Universiti Malaysia Sabah

"Bertekad Cemerlang"

Google

www.google.com.my

Rakan Seperjuangan

Ahli-ahli Blog

Wielhma



Wielhma Anak BerasapPT122287CT




Tugasan Baru:
5 Slaid
Infographic


Assignment Edmodo
1.       Perniagaan di Jalan UMS
Dengan bermodalkan RM1 juta ringgit, saya ingin menjalankan perniagaan rumah sewa iaitu rumah flat. Perniagaan rumah sewa menguntungkan kerana kebanyakan masyarakat di sekitar Jalan UMS adalah pelajar-pelajar yang menuntut di UMS & UITM, di mana pelajar-pelajar tersebut yang datang dari pelbagai daerah di sabah & juga pelbagai negeri seperti dari sarawak & semenanjung Malaysia. Untuk memastikan perniagaan saya UNTUNG, saya akan merangka strategi pemasaran yang berkesan dari segi lokasi, modal, kos & harga.

2.       Tahniah... Ramai yang dah respons tentang jenis perniagaan yang hendak dijalankan dan beberapa sebab telah diutarakan.  Sila jawab soalan yang kedua pula iaitu          BAGAIMANA untuk memastikan perniagaan itu 100% UNTUNG? Apakah faktor2 yang      perlu difikirkan sebelum dan semasa juga setelah perniagaan itu dimulakan?
Bagi memastikan perniagaan saya UNTUNG 100%,saya akan mengkaji dari segi lokasi, modal, kos & harga yang ditawarkan kepada pelanggan. Lokasi yang strategik seperti Jalan UMS sesuai untuk menjalankan perniagaan rumah sewa. Masyarakat terutamanya pelajar-pelajar yang menuntut di UMS & UITM memerlukan penempatan yang berdekatan dengan IPTA mereka agar memudahkan mereka menghadiri kelas setiap hari. Modal sebanyak RM1 juta ringgit mampu memulakan perniagaan rumah sewa. Kos pula seharusnya tidak melebihi modal. Manakala harga yang ditawarkan kepada pelanggan hendaknya berpatutan, agar perniagaan rumah sewa saya menjadi pilihan masyarakat sekitar.

3.       Multimodality: Apakah definisi teori multi modality? apakah yang dimaksudkan multi   modality instruction
Teori modality merujuk kepada kepelbagaian strategi pengajaran yang dilaksanakan oleh guru. Pengajaran yang berkesan harus membentangkan pelbagai kaedah pengajaran yang meliputi ketiga-tiga kaedah pembelajaran iaitu visual, auditori dan kinestetik supaya pelajar yang berbeza mempunyai peluang yang sama untuk belajar dengan cara yang berkesan untuk mereka. Kaedah visual adalah pembelajaran berdasarkan pemerhatian dan melihat apa yang sedang dipelajari. Manakala auditori ialah pembelajaran berdasarkan mendengar arahan atau maklumat dan kinestetik pula adalah pembelajaran berdasarkan hands-on kerja dan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti.
Multi modality instruction adalah memudahkan lagi pembelajaran berlaku. Contohnya, guru menggunakan kaedah visual iaitu penayangan video dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah. Mata pelajaran Sejarah dianggap membosankan oleh sesetengah pelajar. Dengan penayangan video, boleh meningkatkan minat pelajar dalam mempelajari mata pelajaran Sejarah dan memudahkan mereka memahami objektif pembelajaran yang disampaikan.

4.       Sila respon untuk isu ini pula:
          i) Cuba kaitkan penggunaan video dan stail pembelajaran
          ii) cuba kaitkan penggunaan video dengan ubiquitous learning
          iii) cuba kaitkan penggunaan video dengan HOTS (higher order thinking skills)
          iv) cuba kaitkan penggunaan video dengan kemahiran sosial pelajar.
          v) cuba kaitkan penggunaan video dengan peningkatan kesedaran
i)        Penggunaan video dalam proses P&P menepati gaya pembelajaran iaitu visual, auditori         dan kinestetik.
ii)       P&P berdasarkan pembelajaran bersifat ubiquitous, dimana pembelajaran bersifat formal      dan tidak formal, boleh berlaku di rumah atau pada masa lapang, bersesuaian dengan   penggunaan video. Pelajar-pelajar boleh memperolehi maklumat daripada video yang        digunakan walaupun tidak berada di dalam kelas.
iii)       Penggunaan video bersesuaian dengan HOTS (higher order thinking skills) kerana       pelajar-pelajar dapat mengembangkan pemikiran mereka melalui pemecahan masalah,         membuat keputusan, berfikir kritis dan berfikir kreatif.
iv)      Penggunaan video mampu meningkatkan kemahiran sosial pelajar. Contohnya,          berkenaan dengan gejala sosial. Jika ditayangkan video berkenaan dengan keburukan       merempit iaitu kemalangan ngeri akibat daripada merempit, pasti akan meninggalkan       kesan di dalam diri pelajar-pelajar tersebut.

