Universiti Malaysia Sabah

"Bertekad Cemerlang"

Google

www.google.com.my

Rakan Seperjuangan

Ahli-ahli Blog

Assalamualaikum W.B.T


Selamat Datang ke Blog "Teknologiguru.blogspot.com"

Blog ini  direka bagi memenuhi Standard Qualification bagi Matapelajaran Teknologi & Inovasi Dalam Pendidikan(DTT5213) bagi Kursus DPLI UMS 2012/2013.





Blog ini dianggotai oleh 5 orang guru pelatih opsyen Perdagangan iaitu
Masliana Binti Musli
Yusdi Bin Jainab
Yusri Alfian Bin Yunus

Yusni Binti Jueng
Wilhma Anak Berasap

Blog ini juga khas untuk guru-guru dan pelajar-pelajar yang ingin mengetahui Apakah itu Perdagagan serta sesuai bagi pelajar-pelajar yang akan menduduki SPM dan mengambil Matapelajaran Perdagangan sebagai matapelajaran pilihan.Diharap dengan kewujudan blog ini,dapatlah sedikit sebanyak membantu pelajar-pelajar kita diseluruh Malaysia sekaligus dapat meningkatkan kemahiran guru-guru dalam mengaplikasikan Teknologi Dalam Pendidikan.




Ikhlas Dari Kami Semua:Kumpulan Bab 8(Opsyen Perdaganggan)





Pendidikan Era Abad ke-21



Sebagai sebuah negara membangun, Malaysia menghadapi cabaran dan tekanan besar dalam mendepani persaingan abad ke-21. Menjelang tahun 2020, Malaysia berhasrat menjadi sebuah negara maju mengikut acuan sendiri, iaitu mencapai kemajuan seimbang daripada segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian dan kebudayaan. Malaysia berhasrat menjadi sebuah negara yang masyarakatnya bersatu padu dan mempunyai keyakinan yang tinggi, berpegang teguh kepada nilai agama, moral dan etika serta menikmati kehidupan yang demokratik, liberal dan bertolak ansur, perkongsian ekonomi yang adil dan saksama, progresif dan makmur, serta menguasai  ekonomi yang mampu bersaing, dinamik, tangkas serta berdaya tahan. Dalam usaha mencapai matlamat tersebut,  Malaysia telah melakukan satu anjakan besar untuk membangunkan satu sistem pendidikan yang berkualiti. Sistem pendidikan Malaysia diterajui oleh dua kementerian iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang bertanggungjawab dalam pentadbiran dan pengurusan sistem pendidikan kebangsaan di peringkat sekolah yang meliputi pendidikan prasekolah, pendidikan rendah,  pendidikan menengah dan pendidikan lepasan menengah; dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang bertanggungjawab ke atas Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Dalam usaha memantap dan meningkatkan kualiti sistem pendidikan kebangsaan di peringkat sekolah,  KPM telah merangka dan melaksanakan satu perancangan strategik iaitu Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)  yang memberikan fokus kepada enam teras strategik iaitu membina negara bangsa, membangunkan modal insan, memperkasakan sekolah kebangsaan, merapatkan jurang pendidikan, memartabatkan profesion keguruan dan melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan. Selaras dengan itu KPT juga telah menyediakan Pelan Strategik Pendidikan Tinggi  ke arah meningkatkan daya saing  Malaysia di peringkat global melalui penyampaian pendidikan dan latihan yang berkualiti, berkesan, relevan dan mempunyai komitmen yang tinggi kepada pembelajaran  sepanjang hayat dengan 
membangunkan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) melalui dua pendekatan  iaitu pendidikan dan latihan yang berjalan secara bersepadu. Pertama, memperkukuh pembelajaran yang berteraskan pengetahuan, menjalankan penyelidikan yang memberi impak kepada dunia akademia-industri menerusi konsep elitis serta memberikan perkhidmatan kepada masyarakat yang berterusan. Kedua, membuka laluan pengajian 
tinggi yang bersifat terbuka dan sepanjang hayat melalui institusi pengajian seperti universiti terbuka, politeknik, dan kolej komuniti. Selain daripada IPTA, IPTS seperti Open University Malaysia juga telah berkembang pesat dan  memainkan peranan yang penting dan merupakan supplementary dan complementary kepada institusi pendidikan di Malaysia.  2

1.0  PENGENALAN
Sejarah pendidikan tidak formal negara Malaysia bermula sejak tertubuhnya kerajaan Kesultanan Melayu Melaka. Dalam tempoh beberapa abad, pendidikan di Malaysia telah mengalami perubahan demi perubahan dan setiap perubahan mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Secara amnya, perubahan pendidikan ini mengikut kehendak masyarakat pada masa itu contohnya di zaman Kerajaan Melayu Melaka di mana masyarakat Melayu telah berubah daripada zaman hindu kepada zaman kegemilangan  Islam. Zaman pemerintahan
Portugis sekitar tahun 1511 sehingga tahun 1641 dan Belanda tidak banyak membawa perubahan terutamanya dalam bidang pendidikan kepada penduduk peribumi sehingga kedatangan Inggeris pada tahun 1786. Inggeris telah memulakan era baru dalam bidang pendidikan kepada  anak peribumi waktu itu. Walau bagaimanapun kejayaan tentera Jepun menawan Tanah Melayu pada tahun 1941 dan memerintah sehingga tahun 1945 telah membantutkan perkembangan pendidikan Malaysia. Pada tahun 1946 Tanah Melayu telah diambil alih oleh kerajaan Inggeris sekali lagi, dan Inggeris mula mencorak pendidikan di tanah jajahannya sehingga pada 31 Ogos 1957 apabila negara Tanah Melayu mendapat kemerdekaan daripada penjajah Inggeris.Selepas Kemerdekaan, Malaysia terus melangkah untuk membina sistem pendidikan negara yang beracuan Malaysia. Misi dan Matlamat dibina untuk mewujudkan perpaduan di kalangan rakyat, masyarakat yang saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan yang tinggi dan memandang ke hadapan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga menyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.

