Profesion perguruan yang bertanggungjawab dalam melaksanakan dasar serta sistem pendidikan perlu berpandukan kepadaFalsafah Pendidikan Negara. Falsafah Pendidikan Negara itu sendiri iaitu suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepaduuntuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Oleh yang demikian, rumusan dapat dibuat, bahawa yang dimaksudkan dengan kemahiran adab ke-21 (21st Century Skill) ini telahpun disimpulkan di dalam bait-bait falsafah pendidikan itu sendiri. Kemahiran abad ke-21 ini adalah kemahiran-kemahiran yang meliputi kemahiran berkomunikasi, kemahiran 3M (membaca,mengira dan menulis), kemahiran sains dan teknologi, kemahiran interpersonal dan intrapersonal dan sebagainya.
Bagi mencapai hasrat negara untuk membangunkan generasi yang mempunyai kemahiran abad-21, seseorang guru atau pendidik itu perlu komited dalam :
Menguasai Pelbagai Bidang.
Penting bagi seseorang pendidik untuk sentiasa bersedia menguasai ilmu bagi menjadikan diri mereka relevan dan sesuai dengan perubahan yang berlaku. Ini kerana guru yang mempunyai kombinasi beberapa ilmu pelajaran lebih baik berbanding dengan guru yang cuma menjurus kepada satu bidang sahaja. Dalam konteks pengajaran Pendidikan Islam, seseorang guru itu perlu ‘berani’ mencuba sesuatu yang baru seperti menggabungkan pengetahuan Sains (Komputer) dengan Pendidikan Islam (Pendekatan Bersepadu). Bagi memastikan seseorang pendidik (guru) itu mampu menguasai pelbagai bidang, mereka (guru) hendaklah mengamalkan pembelajaran berterusan supaya guru sentiasa mengikuti perubahan yang berlaku dan menjadikan diri sentiasa bersedia menghadapi pelbagai cabaran.
0 comments:
Post a Comment