Tugasan Baru:
5 Slide Power Point
Infographic
Latihan Excel Masliana
Kini video mengenai alam sekitar sering di permainkan di television, video ini lebih menarik dan senang di fahami, misalnya video mengenai kurangkan penggambilan gula.Jika kita menegur seseorang tanpa ada bukti yang kukuh tentang kesannya,seseorang itu mungkin tidak akan mendengar nasihat kita malah mungkin akan terasa dengan kata-kata kita itu.Namun dengan sebuah video,ia merangkumi semua aspek keburukan,kebaikan dan akibatnya, oleh itu masyarakat lebih memahami pengajaran melalui video daripada kata-kata.
Setiap pelajar hendaklah diberi seutas benang.Kemudian pelajar diminta untuk meletakkan benang diatas sungai(di peta) mengikut lengkungan sungai dari tempat mula,katakana lah(x) sehingga ke penghujung sungai,katakan lah(y).
Rajah 2: Cara mengukur panjang sungai menggunakan benang.
Rajah 3: Skala mewakili 1CM:2KM
Pelajar-pelajar diberi gambaran awal tentang pemprosesan jem nenas melalui laman web yang guru berikan.Apabila guru,membawa pelajar-pelajar ke dunia Kilang yang sebenar,pelajar akan mudah mengikuti proses tersebut sekaligus dapat memahaminya.Ini kerana,Manusia akan mudah mengingati sesuatu pembelajaran yang bermakna dalam kehidupannya.
5 Slide Power Point
Infographic
Latihan Excel Masliana
TUGASAN 1
Masliana Bt.Musli PT122309CT |
Dengan bermodalkan Satu Juta
ringgit,Jenis perniagaan yang sesuai dijalankan di jalan UMS adalah penyewaan
rumah bulanan dan harian.Ini
adalah kerana,di sekitar Jalan UMS terdapat juga beberapa Institusi Pengajian Tinggi
yang lain seperti UiTM(Universiti Teknologi Mara),ILP(Institut Latihan
Perindustrian),Politeknik,Kolej SINAR,Kolej Yayasan Sabah,dimana
penuntut-penuntut pasti memerlukan penginapan.Disamping itu,mungkin juga para
pensyarah,kakitangan awam dan pelawat dari Institusi berkenaan memerlukan
penginapan secara menyewa bulanan dan harian.Selain daripada itu,di sepanjang
jalan UMS,terdapat pembangunan rancak dijalankan.Pembangunan ini semestinya
mempunyai pekerja-pekerja mahir dan professional seperti Jurutera,Juruukur,Arketik
dan lain-lain lagi.Mereka ini pastinya memerlukan penginapan secara bulanan
ataupun harian bergantung kepada tempoh mereka bertugas.
Selain
daripada itu,penginapan merupakan satu daripada keperluan seseorang.Oleh
itu,perniagaan ini akan kekal berterusan selagi ada masyarakat sekitar kawasan
UMS yang tinggal dan mencari rezeki di kawasan ini.
B.
Untuk memastikan perniagaan ini Untung
serta memberi pulangan,beberapa faktor perlu diberi perhatian.Secara lazimnya
‘Keuntungan’ sesuatu perniagaan adalah kerana lebihan hasil yang diperolehi
dari Kos yang dibelanjakan.Semakin tinggi hasil dan semakin rendah
kos(perbelanjaan) maka semakin besarlah keuntungan yang diperolehi.
FAKTOR HASIL
i.
Hasil perniagaan diperolehi daripada
ramainya pelanggan.Untuk menarik ramai pelanggan maka pengiklanan yang sesuai
dan efektif perlulah dibuat secara aggerisif dengan kos yang minimum.Selain
daripada papan Iklan dan surat khabar,flyer,broucher hendaklah diedarkan kepada
sasaran pelanggan.Secara menyeluruh dengan mengiklankan jenis
perkhidmatan,kemudahan-kemudahan lain dan kos perkhidamatan yang paling minimum akan menjadi faktor hasil
yang berpanjangan.
ii.
Disamping pengiklanan yang
efektif,elemen kecekapan para pekerja perlu juga dititik beratkan.Pekerja
merupakan Iklan perniagaan yang paling hadapan(Frontliner).Pekerja perlu
didisplinkan sehingga menjadi seorang pekerja yang sungguh-sungguh berminat
dengan pekerjaan mereka.Mereka perlu menjaga rupa diri,tingkah laku dan
komunikasi yang baik agar pelanggan merasa senang dan dihargai.Dengan
produktiviti pekerja yang cemerlang dan sikap ramah mereka,pelanggan yang sedia
ada secara tidak langsung menjadi pengiklan percuma kepada perniagaan dengan
menyebarkan perkhidmatan cemerlang yang diberikan.