2.0    HALA TUJU SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA 
Pada awal abad ke-21, beberapa perubahan dan perkembangan dalam sistem pendidikan Malaysia telah berlaku disebabkan oleh cabaran yang dihadapi akibat kesan globalisasi, liberalisasi, dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi. Cabaran negara Malaysia waktu ini adalah untuk membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan atau K-ekonomi bagi menghadapi persaingan dengan negara  lain. Ini menuntut negara Malaysia membangunkan sumber tenaga manusia yang berketerampilan tinggi dalam
pelbagai bidang dan berdaya saing. Sejak tahun 2004, sistem pendidikan Malaysia diterajui oleh dua kementerian iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang bertanggungjawab dalam pentadbiran dan pengurusan sistem pendidikan kebangsaan di peringkat  primary dan secondary iaitu di peringkat sekolah yang meliputi pendidikan prasekolah, pendidikan rendah, pendidikan menengah dan pendidikan lepasan menengah; dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang bertanggungjawab ke atas pendidikan
peringkat  tertiary  iaitu pada peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Dalam menentukan hala tuju sistem pendidikan, KPM  telah menggubal misi pendidikan sebagai fokus yang ingin dicapai dalam mengangkat martabat Malaysia dalam dunia global. Misi pendidikan Malaysia ialah;


Membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf 
dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan 
memenuhi aspirasi negara Malaysia. 
                                                                                                  Misi  Pendidikan Malaysia


Selaras dengan misi tersebut Malaysia telah menetapkan matlamat pendidikan negara bagi;Bagi mencapai matlamat tersebut, sistem pendidikan  Malaysia adalah bertunjangkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

3.0  HARAPAN, ASPIRASI  DAN HALA TUJU PENDIDIKAN MALAYSIA
Sebagai sebuah negara membangun, Malaysia menghadapi cabaran dan tekanan besar dalam mendepani persaingan abad ke-21. Menjelang tahun 2020, Malaysia berhasrat menjadi sebuah negara maju mengikut acuan sendiri, iaitu mencapai kemajuan seimbang daripada segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian  dan kebudayaan. Malaysia berhasrat menjadi sebuah negara yang masyarakatnya bersatu padu dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, berpegang teguh kepada nilai agama, moral dan etika serta menikmati kehidupan yang demokratik, liberal dan bertolak ansur, perkongsian ekonomi yang adil dan saksama, progresif dan makmur, serta menguasai  ekonomi yang mampu bersaing, dinamik, tangkas serta berdaya tahan.
Membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia.Misi  Pendidikan Malaysia Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang  dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
• Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu.
• Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu,
berketerampilan dan sejahtera.
• Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan
kemajuan negara, dan
• Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua
warganegara Malaysia.

Matlamat Pendidikan Malaysia
Malaysia kini berada pada peringkat pertengahan dan sedang memasuki fasa 15 tahun yang kedua ke arah mencapai Wawasan 2020. Sepanjang fasa 15 tahun pertama, banyak kemajuan telah dicapai dalam pelbagai bidang. Namun, perubahan pesat dunia hari ini menuntut Malaysia untuk segera berubah agar mampu melonjak ke tahap maju. Fasa tersebut juga telah mengetengahkan bidang pendidikan yang masih memerlukan penambahbaikan dan perhatian khusus agar dapat melakukan lonjakan terakhir untuk mencapai status negara maju yang dicita-citakan dalam Wawasan 2020. Dalam usaha mencapai negara maju, pembentukan Negara Bangsa menjadi semakin mencabar terutama dalam era globalisasi. Globalisasi bukan sahaja berkuasa menggerakkan modal, barangan dan manusia, tetapi juga berupaya mengubah gagasan,
budaya, nilai dan jati diri secara transnasional. Gagasan, budaya, nilai dan jati diri sesebuah Negara Bangsa akan lenyap begitu sahaja sekiranya bangsa tersebut lalai dan menerima sewenang-wenangnya segala yang dibawa oleh arus globalisasi. Pembentukan Negara Bangsa Malaysia yang maju dan bersatu padu bukan sahaja perlu berasaskan ekonomi yang berdaya tahan tetapi juga kepada pengagihan kekayaan yang lebih adil dan saksama. Di samping pertumbuhan dan kedinamikan ekonomi yang perlu dicapai, ketidakseimbangan peluang ekonomi dan sumber pendapatan tidak harus dibiarkan berlarutan sehingga menggugat pembangunan negara. Justeru, Malaysia berazam dan berusaha untuk menjadi sebuah negara maju yang teguh, bersatu dan kekal utuh walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan.Sehubungan itu, Malaysia telah memperkenalkan rangka kerja pelaksanaan baru, iaitu MISI NASIONAL bagi mencapai wawasan dan matlamat negara dalam jangka masa 15 tahun akan datang. Misi Nasional memberikan penekanan tinggi ke atas pembangunan modal insan ‘minda kelas pertama’ dan bina upaya sebagai pendekatan utama bagi melonjak ke status negara maju. Bagi mencapai prestasi yang tinggi dan impak maksimum daripada pembangunan nasional, Misi Nasional telah menggariskan lima teras
utama iaitu;

Teras Misi Nasional
Teras 1 Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi
Teras 2 Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk
’minda kelas pertama’
Teras 3 Menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi yang berterusan
secara membina dan produktif
Teras 4 Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup
Teras 5  Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan
Peranan pendidikan amat penting dalam menjayakan kelima-lima teras Misi Nasional.

Dua daripada lima teras tersebut, teras kedua dan teras ketiga telah menyatakan peranan pendidikan secara langsung.

Video Pembelajaran Abad21

Profesion perguruan yang bertanggungjawab dalam melaksanakan dasar serta sistem pendidikan perlu berpandukan kepada Falsafah Pendidikan NegaraFalsafah Pendidikan Negara itu sendiri iaitu suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Oleh yang demikian, rumusan dapat dibuat, bahawa yang dimaksudkan dengan kemahiran adab ke-21 (21st Century Skill) ini telahpun disimpulkan di dalam bait-bait falsafah pendidikan itu sendiri. Kemahiran abad ke-21 ini adalah kemahiran-kemahiran yang meliputi kemahiran berkomunikasi, kemahiran 3M (membaca,mengira dan menulis), kemahiran sains dan teknologi, kemahiran interpersonal dan intrapersonal dan sebagainya.

Bagi mencapai hasrat negara untuk membangunkan generasi yang mempunyai kemahiran abad-21, seseorang guru atau pendidik itu perlu komited dalam :

Menguasai Pelbagai Bidang.

Penting bagi seseorang pendidik untuk sentiasa bersedia menguasai ilmu bagi menjadikan diri mereka relevan dan sesuai dengan perubahan yang berlaku. Ini kerana guru yang mempunyai kombinasi beberapa ilmu pelajaran lebih baik berbanding dengan guru yang cuma menjurus kepada satu bidang sahaja. Dalam konteks pengajaran Pendidikan Islam, seseorang guru itu perlu ‘berani’ mencuba sesuatu yang baru seperti menggabungkan pengetahuan Sains (Komputer) dengan Pendidikan Islam (Pendekatan Bersepadu). Bagi memastikan seseorang pendidik (guru) itu mampu menguasai pelbagai bidang, mereka (guru) hendaklah mengamalkan pembelajaran berterusan supaya guru sentiasa mengikuti perubahan yang berlaku dan menjadikan diri sentiasa bersedia menghadapi pelbagai cabaran.

GOOGLE



Disediakan Oleh: MASLIANA BINTI MUSLI(PT122309CT)

Pendahuluan

Google bermula pada Januari 1996 sebagai projek penyelidikan oleh Larry Page dan Sergey Brin ketika mereka berdua merupakan pelajar PhD di Universiti Stanford di California.[1]Ketika sistem gelintir biasa mentakrif hasil dengan mengira berapa banyak kali istilah carian muncul pada laman, kedua mereka membuat teori mengenai sistem lebih baik yang menganalisa hubungan antara laman web.[2] Mereka menggelar teknologi baru ini sebagai PageRank, di mana kepentingan tapak web ditentukan melalui bilangan laman, dan kepentingan halaman tersebut, yang dikait kembali kepada tapak asal.