5.       Apakah kekangan jika kita menggunakan video dalam kelas?
1.       Ketiadaan LCD (tiada peruntukan daripada pihak sekolah).
2.       Bekalan elektrik terhad (bagi sekolah di kawasan pendalaman)
3.       Bahan dalam video tidak sampai kepada pelajar jika pelajar terlalu ramai dalam kelas.
4.       Penyataan cahaya dalam bilik darjah tidak sesuai untuk tayangan video.
5.       Audio terpaksa dihadkan untuk mengelakkan gangguan kelas sebelah.

6.       Bagaimana mengguna video dalam kelas? sebelum, semasa dan selepas
Sebelum:
1)       Pastikan peralatan LCD dapat berfungsi dengan baik.
2)       Memilih video yang bersesuaian untuk ditayangkan.
3)       Menyediakan DVD/CD/klip video yang dimuat turut dari internet untuk ditayangkan.
4)       Penyediaan soalan yang hendak diajukan kepada para pelajar berkenaan dengan video         yang ditayangkan
5)       Menyediakan aktiviti yang bersesuaian dengan topik video tersebut.

Semasa:
1)       Memastikan video dapat ditayangkan.
2)       Memastikan para pelajar memberi tumpuan semasa video ditayangkan.
3)       Memberi serba sedikit penerangan berkaitan dengan apa yang ditayangkan semasa    video ditayangkan

Selepas:
1)       Membuat penerangan secara menyeluruh mengenai tayangan tersebut.
2)       Bertanyakan pendapat kepada para pelajar tentang video yang ditayangkan.
3)       Mengadakan sesi soal jawab dengan para pelajar berkaitan dengan topik video yang              
          ditayangkan untuk melihat tahap kefahaman mereka terhadap tayangan tersebut.
4)       Membuat kesimpulan berkenaan topik yang ditayangkan di dalam video tersebut.
5)       Memberikan tugasan kepada para pelajar berdasarkan video tersebut.


Yusni(Teori Pendidikan Abad 21)



Pelbagai pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran masih diperlukan memandangkan perbezaan gaya pembelajaran pelajar. Memandangkan senario abad ke 21, yang membayangkan kegunaan komputer yang begitu meluas, pengajaran dan pembelajaran berbentuk komputer akan menjadi satu kaedah yang ditumpukan. Ini juga bersesuaian dengan prinsip 'mastery learning' yang mana pelajar boleh belajar tanpa bimbingan guru. Walau bagaimanapun peranan guru sebagai mu’allim, murabbi, muaddib, muhallil, dan qiadi masih kekal, malah perlu dimantapkan khususnya dalam menghadapi ‘kerenah globalisasi’ . Di samping itu, terdapat beberapa amalan profesional yang perlu dikuasai dan dihayati oleh para pendidik bestari:
a)    Menterjemah kandungan kurikulum sebagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bermakna
b)   Menguasai dan bijak mengguna alat teknologi terkini di samping dapat memanfaatkannya ke arah mengoptimumkan proses pengajaran dan pembelajaran
c)    Pengajaran dan pembelajaran bermakna dan berfikrah melalui penguasaan kemahiran generik
d)    Membantu pelajar mengenal pasti matlamat pendidikan, hala tuju bagi pelajarnya, memantau kemajuan pelajar, dan kemudian menyediakan ruang untuk pelajar belajar mengikut kadar kendiri
e)    Bertanggungjawab menyediakan suasana yang menggalakkan pembelajaran terarah kendiri yang kreatif dan berdikari
f)     Sumbangan kreatif dan inovatif khususnya dalam menghasilkan pakej pembelajaran bestari yang boleh membantu pembelajaran pelajar ke arah akses kendiri

Menurut Tg.Zawawi, pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran perlu dikuasai dan diamalkan oleh para pendidik bestari. Antaranya strategi inovatif yang berasaskan teknologi seperti perbincangan dengan rakan yang jauh, pembelajaran jarak jauh, penggunaan data sebagai sumber maklumat, memproses maklumat dan menghubungkan dapatan; merujuk ensaiklopedia eletronik; belajar dari courseware eletronik dan komunikasi eletronik. Penekanan perlu diberikan kepada aspek konteks di dalam meningkatkan kefahaman konsep baru. Untuk itu, aplikasi multimedia membolehkan pembelajaran dalam konteks digunakan untuk mengajar pengetahuan dan kemahiran yang relevan. Ciri-ciri ini penting untuk mewujudkan pembelajaran akses kendiri.

Terdapat beberapa teori yang dikemukakan mengenai pembelajaran , setiap teori mempunyai konsep atau prinsip tersendiri tentang proses belajar. Berdasarkan berbezaan sudut pandang ini maka teori pembelajaran tersebut dapat dikategorikan kepada beberapa bahagian . Sejauhmana penggunaan teori dan pentingnya teori-teori yang dibincangkan itu akan menjelaskan konsep pengajaran dan pembelajaran dalam mereka bentuk perisian PPBK.
 