FAKTOR KOS
i.
Untuk memastikan kos atau perbelanjaan
satu-satu perniagaan itu terkawal,ianya hendaklah disandarkan kepada kos atau
perbelanjaan yang berpatutan.Kos yang murah tidak semestinya baik kerana
mungkin mengurangkan kualiti produk atau perkhidmatan.Begitu juga kos atau
perbelanjaan yang tinggi tidak semestinya baik,kerana akan berlaku pembaziran.
ii.
Kawalan kos atau perbelanjaan perlu
diamalkan setiap masa agar tidak berlaku penyelewangan oleh pekerja dan pihak
pengurusan.Sebarang peningkatan kos atau perbelanjaan yang mendadak hendaklah
di analisa akan sebab-sebabnya.Mungkin kenaikan itu disebabkan sesuatu yang
boleh dikawal.Disamping itu,jika berlaku penurunan kos atau perbelanjaan yang
mendadak juga perlu dianalisis sebab-sebabnya.Ini akan menjadikan objektif
pengawalan kos,iaitu agar kos itu berpatutan dan dapat dijayakan dengan berkesan.Oleh
itu,dengan penghuraian diatas pastinya dapat dipastikan keuntungannya.
TUGASAN 2
Bagaimana
untuk memastikan satu-satu perniagaan itu 100% untung?
Ini
adalah merupakan soalan yang sukar dijawab,kerana dalam perniagaan seseorang
itu mengharapkan keuntungan,mengambil tindakan yang sesuai untuk mendapatkan
keuntungan tetapi tidak ada seseorang yang begitu berani menyatakan boleh 100%
mendapat untung.Perniagaan mempunyai risiko tersendiri.Setiap perniagaan
merupakan pengambilan risiko terhadap model yang dilaburkan.Sebagai
contohnya,jika ada modal satu juta ringgit,untuk selamat dan 100% untung,maka
simpan saja sebagai deposit tetap dibank dengan pulangan tahunan setakat 4-5%
setahun.Tetapi jika inginkan pulangan atau keuntungan yang lebih
tinggi,katakana 20-30% pulangan maka laburkan satu juta tersebut dalam
perniagaan.Tetapi oleh kerana saya memilih berniaga,maka perlulah mengambil
risiko sekurang-kurangnya sasaran 100% untuk mendapat untung,maka untuk
mencapai sasaran tersebut perlulah mengenal pasti risiko yang sedia ada.
Sebelum
saya memulakan perniagaan saya,factor-faktor yang perlu difikirkan adalah
seperti berikut:
a) Tempat
dan keselesaan bangunan serta kawasannya adalah sesuai untuk penginapan bulanan
ataupun harian.Perlu ditinjau samada kawasannya tersebut terjamin dari segi
keselamatan.Selain daripada itu bagaimana dengan tempat letak kenderaan
penghuni adakah ianya cukup sekiranya perniagaan itu Berjaya?Bagaimana dengan
pengangkutan awam,adakah ianya kerap,berjadual atau sentiasa penuh?
b) Perlu
ditinjau dan difikirkan samada kawasan tersebut mendapat sumber tenaga elektrik
dan air yang tidak pernah terganggu.Jika ya,maka perlu difikirkan memasang
janakuasa siap sedia(Standby generation set) atau memasang tangki air yang
bersesuaian.
c) Berapa
ramaikah pelajar,pensyarah dan pekerja di institusi sekitar kawasan
UMS?Bagaimana mereka mendapatkan penginapan?
Semasa
perniagaan dijalankan pula,maka langkah-langkah berikut perlu diambil:
a) Penginapan
yang disewakan samada secara bulanan atau harian hendaklah sentiasa bersih dan
selesa untuk penghuni.
b) Para
pekerja perlu selalu dilatih dan diingatkan tentang etika berkerja yang baik
seperti ramah,rajin dan sentiasa mengutamakan penghuni.
c) Segera
menyelesaikan aduan-aduan yang dikemukakan oleh penghuni secepat mungkin.Jika
kemungkinan akan berlaku kelewatan penyelesaian,maka penghuni perlu diberitahu
dengan jelas supaya mereka memahami.
d) Alu-alukan
sebarang cadangan atau penambahbaikan keadaan penginapan,pekerja dan apa-apa
juga yang boleh menyenangkan penghuni.