      Satu enjin gelintir kecil dikenali sebagai "RankDex" dari IDD Information Services direka oleh Robin Li yang, sejak 1996, telahpun mencuba strategi yang sama bagi menilai tapak dan kedudukan laman. Teknologi dalam RankDex akan dipaten dan kemudiannya digunakan kemudian apabila Li mengasaskan Baidu di China.
Page dan Brin pada asalnya mengelar enjin gelintar baru mereka "BackRub", kerana sistem memeriksa pautan balik bagi menilai kepentingan sesuatu tapak.
Akhirnya, mereka menukar nama kepada Google, berasal dari salah ejaan bagi perkataan "googol", nombor satu diikuti dengan seratus sifar, yang dipilih bagi melambangkan bahawa enjin gelintar ingin memberikan sejumlah besar maklumat bagi penggunannya.Pada asalnya, Google berjalan di laman web Universiti Stanford, dengan domain google.stanford.edu.Nama domain bagi Google didaftar pada 15 September 1997, dan syarikat didaftar pada 4 September 1998. Ia bertempat di garaj kawan (Susan Wojcicki) di Menlo Park, California. Craig Silverstein, rakan pelajar PhD di Stanford, digaji sebagai pekerja pertama.


       Dipercayai bahawa laman dengan pautan lebih banyak daripada laman web yang relevan harus merupakan halaman paling relevan yang dikaitkan dengan pencarian, Page dan Brin menguji tesis mereka sebagai sebahagian daripada pengajian mereka, dan meletakkan fondasi bagi mesin pencari mereka. Asalnya, mesin pencari menggunakan webUniversiti Stanford dengan domain google.stanford.edu. Domain google.com didaftarkan pada 15 September 1997, dan perusahaan ini berdiri dengan nama Google Inc pada tarikh 4 September 1998 pada sebuah garasi rumah di Menlo Park, California. Investasi awal yang diperoleh untuk perusahaan baru ini bernilai hampir $ 1,1 juta, termasuk cek senilai $ 100.000 dari Andy Bechtolsheim, salah seorang pengasas Sun Microsystems. Pada bulan Mac 1999, syarikat ini memindahkan pejabatnya ke Palo Alto, rumah bagi beberapa direkodkan Silicon Valley startups teknologi. Selepas membangun dengan cepat mengatasi dua website lainya, perusahaan ini menyewa sebuah komplek bangunan di Mountain View di 1600 Amphitheatre Parkway dari Silicon Graphics (SGI) pada tahun 2003. Syarikat ini telah tetap di lokasi ini sejak itu, dan komplek ini mulai dikenali sebagai Googleplex (plesetan dari kata Googolplex). Pada tahun 2006, Google membeli properti dari SGI sebesar $ 319 juta.
Mesin pencari Google menarik pelanggan setia di antara peningkatan jumlah pengguna Internet, yang menyukai desain sederhana dan keputusan yang bermanfaat. Pada tahun 2000, Google mulai menjual iklan yang dikaitkan dengan carian kata kunci. Iklan-iklan berasaskan teks untuk menjaga sebuah desain halaman yang teratur dan untuk memaksimumkan kelajuan loading halaman. Kata kunci dijual berdasarkan pada kombinasi tawaran harga dan jumlah klik, dengan penawaran bermula pada 5 sen per klik. Model penjualan iklan kata kunci dirintis oleh Goto . com (kemudian berganti nama menjadi Overture Services, sebelum diambil alih oleh Yahoo! dan diganti merek menjadi Yahoo! Search Marketing). Goto.com adalah seorang Idealab spin off dicipta oleh Bill Gross, dan merupakan syarikat pertama berjaya menyediakan bayar-untuk-penempatan perkhidmatan carian. Overture Services kemudian menuntut Google atas dugaan pelanggaran Overture bayar per-klik dan tawaran paten oleh Google AdWords perkhidmatan. Kasus itu diselesaikan di luar mahkamah, dengan Google bersetuju untuk menerbitkan saham daripada saham biasa ke Yahoo! dalam pertukaran yang terus-lesen. Dengan demikian, sementara banyak dari dot-com pesaingnya gagal di pasaran Internet baru, Google diam-diam naik bertubuh sambil menghasilkan pendapatan.


        Nama "Google" berasal dari kesalahan ejaan yang umum dari Perkataan "Googol", yang merujuk pada 10 100, nombor diwakili oleh 1 yang diikuti oleh seratus nol. Setelah menemukan jalannya semakin ke dalam bahasa sehari-hari, kata "google", ditambah ke Merriam Webster Collegiate Dictionary dan Oxford Dictionary Inggeris pada tahun 2006, yang berarti "menggunakan mesin pencari Google untuk memperoleh maklumat di Internet."Sebuah paten yang menggambarkan bagian dari mekanisme penilaian Google (PageRank) diberikan pada tarikh 4 September 2001. Paten ini secara rasmi ditugaskan ke Stanford University dan pendaftaran Lawrence Page sebagai sang pencipta.



[1] "Google Milestones". Corporate Information. Google, Inc.. Capaian September 28, 2010
[2] Page, Lawrence; Brin, Sergey; Motwani, Rajeev; Winograd, Terry (November 11, 1999). "The PageRank Citation Ranking: Bringing Order to the Web". Stanford University. Capaian February 15, 2010.

PENGHANTAR GOOGLE


Disediakan Oleh: MASLIANA BINTI MUSLI(PT122309CT)
PENGANTAR GOOGLE
Bagi anda yang akrab dengan layanan internet,pasti sudah tidak asing dengan nama”google.com” atau  http://www.google.co.my/. Namun,pernahkah anda menggunakan kemampuan yang sebenarnya dimiliki oleh Google selain sebagai mesin pencari atau search engine?Jika anda menelusuri lebih dalam,perusahaan yang bermula sejak tahun 1998 dan pada awalnya bergerak dalam search engine internet,saat ini bahkan menyediakan ratusan layanan dengan pelbagai kemudahan demi memuaskan keperluan penggunanya.