a)   Teori Tingkahlaku (Behavioris)
Mengikut pendekatan teori tingkahlaku , setiap rangsangan menimbulkan tindakbalas dan pembelajaran yang berlaku akibat kaitan dengan rangsangan dan gerak balas. Sesuatu rangsangan yang berkaitan dengan rabgsangan yang lain akan mendatangkan pembelajaran yang dikenali sebagai pelaziman. Contohnya dalam pembelajaran asas perkakasan komputer minat pelajar terhadap tajuk adalah disebabkan cara penyampaian pengajaran yang baik menyebabkan pelajar memberikan perhatian. Rangsangan yang pertama ialah komputer dan rangsangan kedua ialah cara pengajaran yang menarik. Oleh kerana perkaitan antara keduanya adalah positif maka gerakbalas yang berlaku juga positif. ingkahlaku memberikan perhatian akan dilazimkan ,iaitu pelajar akan terus memberikan perhatian apabila belajar mengenai komputer. Tumpuan pembelajaran adalah kepada tingkahlaku luaran yang dipengaruhi oleh peneguhan. Kebanyakkan pembelajaran yang dijalankan adalah tanggungjawab guru dan dikawal sepenuhnya oleh perekabentuk pengajaran atau sistem pengajaran seperti komputer yang digunakan. Prinsip utama teori ini ialah rangsangan dan gerakbalas serta peneguhan. Dalam perisian kursus PPBK , tumpuan objektif penggunaan ialah hanya pada peringkat kefahaman dan pengetahuan. Teori ini akan berpegang kepada anggapan bahawa pembelajaran perisian kursus PPBK merangkumi tanggungjawab guru, dan dikawal sepenuhnya oleh pereka bentuk pengajaran atau sistem pengajaran. Teori ini juga berlandaskan kepada anggapan bahawa pelajar akan mengekalkan sesuatu tindakan jika peneguhan yang bersesuaian diberikan kepadanya. Sebagai contoh, apabila seseorang pelajar diberikan ganjaran selepas menunjukkan sesuatu gerakbalas, ia akan mengulangi tindakbalas tersebut setiap kali rangsangan yang serupa ditemui. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran perisian PPBK ini, guru perlu memahami tingkahlaku-tingkahlaku pelajar yang dapat meningkatkan pembelajaran pelajar semasa kegiatan pembelajaran. Prinsip-prinsip teori tingkahlaku yang diterapkan meliputi:
            i.        proses belajar boleh berlaku dengan baik apabila pelajar ikut aktif di dalamnya
           ii.        bahan pelajaran disusun dalam urutan yang logic supaya pelajar dapat mempelajarinya dengan mudah serta dapat memberikan respon tertentu
          iii.        tiap-tiap respon harus diberi maklum balas secara langsung supaya pelajar dapat mengetahui apakah respon yang diberikan adalah benar
         iv.        setiap kali pelajar memberikan respon yang benar haruslah diberi ganjaran dan motivasi
Menurut (Hartley & Davies, 1978) beberapa prisip teori tingkahlaku yang diterapkan di dunia pendidikan meliputi:
            i.        proses belajar dapat berlaku dengan baik apabila pelajar ikut aktif di dalamnya
           ii.        bahan pelajaran disusun dalam urutan yang logic supaya pelajar mudah mempelajarinya dan dapat memberikan respon tertentu
          iii.        tiap-tiap respon harus diberi maklum balas secara langsung supaya pelajar dapat mengetahui adakah respon yang diberikan adalah benar
         iv.        setiap kali pelajar memberikan respon yang benar maka ia perlu diberi penguatan

Beberapa prinsip prinsip utama teori tingkahlaku pelaziman yang yang dikemukakan oleh Pavlov boleh diaplikasikan dalam merekabentuk perisian PPBK ini ialah:
      i.        mengaitkan pengalaman yang positif dan baik dengan tugasan pembelajaran.Guru perlu menggalakkan aktiviti kumpulan di kalangan pelajar untuk memberikan kesan yang lebih terhadap pelajar disamping menghilangkan perasaan takut pelajar sekiranya aktiviti dijalankan secara individu
     ii.        pelajar boleh mempelajari dengan mengaitkan antara ransangan dan tindakbalas. Ini bermakna tingkahlaku pelajar boleh dilazimkan untuk gerakbalas yang diingini oleh guru.
    iii.        Rangsangan dan gerakbalas diperkukuhkan melalui latihan yang diberikan. Pelajar yang menerima peneguhan positif seperti ‘bagus’, ‘anda berjaya’, ‘jawapan anda betul’ akan mendorong pelajar terus melakukan yang terbaik secara berterusan walaupun tidak lagi menerima pujian
   iv.        Pembelajaran akan dapat dipertingkatkan dengan mengadakan perbincangan, projek dan aktiviti kumpulan di kalangan pelajar
    v.        Motivasi boleh membangkitkankan tingkahlaku positif dengan memberikan ganjaran yang sesuai. Contohnya memberikan pujian, kata-kata perangsang serta menyediakan suasana pembelajaran yang menyeronokkan
Menurut Gagne,Briggs&Wager (1992) terdapat Sembilan elemen utama untuk sesuatu pengajaran iaitu:
      i.        menarik perhatian
     ii.        menyatakan objektif pelajaran
    iii.        merangsang proses mengingat semula kandungan lepas
   iv.        bahan-bahan yang boleh menimbulkan rangsangan pelajar
    v.        memberikan bimbingan
   vi.        tugasan dan soalan
  vii.        membuat penilaian tahap penguasaan pelajar
 viii.        mengekal dan mengembangkan pengetahuan dan kemahiran pelajar