Setelah
perniagaan itu berjalan seperti dirancangkan,maka perlu difikirkan untuk
meningkatkan penghasilan perniagaan seperti:
a) Perlukah
ditambah rumah-rumah sewa dalam perniagaan.
b) Yang
mana lebih mendapat sambutan sama ada sewa bulanan atau harian?
c) Jika
tidak dapat menambah rumah-rumah sewa untuk meningkatkan hasil,maka wajarkah
kadar sewaan dinaikkan?Untuk menaikkan kadar sewaan,maka selari dengan itu
perkhidmatan yang diberi hendaklah ditingkatkan lagi.
d) Jika
perniagaan iitu berdaya maju,maka perlu difikirkan untuk menambah cawangan
ditempat lain.
e) Akhir
sekali selepas perniagaan berjalan,perlu difikirkan untuk memberi penghargaan
sewajarnya kepada pekerja yang setia.Ini adalah untuk meminimumkan ratio
pertukaran pekerja.
LAMPIRAN
A
UNJURAN KEWANGAN PERNIAGAAN
KOS
|
RM
SEBUALAN
|
RM
SETAHUN
|
1.Kos
Permulaan
a)Lesen dan lain-lain
b)Mencari bangunan yang
hendak disewa
c)Kos printing Photostat
d)Kos guaman
2.Kos menyewa
bangunan
(100 buah rumah @ RM600.00)
3.Kos
alat/perabot untuk
50 buah rumah @RM5000.00=RM250,000
Kos ubahsuai RM3000.00
Jumlah RM550,000.00
Susut nilai
10% garis lurus setahun
4.Kos
pengiklanan
(Printing) RM50,000.00
Susut nilai 10% garis lurus setahun
5.Kos Gaji
Pekerja(lihat lampiran B)
6.Kos
peralatan pembersihan
7.Kos
pejabat,Fax,Telefon dan lain-lain
|
5000.00
2000.00
500.00
10,000.00
60,000.00
4,583.00
4166.00
44,200.00
10,000.00
5000.00
|
720,000.00
55,000.00
5000.00
530,400.00
120,000.00
60,000.00
|
Jumlah Kos
|
145,449.00
|
1490,400.00
|
HASIL
|
||
1.Sewa rumah
bulanan
@ RM850.00 untuk 50 buah rumah
2.Sewa rumah
harian
Purata
40 buah sehari @ RM120.00
|
42,500.00
144,000.00
|
510,000.00
1,728,000.00
|
Jumlah Hasil
|
186,500.00
|
2,23800.00
|
Keuntungan(Hasil-Kos)
|
41051.00
|
747600.00
|
LAMPIRAN
B
GAJI
PEKERJA
1.
Pejabat:Penyelia 4 Orang @ RM1,200.00 RM4,800.00(Sebulan)
Anggota
kerja 8 Orang @ RM800.00 RM6,400.00(Sebulan)
2.
Pembersihan bilik
Supervisor
5 Orang @ RM1000.00 RM5,000.00(Sebulan)
LAMPIRAN C
NOTA
MODAL RM1000,000.00
Penggunaan
Modal
Perbelanjaan
Permulaan RM17,500.00
Sewa
Bangunan
(100
buah rumah/apartment @ RM600.00 RM60,000.00
Alat
Perabot untuk 50 Buah Rumah @ RM5000.00 RM250,000.00
Perbelanjaan
Ubahsuai RM300,000.00
Perbelanjaan
Pengiklanan RM 5000.00
Gaji
Pekerja RM 44,200.00
Peralatan
Pembersihan RM
10,000.00
Perbelanjaan
Pejabat RM 5000.00
Tunai
Dalam Bank RM308,300.00
RM1,000,000.00
TUGASAN 3
1.Apakah Definasi Teori
“Multimodality”
Untuk memahami
teori “Multimodality” perlulah kita
merungkai dua perkataan yang terkandung dalam perkataan
“Multimodality” tersebut.Dua perkataan asas itu adalah “Multi Modal” atau modul
pelbagai dan “Modality”.
a) “Multimodal” atau
modul kepelbagaian adalah merupakan satu modul yang mengandungi beberapa sistem modul.Ianya
merupakan cantuman beberapa system modul penyampaian/penerimaan maklumat yang
melangkaui system unimodul asas grafik.Sistem Unimodal asas adalah pancaindera seperti
penglihatan,pendegaran,rasa,sentuhan dan penghiduan.
b) “Modalities” pula
adalah cara penyampaian maklumat melalui sesuatu medium secara fizikal,dengan
kata lain,Modality
didefinasikan sebagai medium fizikal dan cara penyampaian.