 Membuat Account Google Mail
Salah satu kemudahan yang disediakan oleh Google adalah Gmail.Dengan kemudahan ini,para pengguna jasa Google dibolehkan untuk membuat account email percuma dengan had lebih kurang 6 Gb.Selain untuk email,account ini juga dapat anda gunakan sebagai account peribadi ketika menggunakan layanan yang disediakan oleh Google.Oleh itu,bagi anda yang belum mempunyai account di google.com,semak dan lakukan langkah-langkah di bawah ini:
1.Mulailah dengan menekan tombol Start ,lalu klik ikonInternet Explorer pada Start Menu.
2.Setelah jendela Internet Explorer muncul,taip alamat http://mail.google.com/ dan tekan tombol Enter.
3.Beberapa saat kemudian akan muncul halaman welcome to Gmail.
4.Klik link Sign up to Gmail.
5.selanjutnya sistem Google akan menampilkan halaman Create a Google Account-  
   Gmail.
6.Pada halaman inilah anda diminta untuk memasukkan data peribadi.
7.Mulailah dengan memasukkan nama lengkap anda pada kotak First Name dan Last
   Name
8.Taipkan nama pengguna anda pada kotak Desired login Name.Nama inilah yang 
   nantinya akan digunakan sebagai alamat email anda di Google.
9.Tekan tombol check availability!agar Sistem Google memeriksa nama tersebut.
10.Masukkan nama lain jika ternyata nama tersebut sudah pernah digunakan.
11.Setelah menemukan nama yang sesuai,terus ke bahagian kata sandi.
12.Di kotak Choose password,taipkan kata kunci anda.
13.Masukkan ulang kata kunci anda itu pada kotak Re-enter password.
14.Demi keamanan,gunakan kata kunci yang bersifat teratur menggunakan huruf dan angka.Pastikan pernyataan pada password Strengh menunjukkan kata Strong.
15.Opsi Remember me on this computer sebaiknya tidak anda diaktifkan dengan alas an keamanan,terutamanya bila computer yang anda gunakan untuk mengakses digunakan secara umum.
16.Di bahagian SecurityQuestion,pilihlah pertanyaan yang nantinya akan membantu bila suatu masa anda tidak ingat kata kunci account anda.
17.Masukkan jawapan pertanyaan di atas dalam kotak Answer.
18.Jika anda mempunyai account email yang lain,dapat anda isikan pada bahagian Secondary email.
19.Sistem Google akan secara automatic mengesan lokasi Negara di mana anda
membuat account.Jika perlu,anda dapat menggantinya seperti yang tercantum di
bahagian Location.
20.Perhatikan baik-baik gambar yang ada pada Word verification,taipkan huruf yang anda lihat pada kotak di bawahnya.
21.Setelah selesai membaca “Term of Service”,akhiri dengan menekan tombol I     
accept.Create my account…
22.Jika tidak ada masalah dengan data anda,account email Google anda akan terus diaktifkan.
23.Selanjutnya akan tampil halaman Introduction to Gmail.
24.Untuk terus mengakses account email Google pertama kali,klik link I’m ready-show me my account.
25.Sekarang anda sudah masuk ke dalam account email Google.

Cara Mengakses Account
Sepertii yang sudah dijelaskan sebelumnya,sejak pertama kali anda membuat account email melalui Gmail,ini bererti anda sudah membuat satu account yang dapat anda gunakan untuk mengakses segala layanan yang tersedia pada halaman web Google.

Account Gmail
Setelah sebelumnya anda sudah membuat account email Google atau yang lebih dikenali sebagai Gmail,tentunya anda perlu juga mengetahui bagaimana cara mengakses account tersebut pada waktu dan tempat tertentu.agar lebih jelas,lakukan langkah-langkah di bawah ini:
1.    Jalankan aplikasi browser Internet Explorer dan masuk ke alamat web http://www.mail.google.com/.

2.    Isikan nama pengguna dan kata kunci anda dalam kotak Usernama dan Password.
3.    Lalu tekan tombol Sign in.
4.    Tunggulah sampai halaman account Gmail anda ditampilkan secara utuh.
5.    Jika sudah selesai menggunakan kemudahan Gmail,demi menjaga keamanan dan maklumat rahsia email anda,pastikan untuk selalu mengakhirinya dengan mengklik link Sign out.

GOOGLE TOOLBAR
Google Toolbar merupakan tools yang digunakan untuk mengakses dengan cepat ketika menggunakan internet. Peranti ini semacam peranti tambahan yang boleh dilekatkan pada browser sehingga nantinya browser anda menjadi lebih lengkap dan tentunya akan menunjang kelancaran tugas-tugas rutin yang dilakukan dengan internet.
Untuk mengetahui kemudahan yang ditawarkan oleh Google Toolbar ini,berikut merupakan ulasannya.
Download dan Install Google Toolbar
Sebelum menggunakan aplikasi Google Toolbar,terlebih dahulu kita harus mengambil software instalasinya dari halaman web Google dengan cara men-download.berikut langkah-langkahnya:
1.Luncurkanlah browser yang biasa anda gunakan,kali ini,kita akan memilih  
   menggunakan Mozilla Firefox.
2.Kemudian taipkan alamat www.google.com
3.Pada halaman Google yang muncul,pilihlah Google Services & Tools.
4.Pada halaman berikutnya carilah Toolbar dan klik pada perkataan tersebut.
5.Selanjutnya tekanlah tombol Download Google Toolbar.
6.Lanjutkan dengan menekan tombol Agree and Install.
7.Namun,jika proses ini tidak Berjaya,pilihlah tombol If You Click”Agree and Install” and Nothing Happens,yang berada dibawah tombol Agree and Install.
8.Jika proses berjalan lancar,berikutnya klik tombol Install Now.
9.Tunggulah beberapa saat hingga proses instalasi selesai dilakukan.Jika sudah,klik
   tombol Restart Firefox.

PICASA



Sekiranya kita melihat penampilan program Picasa, tentunya sudah tidak asing pada anda. Pada dasarnya program ini sama fungsinya seperti program-program lain yang sejenis, seperti ACDSee, Adobe Bridge, IrfanViewer, dan lain-lain, yang kegunaannya sebagai program pengurusan fail gambar.
                Jika anda berfikir bahawa kemampuan Picasa hanya sampai di situ, anda keliru. Aplikasi ini memiliki banyak kelebihan yang mungkin tidak boleh anda temui pada program lain, dan yang paling utama adalah kemampuannya untuk berintergrasi dengan halaman web Google sebagai penyedia software ini.
5.1 Meng-install Aplikasi Picasa
Seperti aplikasi Google lainnya, aplikasi ini secara rasmi hanya dapat diprolehi dari laman web Google. Langkah-langkah di bawah ini akan mengajar anda mengenai cara melakukan download dan install automatic terus dari laman web Google.
1.Buka internet explorer dan masuk ke halaman web More Google Product http://www.google.com.my/intl/en/options/index.html.
2. Carilah dan klik ikon Picasa.
3. Selanjutnya anda akan dihantar ke halaman Picasa.










Gambar 5.1: Halaman Depan Web Picasa

4. Untuk memulai proses download, tekan link download Picasa.




5. Lanjutkan dengan menekan tombol RUN kerana kali ini kita akan terus men-install aplikasi ini tanpa harus menyimpannya kedalam.










Gambar 5.3:Memilih Tombol Save File/Run untu Memulai Download dan Install

6. Tunggulah sementara aplikasi Picasa di download.






Gambar 5.4. Lamanya Proses Install Tergantung pada Hubungan Internet yang Digunakan

7. Setelah selesai, di kotak dialog selanjutnya tekan tombol RUN untuk memulakan proses install.

8. Proses install dimulakan dengan kotak dialog Picasa 2 set up yang melampirkan halaman License Aggrement.


9. Tekan tombol I Agree.

10. Dihalaman choose install location, hanya klik tombol install jika anda tidak ingin menginstall Picasa di folder lain.