Dalam mereka bentuk perisian PPBK ini, pendekatan menggunakan teori tingkahlaku di atas dapat diaplikasikan seperti berikut:
      i.        perisian yang dibangunkan haruslah menarik perhatian pelajar. Untuk mewujudkan suasana ini, pembangunan perisian ini dimasukkan unsur-unsur grafik yang bersesuain dengan persembahan multimedia yang bertujuan untuk mendapatkan perhatian pelajar. Ini sememangnya sudah menjadi kelaziman manusia yang suka melihat gaya persembahan yang menarik atau lebih tepat lagi berorientasikan penglihatan
     ii.        penyataan objektif pengajaran dan pembelajaran. Menurut Gagne pernyataan objektif ini merupakan motivasi untuk pelajar mengetahui objektif pembelajaran yang harus dicapai. Pernyataan objektif haruslah disampaikan dengan cara yang menarik sama ada melalui teks atau animasi yang menarik.
    iii.        persembahan dan perisisan boleh meningkatkan rangsangan kepada pelajar. Oleh itu dimasukkan juga elemen-elemen yang boleh mewujudkan suasana menarik. Selain itu penggunaan unsur audio yang menarik juga perlu.
   iv.        beberapa latihan dan tugasan yang berbentuk soalan objektif, subjektif dan kuiz harus dimasukkan dalam perisian ini. Tujuannya adalah untuk mengesan dan menilai kemajuan atau tahap penguasaan pelajar. Setiap jawapan kepada setiap soalan atau latihan akan akan diberikan maklumbalas yang positif kerana ini akan menimbulkan rangsangan dan motivasi kepada pelajar untuk terus meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka disamping dapat mengaplikasikan ilmu yang dipelajari.
    v.        Penilaian di akhir pengajaran dan pembelajaran. Penilaian dan maklum balas tahap penguasaan pelajar boleh mengukuhkan ingatan dan membantu pelajar mengaplikasikan pengetahuannya dalam situasi pengalaman pembelajaran yang lebih mencabar. 

b)   Teori Konstruktivisme
Menurut konstruktivisme, pelajar tidak lagi dianggap belajar daripada apa yang diberikan guru atau sistem pengajaran tetapi secara aktif membina realiti mereka sendiri dan pada masa yang sama mengubahsuai realiti tersebut. Ini adalah sesuai dengan pengajaran dan pembelajaran PPBK . Perisian PPBK ini memerlukan pelajar yang aktif mengaplikasikan pengetahuan dalam membina realiti mereka sendiri. Segala pengetahuan dibina oleh pelajar tidak disokong dari pengetahuan luar. Dick (1997) menyatakan bahawa konstruktivisme hanya mencadangkan kaedah dalam mana persekitaran pemelajaran boleh disusunatur dan diurus supaya dapat membekalkan pelajar dengan konteks terbaik untuk belajar. Pembelajaran akan melibatkan pelajar yang aktif dengan mencari pengetahuan dan melibatkan kerja-kerja merekabentuk. Teori ini juga beranggapan bahawa pelajar mampu untuk membuat penyelidikan, menganalisis, mempersembahkan maklumat berkenaan perisian kursus PPBK.
          Penggunaan teori konstruktivisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan mereka bentuk perisian PPBK asas perkakasan komputer ini dapat dapat dilihat melalui aktiviti-aktiviti berikut:
                      i.        pelajar berpeluang mengemukakan pandangannya tentang sesuatu konsep
                     ii.        pelajar berpeluang berkongsi persepsi antara satu sama lain
                    iii.        pelajar menghormati pandangan alternative rakan-rakan mereka
                   iv.        semua pandangan pelajar dihormati dan tidak dipandang rendah
                    v.        pembelajaran berpusatkan pelajar
                   vi.        aktiviti berasaskan ‘hang-on’ dan ‘mind-on’
                  vii.        mementingkan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir
                 viii.        pelajar mengaplikasikan idea baru dalam konteks yang berbeza untuk mengukuhkan kefahaman idea tersebut
                   ix.        pelajar menghubungkaitkan idea asal dengan idea yang baru dibina
                    x.        guru menyediakan alat/bahan yang sesuai
                   xi.        pelajar digalakkan mengemukakan dan bukan guru menerangkan teori
                  xii.        guru mengemukakan soalan yang boleh merangsang pelajar mencari jawapan
                 xiii.        guru tidak menyampaikan maklumat secara terus kepada pelajar
                 xiv.        pelajar banyak berinteraksi dengan pelajar lain dan guru
                  xv.        guru prihatin terhadap keperluan,kebolehan dan minat pelajar
                 xvi.        pelajar bekerja dalam kumpulan

c)   Teori Kognitif
Teori kognitif adalah berkaitan dengan ingatan iaitu ingatan jangka panjang dan ingatan jangka pendek. Salah satu daripada teori kognitif ialah pemprosesan maklumat yang digunakan dalam pengajaran pembelajaran. Teori ini juga menyediakan pembelajaran aktif dimana pelajar bertindak secara aktif memperoleh, menstruktur semula dan mengkaji pengetahuan untuk menjadikannya bermakna. Pelajar memerlukan kepada pemindahan pembelajaran dan pengetahuan. Teori ini lebih menekan kepada pengetahuan kini dan pengetahuan yang lepas.







