contoh jadual, bahan ini boleh membantu dan amat sesuai untuk pelajar mengurus kewangan dan perbelanjaan seharian mereka. Pelajar juga mempunyai sedikit pengalaman langsung dalam kehidupan seharian mereka. Sebagai contoh, saya sebagai seorang guru mata pelajaran Perdagangan akan mengajar dengan menggunakan “jadual” bagi pengurusan perbelanjaan dan simpanan. Di sini saya memberi contoh pengajaran mata pelajaran Perdagangan Tingkatan 4. Di dalam tajuk yang telah saya pilih, faktor yang mempengaruhi kepada ketidak seragaman pengurusan kewangan dan perbelanjaan adalah berpunca daripada ketiadaan kriteria maklumat untuk item pengurusan kewanganam yang terperincin. Dengan menggunaka jadual dari intistusi perbankan sedikit membantu pelajar untuk memahami kriteria untuk pengurusan kewngan mereka. Oleh itu, dengan menggunakan kaedah pengajaran “Jadual”, saya akan membawa contoh cara teratur dalam mengurus kewangan dan perbelanjaan seharian pelajar dan dapat membuat simpanan harian mereka semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) dan menunjukkan kepada para pelajar cara mengisinya.

Jawapan 4

Saya akan membuat pengajaran dan pembelajaran tentang mata pelajaran Perdagangan. Contohnya saya memilih mata pelajaran Perdagangan Tingkatan 4, Bab 1 bagi tajuk Asas Kepada Perdagangan.. Bagi membuat pengajaran dan pembelajaran ini, saya akan menerangkan tentang keperluan dan kehendak manusia. Sebagai contoh memberikan maksud definisi keperluan iaitu sesuatu yang diperlukan oleh manusia untuk meneruskan hidup di dunia ini, manakala kehendak pula bermaksud barang atau perkhidmatan yang diinginkan untuk mencapai kehidupan yang lebih selesa atau menunjukkan kemewahan, lambang status dan kepuasan dalam kehidupan. Saya juga akan menyenaraikan keperluan asas iaitu makanan, tempat tinggal dan pakaian manakala bagi kehendak pula, manusia masih dapat meneruskan kehidupan walaupun tidak dapat memenuhi semua kehendaknya. Saya juga akan memberikan perbezaan antara keperluan dengan kehendak untuk memudahkan para pelajar memahami dan menguasai tajuk ini.

Assignment
Video Dalam Pendidikan
1) apa kah yang dimaksudkan dengan video literasi?
literasi video merangkumi pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk mengambil atau melihat video bagi menghasilkan video.

2) Nyatakan lima konsep utama menonton dan menghasilkan video.
1.       pengarang membina/membentuk mesej
2.       mesej yang disampaikan perlu menggunakan format, kreativiti dan teknologi yang unik.
3.       setiap penonton mentafsirkan mesej secara berbeza.
4.       Setiap mesej mempunyai nialai dan pandangan yang berbeza.
5.       Kebanyakkan mesej yang dibina bertujuan untuk mempromosikan Sesutu tujauan yang spesifik.

3) Terangkan bagaimana pembelajaran pelajar dipertingkatkan dengan aplikasi video?

KOGNITIF
Pelajar dapat mendalami tentang proses, hubungan, teknik, teks berdasarkan pertunjukan video yang dibuat. Selain daripada membaca, pelajar itu juga boleh melihat video tersebut secara grafik dan pergerakan serta penggunaan video boleh menarik minat pelajar dalam pembelajaran tersebut.

AFEKTIF DOMAIN
Melalui video, sikap pelajar dapat dipengaruhi melalui ikutan teladan dan dapat mengetahui sebarang mesej yang tersirat. Program dokumentari kebiasaannya menjadi satu video yang boleh mempengaruhi tingkah laku seseorang pelajar.

PSIKOMOTOR
Menerusi video yang ditayangkan, pelajar dapat mempelajari proses pembelajaran dengan lebih mudah melalui pergerakan. Video juga boleh memudahkan pelajar dalam proses pembelajaran secara teratur.



INTERPERSONAL DOMAIN
Berdasarkan pertunjukan video, dapat meningkatkan pembelajaran secara berkumpulan menerusi pengalaman untuk pemangkin di dalam perbincangan.


4) Senaraikan dan terangkan bagaimana empat jenis video dalam pendidikan menyokong pembelajaran pelajar?