11. Biarkan proses install berjalan.

12. Kotak dialog pada gambar berikut ini akan muncul setelah proses install Picasa selesai dengan sempurna.

13. Aktifkan pilihan yang tersedia sesuai dengan keperluan anda.
14. Akhiri dengan tombol Finish.

5.2 Meluncurkan Picasa

Jika sudah di install, anda boleh melincurkan software pengurusan foto ini. Berikut langakah-langkahnya:
1. anda dapat meluncurkan aplikasi Picasa dengan cara seperti berikut ini.

Tekan tombol Start, lalu pilih Menu All Programs > Picasa2 > Picasa2.
·         Klik ganda ikon Picasa pada desktop Windows.
·         Tekan tombol klik kanan pada ikon Picasa di System tray, lalu pilih Start Picasa.

2. Selanjutnya penampilan program Picasa akan tampak seperti ilustrasi berikut ini.

3. Sebelum mula menggunakannya, Picasa akan melakukan pemeriksaan file-file gambar yang anda miliki.

4. Pilih Completely scan my computer for pictures, Picasa akan memeriksa semua file gambar yang ada dalam setiap folder di computer.

5. Pilih Only scan My Documents, My Pictures, and Dekstop, bererti bahawa pemeriksaan file gambar hanya dilakukan dalam folder tersebut.

6. Tutup kotak dialog ini dengan menekan tombol Continue.

7. Selanjutnya Picasa akan menjalankan proses pemeriksaan gambar sesuai dengan pilihan yang sudah anda pilih sebelumnya.

8. Proses ini akan berhenti dengan sendirinya apabila semua folder yang ada sudah diperiksa.

9. Setiap kali ada penambahan file gambar baru ke dalam komputer, secara automatik Picasa akan menyimpannya ke dalam folder sistem.



5.3 Picasa Web Album
Kerana terintegrasi dengan Google, maka dengan menggunakan aplikasi Picasa, anda akan lebih mudah untuk membuat, mengakses, dan menampilkan album foto anda di Picasa Web Albums. Caranya:
1. Tekan tombol Web Album/ share untuk login ke Picasa Web Albums.
2. Login menggunakan account Google anda.
3. Jika anda belum pernah menggunakan Picasa Web Albums sebelumnya, maka halaman Sign Up for Picasa Web Albums akan tampil.
4. Lanjutkan dengan menekan Yes dan memasukkan kembali nama dan kata kunci account Google anda untuk masuk ke halaman berikutnya.
5. Tekan tombol I accept untuk membuat account di Picasa Web Albums.
6. Account Picasa Web Albums anda sudah diaktifkan jika pada halaman tersebut sudah muncul nama sesuai account Google anda.
7. Selanjutnya tekan tombol Launch Picasa untuk mengaktifkan aplikasi Picasa 2.
8. Pilih file foto yang ingin diupload.
9. Kalau sudah tekan tombol Web Album.
10. Tunggu sehingga proses dihubungkan ke server Picasa Web Albums.
11. Pada Kotak dialog Send to a Picasa Web Albums, atur konfigurasi yang anda inginkan.


Album Title
Anda wjib menuliskan nama untuk album dari daftar foto yang anda upload.
Description
Deskripsi tentang foto dapat anda tuliskan di sini bila perlu.
Place Taken
Nama tempat foto-foto tersebut diambil.
Upload Setting
Terdapat tiga pilihan yang dapat anda pilih dan ini berdasarkan pada kecepatan proses upload foto.

Visibility
Pilihan yang pertama, membolehkan oranglain untuk melihat album foto anda. Sedangkan pilihan yang kedua album foto anda bersifat privasi yang hanya dapat diakses dan dilihat oleh orang-orang yang anda masukkan dalam kategori share.
12. Setelah selesai mengatur konfigurasi tersebut, tekan tombol OK.

13. Tunggulah beberapa saat sampai semua foto telah diupload ke Picasa Web Albums.

14. Setelah selesai, foto-foto tersebut telah ditampilkan pada halaman web Picasa.15. Jika anda ingin melihatnya pada waktu lain, hanya login ke alamat http://picasaweb.google.com/(nama user anda).











GOOGLE SKECTHUP


Untuk Paparan yang lebih lengkap dan menarik sila Klik Link Google SketchUp


Google SketchUp adalah salah satu aplikasi 3D Modelling yang boleh anda gunakan. Aplikasi ini menyediakan beberapa keunggulan seperti tool yang praktis, serta petunjuk penggunaan yang secara mudah difahami. Selain itu, halaman kerjanya dibuat bersih dengan warna yang terang sehingga memudahkan untuk member focus pada pekerjaan yang anda buat di dalam Google SketchUp. Sekarang, Google telah mengeluarkan versi terbarunya iaitu Google SketchUp Pro 6 yang boleh anda kolaboratif dengan AutoCAD, ArchiCAD, 3D MAX, dan lain-lain.
9.1 Download
Untuk mendownload program ini, anda boleh melakukan langkah seperti berikut:
1.            Login ke http://www.google.com.my/intl/en/options/index.html untuk menampilkan halaman web More Google Products.


















Gambar 9.1  Penampilan  Web More Google Products

1.            Setelah halaman itu muncul, cari dan klik ikon SketchUp








Gambar 9.2 Memilih ikon SketchUp

2.            Selanjutnya anda akan masuk ke halaman Google SketchUp Home









9.3 Penampilan Halaman Google Sketch Up Home




1.            Untuk memulakan proses download, tekan link Download.
















Gambar 9.4 Mengklik Link Download

Gambar 9.5 Pilihan Versi Download

2.            Halaman Google SketchUp-Download akan menampilkan pilihan versi yang akan anda download
3.            Pastikan anda memilih file install sesuai dengan system operasi yang anda gunakan, lalu tekan tombol Download Google SketchUp 6

Gambar 9.6 Memilih Tombol Download Google SketchUp 6
4.            Selanjutnya halaman Google SketchUp-Thank You akan tampil








Gambar 9.7 Halaman Google SketchUp-Thank you


5.            Lanjutkan dengan menekan link Click here to download Goole SketchUp (free) for Windows apabila sebelumnya anda memilih opsyen Windows 2000/XP
Gambar 9.8 Mengklik link Click Here to Download Google SketchUp (free) for windows
6.            Dalam kotak dialog file Download- Security Warning, tekan tombol Save untuk menyimpan terlebih dahulu file install ke dalam computer
Gambar 9.9 Menyimpan file download ke lokasi yang diinginkan


























7.            Tekan tombol Save setelah anda menentukan folder penyimpanan file install “GoogleSketchUpWEN” pada kotak dialog Save As