Yusri

Yusri Alfian Bin Yunus
PT122291CT


Tugasan Baru:

Tugasan-Tugasan Individu Edmodo

Modal RM1 juta.
Apakah jenis perniagaan yang hendak dijalankan? Mengapa?
Bagaimana untuk memastikan perniagaan anda UNTUNG?
Perniagaan yang saya akan jalankan dengan bermodalkan RM 1 juta ialah membuka kedai komputer riba serta servis disamping menjual alat-alat ganti komputer riba. Saya memilih perniagaan ini adalah kerana kawasan yang begitu strategik memandangkan terdapat pelbagai institut pengajian seperti ums,uitm,politeknik dan banyak lagi. Golongan sasaran perniagaan ini ialah para penuntut yang merupakan modal insan yang akan menggalas tanggungjawab untuk memacu negara ke arah kemajuan. Bagi memastikan perniagaan ini untung, saya akan akan membuat promosi iaitu dengan memberi diskaun kepada penuntut-penuntut ipt di samping menawarkan pakej-pakej yang dapat menarik minat penuntut seperti "Free gift" dan kad keahlian.

Tahniah... ramai yang dah respons tentang jenis perniagaan yang hendak dijalankan dan beberapa sebab telah diutarakan....
Sila jawab soalan yang kedua pula iaitu BAGAIMANA untuk memastikan perniagaan itu 100% UNTUNG? Apakah faktor2 yang perlu difikirkan sebelum dan semasa juga setelah perniagaan itu dimulakan?
Bagi memastikan perniagaan ini untung, saya akan akan membuat promosi iaitu dengan memberi diskaun kepada penuntut-penuntut ipt di samping menawarkan pakej-pakej yang dapat menarik minat penuntut seperti "Free gift" dan kad keahlian. Faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum memulakan perniagaan ini ialah lokasi yang strategik dan golongan sasaran yang terdiri daripada penuntut-penuntut ipt. Manakala faktor yang perlu dipertimbangkan semasa memulakan perniagaan ini ialah dengan membekalkan barangan yang berkualiti tinggi dan mempunyai harga yang berpatutan. Selain itu memberikan perkhidmatan yang menjanjikan (JANJI DITEPATI) kepuasan yang maksimum kepada pelanggan.
Apakah definisi teori multi modality? apakah yang dimaksudkan multi modality instruction
Definisi teori multi modality adalah penggunaan pelbagai cara dalam proses pembelajaran. Oleh itu multimodality ialah lebih daripada satu kaedah, cara ataupun persepsi deria digunakan untuk membina dan memahami sesuatu ilmu ataupun perkara. Istilah ini digunakan untuk merujuk kepada fungsi dan pelbagai syarat di mana dua atau lebih kaedah, cara dan persepsi deria, proses atau bentuk penyampaian digunakan. Multi modaliti juga juga merupakan kaedah atau stail pengajaran yang pelbagai. Teori ini berasaskan ciri-ciri stail pembelajaran global dan analitikal, kecenderungan modaliti visual dan verbal, serta teori pengajaran dan pembelajaran kognitivisme dan konstruktivisme. Seorang tenaga pengajar perlu memperkayakan amalan pengajaran dan pembelajaran dengan mempelbagaikan cara pengajaran mereka untuk melayan gaya pembelajaran yang sudah tentu berbeza-beza di kalangan pelajarnya. Gaya pembelajaran dipengaruhi oleh faktor-faktor budaya, personaliti, psikologi, sosial dan persekitaran. Pendekatan berasaskan stail pengajaran dan pembelajaran adalah berkesan dalam membantu meningkatkan pencapaian pelajar. Multi modality instruction pula bermaksud instruction pula ialah sebarang bentuk pengajaran yang menggunakan lebih dari satu cara, kaedah ataupun persepsi deria dalam pengajaran dan pembelajaran. Multimodality instruction juga merupakan satu cara yang berkesan untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran terhadap semua pelajar seperti menganjurkan sekitar kaedah yang berbeza untuk menampung keperluan semua pelajar. Kebanyakan guru mengajar dengan semua kaedah, tetapi sesetengah pelajar mungkin mempunyai kekuatan yang luar biasa dan kelemahan dalam kaedah tertentu. ialah penyampaian guru dengan menggunakan pelbagai alat dan kaedah untuk menentukan cara pilihan pendekatan pembelajaran pelajar. Penyampaian pengajaran harus dipadankan dengan keutamaan dan kekuatan pelajar. Para guru boleh mengesan cara belajar yang paling berkesan di kalangan pelajar mereka dan cuba menggunakan pendekatan yang memerlukan pelbagai cara dan deria untuk pembelajaran yang berkesan.