Dokumentari
Video dopkumentari merupakan medium utama untuk melihat dokumentasi yang pernah berlaku secara sebenar untu dibawa ke dalam kelas. Ianya dibuat berdasarkan fakta. Mengisahkan kisah benar mengenai orang dan tempat. Contohnya persembahan dokumentari dari National Geographic yang banyak menayangkan tentang pembelajaran subjek geografi, alam sekitar, budaya, sains dan pelbagai lagi yang boleh dilihat.

Pelakonan(Dramatization)
Video dapat membawa pelajar terpesona contohnya drama yang dibentangkan di hadapan mata mereka. Ia juga merupakan tempat yang sangat baik untuk membina sahsiah pelajar dan sikap positif dalam bidang seperti budaya, kurang upaya, harga diri, dan bekerjasama. Video sastera klasik yang contihnya, seperti Anne GreenGables, Hamlet dan Moby Dick.

Video Storytelling(Bercerita)
Bercerita merupakan kemahiran yang penting untuk membentuk pelajar-pelajar dari semua peringkat umur. Ia membenarkan pelajar untuk menjadi kreatif semasa membentuk penulisan mereka, literasi visual dan kemahiran penghasilan video. Matlamatnya adalah untuk mengajar pelajar-pelajar agar mereka boleh mengajar dan belajar daripada satu sama lain.

Virtual Fields Trips
Ia boleh membawa pelajar ke tempat-tempat yang mereka tidak mungkin dapat pergi. Ia membina dan meningkatkan pengetahuan yang diperolehi daripada buku teks bacaan, penerangan internet atau mendengar ceramah-ceramah.
5) Nyatakan proses untuk memilih dan menilai video bagi penggunaan video dalam bilik darjah.
Langkah pertama
Integrasi sumber-sumber yang berguna adalah untuk mencari video yang akan menyokong pencapaian objektif pelajaran anda.

Langkah kedua
Menilai video yang dipilih untuk memastikan bahawa ia sebenarnya sama dengan matlamat anda dan memenuhi keperluan pelajar anda.

Assignment
Design of Visual
Dalam konteks pendidikan, visual ialah bahan media pengajaran yang menggunakan imej yang dapat dilihat atau berdasarkan penglihatan. Kebiasaannya, penggunaan visual dalam p & p digunakan dengan media pengajaran yang lain. Visual adalah media berbentuk paparan interaktif. Ia terbahagi kepada dua iaitu visual tayangan dan visual bukan tayangan.
Mereka bentuk visual melibatkan proses seperti :
1) memikirkan dan mencipta visual yang bersesuaian dengan objektif dan isi kandungan.
2) mempertimbangkan samada bahan visual terpakai patut digunakan semula atau sebaliknya.
3) mengambil kira berapakah kos dan masa yang ada bagi menyediakan atau mencari setiap item visual tersebut.
4) mengambil kira masalah dalam menggunakan bahan-bahan visual.

Terdapat beberapa ciri dalam reka cipta visual iaitu :
1) mudah - bererti isi kandungan pelajaran yang ingin disampaikan sepatutnya tidak terlalu banyak. Sebaliknya tumpuan kepada satu atau dua isi sahaja. Ini akan dapat mengelakkan berlakunya kekeliruan di kalangan pelajar. Sebaliknya berpegang kepada prinsip mudah dilihat dan mudah dibaca.
2) penyatuan - setiap hasil ciptaan rekabentuk visual BBM mempunyai elemen penyatuan dan tidak longgar. Ada hubungkait diantara satu sama lain.
3) penumpuan - hanya satu isi pelajaran yang tertera di dalam satu-satu grafik, iaitu dengan menjadikan satu pusat perhatian. Elemen penumpuan ini boleh dihasilkan dengan menggunakan garisan kasar, warna-warna panas dan ruang atau bentuk. Susunan visual juga bermula dari kiri ke kanan pergerakan.
4) perseimbangan - bermaksud terdapat dua bentuk iaitu bentuk formal dan bukan formal. Perseimbangan formal adalah satu susunan rekabentuk yang disusun dengan begitu rupa apabila dilihat memberikan perasaan sama berat diantara kiri dan kanan atau sebaliknya.
5) ruang - yang digunakan dengan sistematik dan betul sangat mempengaruhi.
6) garisan - adalah elemen yang harus juga diambil perhatian kerana ia boleh menghasilkan bentuk kecil, besar, tebal, halus dan sebagainya.
7) warna - merupakan elemen yang amat penting dalam satu-satu visual dan ia digunakan bagi tujuan menari perhatian.

0 comments:

Post a Comment