Gambar 9.10 Memilih Tombol Save

8.            Setelah itu, proses download terus berjalan.
Gambar 9.11 Proses download yang sedang berjalan

9.2 Install
Setelah proses download berjaya anda lakukan, anda boleh menuju tahap selanjutnya iaitu install.
1.            Setelah proses download selesai, buka folder tempat anda menyimpan file install Google SketchUp menggunakan Windows Explorer
2.            Klik ganda ikon atau nama file “GoogleSketchUpWEN” untuk memulakan install
Gambar 9.12 Penampilan Ikon Google SketchUpWEN
3.            Tekan tombol Next pada kotak dialog pertama
Gambar 9.13 Memilih Tombol Next
4.            Di dalam kotak dialog berikutnya pastikan anda sudah memilih opsyen I accept the term of the license agreement sebelum menekan tombol Next
Gambar 9.14 Menuju tahap selanjutnya
5.            Selanjutnya, tekan tombol Change bila anda ingin menginstall GoogleSkecthUp di folder selain default yang sudah ditentukan
6.            Jika tidak, tutup kotak dialog Choose Destination Location dengan tombol Next
Gambar 9.15 Mengklik tombol Next
7.            Dalam kotak dialog terakhir, tekan tombol Install
Gambar 9.16 Memilih tombol Install
8.            Sekarang, tunggulah sehingga install GoogleSketchUp selesai
Gambar 9.17 proses Install sedang berjalan
9.            Proses install berakhir setelah anda menekan tombol Finish pada kotak dialog GoogleSketchUP is now installed.
Gambar 9.18 mengakhiri proses Install
9.3 Meluncurkan Google SketchUp
Untuk meluncurkan Google SketchUp, anda perlu melakukan langkah di bawah ini:
1.            Pertama, tekan tombol Start
2.            Selepas itu, pilih All Program > Google SketcUp 6 > Doodle SketchUp
Gambar 9.19 Memilih All Program > Google SketchUp 6> Google SketchUp
3.            Setelah itu akan muncul penampilan seperti ilustrasi Jendela Google SketchUp.
Gambar 9.20 Penampilan Jendela Google SketchUp
9.4 Mengubah Bentuk Ruang Menjadi Komponen Pelengkap Model
Anda boleh membuat alat rumah atau alat-alat lain yang anda inginkan dari bentuk ruang yang anda buat seperti blok menjadi meja, peti, almari bahkan kerusi sofa. Anda hanya perlu menyesuaikan bentuk dasar dari alat yang akan anda buat tersebut.
1.            Aktifkan ikon Line Tool
2.            Selepas itu, buat bentuk ruang blok dengan sudut pandang sesuai dengan keinginan anda
3.            Sesudah itu, buat garis tengah di bahagian atas permukaan blok tersebut
Gambar 9.21 Membuat bentuk ruang blok
4.            Setelah itu pilih ikon Move Tool
5.            Klik dan tarik rusuk penyusunan bidang blok tersebut sehingga posisinya menjadi seperti di bawah ini
Gambar 9.22 Menarik rusuk balok sehingga bahagian atasnya membuka
6.            Selepas itu klik di dalam sofa yang dibuat tersebut menggunakan Selection Tool
Gambar 9.23 Mengklik bahagian dalam ayat yang telah dibuat menggunakan Selection Tool

7.            Sesudahnya tekan ikon Paint Bucket Tool
8.            Pilihnjenis material sesuai dengan komponen yang anda buat misalnya untuk sofa anda boleh memilih Carpet and Textiles
9.            Klik model materials yang anda sukai
Gambar 9.24 Memilih model material yang dikehendaki
10.         Tekan tombolkiri mouse ke dalam sofa yang telah anda buat.
Gambar 9.24 Penampilan sofa yang telah dibuat
9.5 Membuat Model Rumah
Model rumah adalah salah satu model yang boleh anda buat di dalam Goodle SketchUp. Untuk membuat model tersebut gunakan motode seperti di bawah ini:
1.            Setelah anda membuka Google  SketchUp, buatlah bidang seperti dibawah ini. Bangunan seperti pyramid dapad anda buat menggunakan Rectangle Tool
Gambar 9.26 membuat bangunan pyramid dan persegi
2.            Seterusnya aktifkan ikon Push/Pull
3.            Extrude bidang persegi ke atas sehingga membentuk blok
Gambar 9.27 Meng-Extrude bidang persegi ke atas
4.            Apabila selesai, buat bahagian atasnya mengunakan Line Tool sehingga seperti ilusi di bawah ini
Gambar 9.28 membuat atap menggunakan Line Tool
5.            Masih menggunakan Line Tool, buat jendeladan pintu pada bahagian depan rumah dan tepi sebelah kanan
6.            Sesudah itu tekan ikon Arc Tool
7.            Buat bidang setengah lingkaran menggunakan Arc Tool di bahagian depan rumah, tepat di atas pintu dan jendela. Untuk menggunakan Arc Tool, klik batas kiri dan kanan dari lebar setengah lingkaran yang anda kehendaki. Sesudah itu arahkan mouse ke posisi yang anda inginkan,penampilan bidang akan menyesuaikan sudut pandang semasa anda membuatnya
Gambar 9.29 penampilan bidang setengah lingkaran di bahagian depan rumah
8.            Sesudah itu, exrude bidang setengah lingkaran ke atas sehingga membentuk atap teras
Gambar 9.30 membuat atap teras
9.            Sekarang beralih ke bangunan yang berada di sebelah kiri. Extrude bahagian depan dan sisi piramid ke atas, usahakan agar bahagian depan posisinya lebih tinggi dari bahagian sisi
Gambar 9.31 meng-extrude bahagian depan pyramid ke atas
Gambar 9.32 meng-extrude bahagian sisi pyramid ke atas
10.         Untuk mendapatkan kesan lebih futuristic, extrude pula atap bahagian depan sedikit ke atas
Gambar 9.33 meng-extrude atap bahagian depan sedikit ke atas
11.         Setelah itu, buatlah kotak di bahagian tengah atap menggunakan Rectangle Tool
Gambar 9.34 membuat kotak di bahagian tengah atap
12.         Extrude kotak yang telah anda buat tersebut ke atas sehingga membentuk bangunan baru di bahagian atas
Gambar 9.35 membuat bangunan baru di bahagian atas
13.         Selanjutnya, buat jendela di bahagian depan bangunan yang berada di atas
Gambar 9.36 penampilan jendela di bahagian depan bangunan yang berada di atas
14.         Selanjutnya, tekan ikon Circle Tool  untuk membuat jendela di bangunan yang berada di sisi kiri
15.         Selepas itu, buat bidang setengah lingkaran di bahagian depan pintu menggunakan Arc Tool
16.         Extrude bidang setengah lingkaran sehingga membentuk lantai teras
17.         Sesudahnya, buatlah kotak untuk mengelilingi rumah tersebut menggunakan Rectangle Tool
18.         Buat jalan di bahagian sisi kiri rumah menggunakan Rectangle Tool
Gambar 9.37 penampilan model rumah
19.         Aktifkan ikon Paint Bucket Tool
20.         Untuk keseluruhan halaman, pilih Vegetation dengan model Vegetation Blur 7, manakala untuk bahagian jalan yang berada di sisi rumah pilih salah satu model di dalam Tile 
Gambar 9.39 memilihmodel vegetation untuk halaman
Gambar 9.40 memilih model di bahagian tile untuk jalan samping rumah
21.         Untuk bangunan tepi rumah pilih model batu bata atau batu alam di dalam Brick and Clidding atau Roofing
Gambar 9.41 penampilan batu alam untuk bangunan yang berada di tepi kiri
22.         Selanjutnya, untuk atap rumahpilih model di dalam Roofing
Gambar 9.42 memilih jenis material untuk atap rumah
23.         Untuk pintu dari kayu, pilih jenis material di dalam Wood
24.         Sesudahnya pula masukkan pula salah satu model material untuk jendela dari dalam Translucent
Gambar 9.43 penampilan model rumah setelah diberi warna dan dipilih jenis materialnya