Sila respon untuk isu ini pula
i) Cuba kaitkan penggunaan video dan stail pembelajaran
ii) cuba kaitkan penggunaan video dengan ubiquitous learning
iii) cuba kaitkan penggunaan video dengan HOTS (higher order thinking skills)
iv) cuba kaitkan penggunaan video dengan kemahiran sosial pelajar.
v) cuba kaitkan penggunaan video dengan peningkatan kesedaran
i)Cuba kaitkan penggunaan video dan stail pembelajaran. Penggunaan video yang mempunyai elemen-elemen seperti teks, video, grafik, audio dan animasi selaras dengan stail pembelajaran yang meliputi ‘visual’, ‘auditory’, ‘read’ dan ‘kinesthetic’. Oleh itu, kedua-duanya dapat dipersembahkan secara serentak untuk menarik minat pelajar supaya mempunyai perasaan ingin tahu seterusnya mempunyai kemahiran untuk mengkaji sendiri perkara yang sedang dipelajari terutamanya untuk ‘auditory learner’ dan ‘visual learner’.
ii) Cuba kaitkan penggunaan video dengan ubiquitous learning. Penggunaan video dapat dilaksanakan di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa selaras dengan kaedah ubiquitous learning kerana penggunaan video boleh dilaksanakan secara online dan pada jarak jauh. Oleh itu, penggunaan video secara online dengan pendekatan ubiquitous learning dapat menghubungkan pelajar dengan pelajar dan guru dengan pelajar untuk saling berinteraksi dan berkongsi maklumat walaupun berada di lokasi yang berbeza.
iii) Cuba kaitkan penggunaan video dengan HOTS (higher order thinking skills). Penggunaan video dapat meningkatkan daya kemahiran berfikir pelajar supaya berfikir di luar kotak dan berfikir secara kritis dan kreatif kerana penggunaan video dapat menggalakkan pembelajaran secara eksplorasi yang berkaitan dengan pemikiran tahap tinggi (HOTS). Oleh itu, pelajar yang terlibat secara aktif dapat memanipulasikan video untuk meningkatkan kemahiran merancang, menyelesaikan masalah, logikal, mengkaji dan membuat keputusan.
iv) Cuba kaitkan penggunaan video dengan kemahiran sosial pelajar. Penggunaan video dapat meningkatkan kemahiran sosial pelajar secara tidak langsung ketika sesi perbincangan, perkongsian maklumat, kerja berkumpulan dan pembentangan kerja kerana pelajar akan berinteraksi sesama sendiri atau dengan guru serta pada masa yang sama juga dapat memupuk sikap kepimpinan dan kerjasama, meningkatkan keyakinan dan motivasi dan menggalakkan pembelajaran secara koperatif.
v) Cuba kaitkan penggunaan video dengan peningkatan kesedaran. Penggunaan video dapat meningkatkan kesedaran pelajar dari segi motivasi, emosi,rohani dan empati bergantung kepada video yang ditayangkan terutamanya yang berkaitan dengan isu-isu semasa atau yang melibatkan semangat patriotik, contohnya dalam subjek Sejarah.

Apakah kekangan jika kita menggunakan video dalam kelas?

Antara kekangannya ialah tiadanya kemudahan lengkap untuk tayangan video, terdapat gangguan bekalan elektrik/bekalan elektrik terputus secara tiba-tiba atau tiada bekalan elektrik, menarik perhatian pelajar lain yang lalu lalang dan boleh menyebabkan gangguan bunyi kepada kelas yang bersebelahan, masalah audio yang terhad, masalah speaker yang kurang jelas, terdapat masalah video atau slide yang tidak dapat ditayangkan dan penyelenggaraan komputer yang memakan masa yang lama kerana timbul masalah lain atau disebabkan oleh guru yang kurang mahir dengan penggunaan komputer dan ICT.Oleh itu, masa akan terbuang menyebabkan perjalanan p&p terganggu serta kemungkinan menyebabkan objektif tidak tercapai.

Bagaimana mengguna video dalam kelas? sebelum, semasa dan selepas

Sebelum menggunakan bahan cetak yang berkaitan atau bahan-bahan web yang lain, tentukan sama ada anda akan menggunakan keseluruhan video atau hanya segmen yang relevan. Sediakan persekitaran bilik darjah yang selesa dan peralatan video yang lengkap. Pastikan tayangan video atau slide dapat dibuka dan ditayangkan. Laptop, speaker, LCD, kabel perlu disambungkan dengan sempurna. Seterusnya, jalankan aktiviti yang boleh merangsang pengetahuan sedia ada pelajar (set induksi).

Semasa menayangkan video, sediakan pelajar dengan tugasan tontonan yang tertumpu kepada tayangan video tersebut. Gunakan satu segmen pendek pada satu masa dan juruskan atau kaitkan terus kepada pengalaman pembelajaran pelajar. Timbulkan kesedaran pelajar terhadap penghasilan nilai-nilai murni dan teknik belajar. Untuk tontonan kedua, tayangkan video tanpa bunyi dan ‘closed-captioning’.

Selepas selesai menayangkan video, sediakan beberapa jenis aktiviti yang berkaitan dengan tayangan video tadi. Selepas P&P berakhir, pastikan segala peralatan telah dipadamkan dengan sempurna.






Assignment manipulatives
Question 3
Obtain an example of a manipulative(s) that you could use instruction submit the manipulative(s) and a description of how you would use it, including an objective. (ISTE NETS-T2.C &3: B).