25.         Untuk dinding, anda boleh memilih warna di dalam Colors, Colors Named dan Markers.
Gambar 9.44 penampilan model rumah
9.6 Mengubah Sudut Pandang
Anda boleh mengubah sudut pandang dari model atau komponen yang telah anda buat di dalam Google SketchUp menggunakan fungsi kamera seperti di bawah ini.
1.            Pilih salah satu sudut pandang yang anda inginkan untuk model yang telah anda buat tersebut
Gambar 9.45 memilih opsyen yang diinginkan
2.            Jika anda memilih Orbit, maka tampilan dapat anda amati dari atas,depan, belakang, samping bahkan dari bawah. Selanjutnya untuk menggeser model yang telah anda buat sehingga berada di posisi semula, pilih Pan.
Gambar 9.46 penampilan model rumah yang diubah sudut pandangannya menggunakan orbit
Gambar 9.47 penampilan model rumah jika dilihat dari tepi
9.7 Menambahkan Komposisi Lain untuk Melengkapi Model
Model yang telah anda buat di dalam Google SketchUp dapat anda lengkapi dengan mendownload kompisisi tersebut secara terus melalui fitur 3D Warehouse. Selanjutnya  dapat anda ikuti seperti berikut:
1.            Pilih menu File > 3D Warehouse > Get Models
Gambar 9.48 memilih menu file>3D Warehouse> get models
2.            Setelah muncul jendela 3D Warehouse, pilih model yang anda inginkan
Gambar 9.49 jendela 3D Warehouse
3.            Jika tiada, anda boleh menaip model yang anda inginkan tersebut di dalam kotak teks search. Misalnya “car”
Gambar 9.50 menaip model yang dicari
4.            Sesudah itu tekan tombol Enter
5.            Klik ganda model yang anda inginkan untuk melihatnya lebih jelas
Gambar 9.51 mengklik model yang diinginkan
6.            Jika anda sudah yakin dengan pilihan tersebut, tekan tombol kiri mouse pada Download Model
Gambar 9.52 mengklik Download model
7.            Pada kotak dialog Load Into Model, tekan tombol Yes
Gambar 9.53 memilih tombol Yes

8.            Tunggu sehingga proses download selesai dialkukan
Gambar 9.54 proses download sedang berlangsung
9.            Setelah proses download selesai, anda boleh memindahkan model yang telah anda pilih ke posisi yang anda kehendaki menggunakan Move Tool
10.         Lengkapi model yang telah anda buat dengan model lainseperti pokok, manusia dan lain-lain.
Gambar 9.55 memindahkan model yang telah di-download ke posisi yang diinginkan










CALENDAR
Google calendar merupakan salah satu aplikasi yang dikembangkan oleh divisi Google Labs yang bertujuan sebagai pengurus pengelolaan waktu. Jadi sifatnya seperti online PDA.Sewaktu penulisan, aplikasi inimasih dalam versi BETA. Walaubagaimanapun aplikasi ini sudah dapat digunakan dan mampu mengerjakan peraturan waktu serta mengelola setiap kegiatan yang ingin anda lakukan dengan sangat baik. Ditambah lagi dengan hubungan dengan Google, aplikasi ini akan semakin optimal sehingga bila-bila pun dan di mana pun berada, anda tidak perlu risau dengan jadual kegiatan yang sudah anda atur. Tentunya aplikasi ini dirasakan sangat berguna bagi anda yang mempunyai jadual kegiatan yang padat dan sering berhubung dengan internet.

Gambar 10.0 Penampilan Google Calender
10.1 Mengakses Google Calender
Layanan Google yang satu ini sudah dapat anda gunakan sejak pertama kali membuat account Gmail. Untuk mengakses layanan Google Calender, lakukan langkah-langkah di bawah ini:
1.            Luncurkan internet Explorer
2.            Masuk ke halaman web Google pada halaman More Google Products
3.            Cari dan klik ikon link kalender
Gambar 10.2 Memilih Google Calender



4.            Seterusnya halaman Welcome to Google Calender akan terpapar seperti di bawah
Gambar 10.3 halaman Login Google Calander
5.            Seperti biasa, untuk mengaksesnya gubakan account Gmail anda
Gambar 10.4 Mengakses Google Calendar menggunakan Account Google
6.            Akhiri dengan menekan tombol Sign In
7.            Jika proses anda betul, halaman yang dipaparkan akan muncul  seperti ditunjukkan pada gambar di bawah ini.
Gambar 10.5 Halaman Depan Google Calender
10.2 Login Calender melalui Gmail
Pernahkah anda menyedari pentingnya account Gmail yang anda miliki? Untuk mengetahui betapa pentingnya account Gmail tersebut, ikuti langkah-langkah berikut untuk mengakses Google Calender melalui Gmail:
1.            Terlebih dahulu, login ke account Gmail menggunakan Username dan Password anda. Klik Sign In
2.            Tunggu sehingga halaman account Gmail muncul
Gambar 10.6 Halaman Inbox Gmail
3.            Pada deratan link di sudut kiri atas, klik link Calender
Gambar 10.7 Menuju Link Google Calendar
4.            Selanjutnya, Internet Explorer akan membuka tab baru dengan menampilkan halaman Google Calender.
Gambar 10.8 Internet Explorer mengaktifkan Tab Google Calendar
10.3 Mengubah Penampilan Jadual
Anda dapat mengubah penampilan jendela jadual kegiatan dengan mengikuti langkah-langkah di bawah ini:
1.            Pastikan account anda sudah aktif
2.            Klik tiap tab di sebelah kanan atas jendela jadual
·                     Day, menampilkan jadual secara harian
Gambar 10.9 Jendela Jadual dalam satu hari
·                     Week, menampilkan jadual dalam satu minggu
Gambar 10.10 Jendela Jadual mingguan
·                     Month, menampilkan jadual sebulan
Gambar 10.11 jendela jadual Bulanan
·                     Next 4 days, menampilkan jadual 4 hari berikutnya
Gamar 10.12 Jendela Jadual selama empat hari
·                     Agenda menampilkan semua daftar kegiatan
Gambar 10.13 Jendela Daftar agenda kegiatan

3.            Untuk menampilkan tanggal pada waktu tertentu, tekan dan tarik mulai dari awal tanggal hingga akhir yang ingin anda tampilkan
Gambar 10.14 Memilih tangga awal (kiri), tekan dan tarik sampai ke tanggal akhir yang diinginkan
4.            Penampilan pada jadual kalender akan menampilkan tanggal sesuai mengikut keinginan anda.
Gambar 10.15 penampilan calendar pada tanggal tertentu
10.4 Peraturan Rencana Kegiatan
Peraturan jadual kegiatan memeng bukan hal yang mudah, apalagi jika kegiatan anda tergolong dalam golongan orang yang sibuk dengan jadual kegiatan yang cukup padat. Namun jika anda menggunakan perangkat pembantu yang tepat, hal ini tidak akan terlalu menyulitkan anda. Aplikasi Google Calender telah dirancang sedemikian rupa sehingga ketika anda membuat, menambah bahkan membatalkan sebuah rencana kegiatan, sisitem secara tidak langsung akan turut memberikan penyelesaian terhadap jadual kegiatan anda. Sehingga anda tidak perlu membuang waktu hanya untuk mengatur sebuah jadual.

10.4.1 Membuat Jadual Baru
Sepertinya apabila anda menggunakan buku agenda atau mungkin perangkat seperti PDA, Google Calender memungkinkan anda untuk memasukkan dan mengatur jadual kegiatan anda. Langkah-langkah berikut ini akan menjelaskan kepada anda tentang cara untuk membuat sebuah jadual kegiatan dalam satu hari pada jam-jam tertentu.
1.            Aktifkan mode kalender pada tab Day
2.            Tekan dan tarik ke bawah atau ke atas sepanjang waktu yang anda inginkan
Gambar 10.16 Menentukan waktu kegiatan
3.            Selanjutnya akan muncul kotak dialog jadual
4.            Pada kotak What, masukkan nama jadual kegiatan anda
Gambar 10.17 Memasukkan nama kegiatan
5.            Tekan tombol Create Event untuk membuat jadual pada masa tersebut.
Gambar 10.18 Penampilan daftar kegiatan







10.4.2 Mengubah Waktu Kegiatan
Jika anda sudah membuat jadual kegiatan dan anda ingin mengubahnya, lakukan langkah-langkah di bawah ini:
1.            Pilih jadual yang akan diubah
2.            Arahkan kursor ke sisi atas atau bawah kotak jadual kegiatan untuk memunculkan kursor
Gambar 10.19 Menarik kotak untuk menambah waktu kegiatan
3.            Tekan dan tarik sisi bawah kotak jadual kea rah bawah untuk menambah atau mengurangkan waktu kegiatan atau klik dan tarik sisi atas kotak ke atas untuk menambahkan waktu kegiatan
4.            Lepas tombol klik setelah selesai.
Gambar 10.20 Waktu kegiatan yang baru sudah bertambah









10.4.3 Memindahkan Jadual
Kadang-kadang anda mungkin merasa perlu untuk memindahkan jadual kegiatan anda ke waktu yang lain dengan alasan tertentu. Lakukan langkah-langkah seperti di bawah:

1.            Arahkan kursor ke baris jam pada kotak jadual
Gambar 10.21 Menekan kotak kegiatan yang akan dipindahkan
2.            Tekan dan tarik kotak ke atas atau ke bawah untuk memindahkannya pada jam yang diinginkan
Gambar 10.22 Menarik kotak kegiatan ke waktu yang diinginkan
3.            Setelah selesai, lepaskan tombol klik mouse

10.4.4 Membatalkan Kegiatan
Jika andaingin membatalkan jadual kegiatan yang sudah anda, langkah-langkah berikut dapat anda lakukan:
1.            Klik jadual yang akan anda buang hingga muncul kotak dialog keterangan kegiatan
Gambar 10.23 Menampilkan kotak dialog jadual kegiatan yang akan dihapus
2.            Tekan (Delete) pada kotak dialog tersebut
3.            Selanjutnya akan muncul pesan peringatan, jika anda setuju untuk menghapus jadual tersebut tekan tombol Delete
Gambar 10.24 Kotak Dialog untuk menghapus jadual
4.            Setelah system Google Calender menampilkan pesan “Event Deleted” jadual tersebut secara automatic telah hilang dari daftar rencana kegiatan.
Gambar 10.25 Sistem Google Calendar telah menghapus jadual

10.4.5 Mengaktifkan Reminder
Reminder atau pesanan peringatan dapat anda aktifkan sehingga nantinya akan bekerja seperti sebuah alarm yang akan mengingatkan anda pada jadual kegiatan yang selanjutnya. Semak dan ikuti langkah di bawah:
1.            Pilih mode jadual, kali ini kita menggunakan mode Month
2.            Klik satu tanggal pada bulan tersebut
3.            Pada kotak dialog, klik link edit event details
Gambar 10.26 Mengaktifkan kotak dialog jadual
4.            Jendela jadual akan berubah seperti pada ilustrasi berikut ini
Gambar 10.27 Penampilan opsyen pengaturan jadual
5.            Pada bahagian kotak berwarna hijau, isikan maklumat tentang rencana kegiatan anda
6.            Kotak What, untuk mencantumkan nama kegiatan. Manakala pada kotak When gunakan untuk tanggal dan jam kegiatan
Gambar 10.28 Menentukan waktu kegiatan
7.            Bahagian Repeats, berguna mengatur seberapa banyak system Google Calender yang akan memberikan pesanan peringatan pada jadual kegiatan anda tersebut
Gambar 10.29 memilih konfigurasi untuk mengulang pesanan peringatan




8.            Pada kotak Where dan Description , anda dapat memasukkan nama tempat dan keterangan mengenai kegiatan yang akan anda lakukan
Gambar 10.30 memasukkan maklumat tempat dan keterangan kegiatan
9.            Pada kotak Option, di sisi anda dapat mengatur kongfigurasi Reminder
Gambar 10.31 Kotak dialog opsyen pesanan peringatan
10.         Di bahagian Privacy, berguna untuk mengatur bagaimana jadual kegiatan anda akan ditampilkan. Opsyen pada bahagian ini akan terlihat perbezaannya jika anda mengaktifkan mode share atau berkongsi dengan sesame penggunaan Google calendar yang lain
Gambar 10.32 Mengatur privasi pesanan peringatan
·                     Default, jadual jendela akan ditampilkan sesuai dengan peraturan system Google Calender
·                     Private, jadual yang anda buat hanya dapat dilihat oleh anda dan orang-orang yang masuk dalam kategori share
·                     Public, secara umum orang dapat melihat jadual rencana kegiatan yang anda buat
11.         Pastikan anda menekan tombol Save, agar system Google melakukan update terhadap perubahan yang anda lakukan pada account Google Calender anda buat
12.         Selanjutnya, perubahan pada jadual ditanda dengan pesanan peringatan dari system Google, iaitu “Your event was created”.
Gambar 10.33 Penampilan pada jendela jadual

10.5 Peraturan Google Calender

Pada keadaan tertentu memungkinkan anda untuk mengubah dan mengatur konfigurasi Google Calender sesuai dengan keadaan yang anda inginkan. Untuk menampilkan control panel Google Calender cukup melalui link Settings.
Gambar 10.34 Link untuk menampilkan konfigurasi calendar

Kotak dialog konfigurasi akan tampak seperti pada gambar di bawah ini.
 
Gambar 10.35 Kotak dialog Google Calendar