Pada pendapat saya, pengajaran yang akan saya lakukan adalah mengurus kewangan dengan "real object" iaitu jadual yang diberikan oleh intitusi perbankan. Daripada "real object" jadual pengurusan kewangan secara tidak langsung aktiviti harian perbelanjaan boleh disenaraikan. Perbelanjaan harian dapat disenaraikan dengan kadar jumlah yang dapat diatur oleh perancang. Melalui contoh jadual, bahan ini boleh membantu dan amat sesuai untuk pelajar mengurus kewangan dan perbelanjaan seharian mereka. Pelajar juga mempunyai sedikit pengalaman langsung dalam kehidupan seharian mereka. Sebagai contoh, saya sebagai seorang guru mata pelajaran Perdagangan akan mengajar dengan menggunakan “jadual” bagi pengurusan perbelanjaan dan simpanan. Di sini saya memberi contoh pengajaran mata pelajaran Perdagangan Tingkatan 4. Di dalam tajuk yang telah saya pilih, faktor yang mempengaruhi kepada ketidak seragaman pengurusan kewangan dan perbelanjaan adalah berpunca daripada ketiadaan kriteria maklumat untuk item pengurusan kewanganam yang terperincin. Dengan menggunaka jadual dari intistusi perbankan sedikit membantu pelajar untuk memahami kriteria untuk pengurusan kewngan mereka. Oleh itu, dengan menggunakan kaedah pengajaran “Jadual”, saya akan membawa contoh cara teratur dalam mengurus kewangan dan perbelanjaan seharian pelajar dan dapat membuat simpanan harian mereka semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) dan menunjukkan kepada para pelajar cara mengisinya.

Question 4
Plan a lesson that would include a field trip (real or virtual). Locate at least one site on the World Wide Web that could be place to a visit as a virtual field trip in your lesson. (ISTE NETS- T2.A).


Saya akan membuat pengajaran dan pembelajaran tentang mata pelajaran Perdagangan. Contohnya saya memilih mata pelajaran Perdagangan Tingkatan 4, Bab 1 bagi tajuk Asas Kepada Perdagangan.. Bagi membuat pengajaran dan pembelajaran ini, saya akan menerangkan tentang keperluan dan kehendak manusia. Sebagai contoh memberikan maksud definisi keperluan iaitu sesuatu yang diperlukan oleh manusia untuk meneruskan hidup di dunia ini, manakala kehendak pula bermaksud barang atau perkhidmatan yang diinginkan untuk mencapai kehidupan yang lebih selesa atau menunjukkan kemewahan, lambang status dan kepuasan dalam kehidupan. Saya juga akan menyenaraikan keperluan asas iaitu makanan, tempat tinggal dan pakaian manakala bagi kehendak pula, manusia masih dapat meneruskan kehidupan walaupun tidak dapat memenuhi semua kehendaknya. Saya juga akan memberikan perbezaan antara keperluan dengan kehendak untuk memudahkan para pelajar memahami dan menguasai tajuk ini. http://cisdel.com/2011/06/15/antara-keperluan...





Jawab lima soalan ini dengan ringkas sahaja ya....
1) apa kah yang dimaksudkan dengan video literasi?
2) Nyatakan lima konsep utama menonton dan menghasilkan video.
3) Terangkan bagaimana pembelajaran pelajar dipertingkatkan dengan aplikasi video?
4) Senaraikan dan terangkan bagaimana empat jenis video dalam pendidikan menyokong pembelajaran pelajar?
5) Nyatakan pros

SOALAN 1
Literasi video merupakan apa jua bentuk media yang menggunakan pergerakan gambar untuk menyampaikan pesanan atau mesej tertentu sehingga dapat meransang fikiran, perasaan, perhatian, serta minat seseorang. Ia juga dikenali sebagai stor elektronik bergerak seperti DVD. Literasi video kebiasaanya merangkumi pengetahuan dan kemahiran.

SOALAN 2
-Lima konsep utama menonton video ialah:
1. Penonton mampu mampu membina mesej atau pesanan
2. Format yang unik untuk setiap mesej
3. Penonton mempunyai tafsiran yang berbeza tentang apa yang dilihat.
4. Mempunyai pandangan dan nilai sebahagian daripada mesej yang ingin disampaikan
5. Mesej yang dipaparkan perlu mempunyai tujuan tertentu.
- penghasilan video juga perlu melibatkan persoalan2 berikut:
1. Apa kandungan yang ditulis atau dibina?
2. Apakah Mesej yang dibuat penting dalam mencerminkan pemahaman dalam format, kreativiti dan teknologi?
3. Adakah mesej saya menarik minat dan perhatian penonton sasaran?
4. Adakah penulis jelas dan berterusan merangka nilai, gaya hidup, dan pandangan dalam mesej saya?
5. Apakah maksud yang ingin disampaikan dalam video tersebut berkesan?

SOALAN 3
Penggunaan video dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan keberkesanan aktiviti tersebut. Ianya dapat dilihat dapat dilihat dari aspek daya penarik bahan yang kuat untuk pelajar yang dapat mengelakkan kebosanan pelajar. Video yang baik akan dapat melibatkan pelajar yang maksimum. Ia seterusnya dapat menggalakkan penyelidikan serta pembacaan sendiri di kalangan pelajar kerana perasaan ingin tahu dapat ditimbulkan. Ia dapat menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan serta menyeronokkan. Video yang digunakan dalam proses p & p dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih luas serta mendalam seterusnya mempelbagaikan aktiviti pembelajaran.

SOALAN 4
4 jenis video dalam pendidikan ialah :
1. Video dokumentari - merupakan medium utama untuk mendokumenkan peristiwa sebenar atau dilakukan kembali dan membawa mereka ke dalam proses p & p. Lazimnya berkait dengan fakta dan bukan fiksyen. Dasarnya dokumentari menggambarkan tentang cerita situasi yang sebenarnya. Misalnya National Geographic adalah salah satu jenis video dokumentari yang dihasilkan oleh pertubuhan-pertubuhan bukan berasaskan keuntungan serta badan penyiaran awam.
2. Dramatizition - aspek lakonan merupakan medium yang sangat baik untuk membina watak pelajar dan sikap positif dalam hal-hal seperti budaya, kurang upaya, harga diri dan bekerja secara kumpulan.
3. Penceritaan video - kemahiran yang penting untuk membangunkan pelajar-pelajar pada semua peringkat umur. Penceritaan video membolehkan pelajar untuk menjadi kreatif bagi membangunkan penulisan mereka, literasi visual dan kemahiran penghasilan video. Matlamatnya adalah untuk mengajar para pelajar untuk meluahkan idea melalui cerita.
4. Lawatan lapangan maya - video mampu membawa pelajar pergi ke tempat-tempat yang mungkin tidak pernah dan tidak dapat mereka jejaki. Contohnya, pelajar seolah-olah boleh pergi ke piramid Mesir melalui lawatan maya. Ia dapat meningkatkan dan membina pengetahuan yang diperolehi daripada membaca buku teks penerangan internet, atau mendengar ceramah.

SOALAN 5
-proses memilih video:
1. Mampu meransang pelbagai deria.
2. Memudahkan proses pengulangan. Contohnya boleh dilakukan secara berulang-ulang dengan lebih mudah. Penerangan mengenai sesuatu proses kerja di makmal boleh dirakam dan kemudiannya dipaparkan kembali kepada pelajar.
3. Meningkatkan keberkesanan proses p&p. Media penyampaian ilmu yang mampu menjadikan sesuatu proses p&p lebih berkesan.
4. Mampu meraih emosi dan ubah sikap. Papar atau persembahan video yang hidup dan realistik.
5. Menyediakan kuasa kawalan kepada pelajar. Walaupun sifat asas sesuatu video adalah dinamik tetapi Ianya mampu dikawal menerusi kemudahan yang disediakan oleh teknologi perisian.
-penilaian video yang baik adalah ringkas dan cukup untuk membantu guru memilih bahan-bahan yang akan meningkatkan pembelajaran pelajar.

Sila refleks tentang proses dan ciri-ciri reka cipta visual

Dalam konteks pendidikan, visual ialah bahan media pengajaran yang menggunakan imej yang dapat dilihat atau berdasarkan penglihatan. Kebiasaannya, penggunaan visual dalam p & p digunakan dengan media pengajaran yang lain. Visual adalah media berbentuk paparan interaktif. Ia terbahagi kepada dua iaitu visual tayangan dan visual bukan tayangan.
Mereka bentuk visual melibatkan proses seperti :
1) memikirkan dan mencipta visual yang bersesuaian dengan objektif dan isi kandungan.
2) mempertimbangkan samada bahan visual terpakai patut digunakan semula atau sebaliknya.
3) mengambil kira berapakah kos dan masa yang ada bagi menyediakan atau mencari setiap item visual tersebut.
4) mengambil kira masalah dalam menggunakan bahan-bahan visual.

Terdapat beberapa ciri dalam reka cipta visual iaitu :
1) mudah - bererti isi kandungan pelajaran yang ingin disampaikan sepatutnya tidak terlalu banyak. Sebaliknya tumpuan kepada satu atau dua isi sahaja. Ini akan dapat mengelakkan berlakunya kekeliruan di kalangan pelajar. Sebaliknya berpegang kepada prinsip mudah dilihat dan mudah dibaca.
2) penyatuan - setiap hasil ciptaan rekabentuk visual BBM mempunyai elemen penyatuan dan tidak longgar. Ada hubungkait diantara satu sama lain.
3) penumpuan - hanya satu isi pelajaran yang tertera di dalam satu-satu grafik, iaitu dengan menjadikan satu pusat perhatian. Elemen penumpuan ini boleh dihasilkan dengan menggunakan garisan kasar, warna-warna panas dan ruang atau bentuk. Susunan visual juga bermula dari kiri ke kanan pergerakan.
4) perseimbangan - bermaksud terdapat dua bentuk iaitu bentuk formal dan bukan formal. Perseimbangan formal adalah satu susunan rekabentuk yang disusun dengan begitu rupa apabila dilihat memberikan perasaan sama berat diantara kiri dan kanan atau sebaliknya.
5) ruang - yang digunakan dengan sistematik dan betul sangat mempengaruhi.
6) garisan - adalah elemen yang harus juga diambil perhatian kerana ia boleh menghasilkan bentuk kecil, besar, tebal, halus dan sebagainya.
7) warna - merupakan elemen yang amat penting dalam satu-satu visual dan ia digunakan bagi tujuan menari perhatian.