Dengan memahami dua
perkataan gabungan “Multimodalities” diatas,maka bolehlah didefinasikan Teori “Multimodalities”
tersebut sebagai:-
Satu teori
penyampaian/penerimaan maklumat menggunakan modul-modul gabungan,termasuk modul yang menggunakan medium
fizikal.Penggabungan modul-modul tersebut,merupakan penggabungan samada penggabungan
Unimodal-unimodal atau penggabungan antara unimodul dengan medium fizikal.
2.Apakah maksud
“Multimodalities Instruction”
Maksud “Multimodalities Instruction” adalah cara
atau instrument-instrument yang digunakan dalam penyampaian maklumat
seperti deria rasa,penglihatan,pendegaran,penghiduan dan sentuhan dengan menggunakan
medium-medium yang sedia ada seperti
gambar,lukisan,lakaran,gerak-geri,Ilustrasi dan medium-medium
berteknologi tinggi seperti Komputer,telefon,Faximili dan sebagainya. Satu-satu modul
penyampaian maklumat atau penerimaan maklumat dengan berkesan atau gabungan modul-modul
menjadi “Multimodalities” bergantung
kepada audians dan juga medium-medium yang digunakan. “Multimodalities
Interaction”
“Interaction” merupakan
tindakan dan tindak balas antara manusia dan medium-medium penyampaian seperti tindakan
manusia yang diambil untuk mengolah maklumat-maklumat melalui computer dan
tindak balas computer dalam menambahbaik serta menyimpan
maklumat-maklumat yang hendak disampaikan kepada audians.
TUGASAN 4
Sila respon untuk isu
ini:
i) Cuba kaitkan
penggunaan video dan stail pembelajaran
ii) cuba kaitkan
penggunaan video dengan ubiquitous learning
iii) cuba kaitkan
penggunaan video dengan HOTS (higher order thinking skills)
iv) cuba kaitkan
penggunaan video dengan kemahiran sosial pelajar.
v) cuba kaitkan
penggunaan video dengan peningkatan kesedaran
Video mempunyai
pelbagai jenis seperti.
· Video animasi
· Video yang di rakamkan sendiri
· Video nyata (yang di lakonkan semula)
· Video illusi.
Penggunaan video pula
boleh di kaitkan dengan
· Stail pembelajaran
· Hots(higher order thinking skills)
· Ubiquitous learning
· Kemahiran social pelajar
· Peningkatan kesedaran.
Setiap murid mempunyai
cara mereka sendiri dan pandangan mereka sendiri tentang sesuatu video.
Sebahagian pelajar mempunyai Stail pembelajaran yang lebih baik daripada yang
lain. Melalui video ini mereka dapat memahami suatu pelajaran dengan lebih baik
contohnya apabila seseorang pelajar itu seorang yang pasif yakni mereka tidak suka bertanya, maka melalui
video mereka boleh mengulang dan lebih memahami sesuatu tajuk itu.Selain
daripada itu,Video selalunya
mempunyai bunyi seperti orang berkata-kata.Kajian menunjukkan ada sebahagian
pelajar belajar dengan lebih berkesan dengan adanya muzik atau
kata-kata.Manakala, ada pula pelajar yang hanya boleh belajar dalam keadaan
yang senyap.Ini semua mempengaruhi gaya pembelajaran dan melibatkan sesuatu
video itu jika video itu mempunyai bunyi dan pencahayaan yang baik maka
keputusan untuk seseorang pelajar akan lebih baik. Sumber daripada Psikologi
Pendidikan(semester II 1997 Ee Ah Meng, m/s156)
Ubiquitous learning
bermaksud pelajar boleh belajar di mana-mana sahaja mereka suka dengan adanya
teknologi terkini.Mereka boleh belajar melalui internet yang menggunakan
video.Seseorang guru boleh berkomunikasi melalui video contohnya mengunakan
skype atau yahoo Messenger.Cara ini lebih muda kerana seseorang pelajar tidak
perlu membuang masa untuk kerumah atau ke kelas agar mendapat ilmu, mereka juga
tidak akan terganggu akan bunyi bising yang datangnya daripada rakan
mereka.Komunikasi melalui video ini lebih di kenali sebagai komunikasi dua
hala. Komunikasi dua hala lebih muda dan menjimatkan masa.
HOTS lebih di kenali Higher Order Thinking Skills
ialah kemahiran berfikir yang lebih tinggi daripada pemikiran biasa.Ia menjadi
perkara agenda utama pendidikan dengan penerbitan 1956 Taksonomi Bloom. Dalam
domain kognitif taksonomi Bloom terdapat enam peringkat pemikiran iaitu
pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis, dan penilaian. Kemahiran
pemikiran peringkat tinggi kemahiran dalam tiga peringkat utama: analisis,
sintesis, dan penilaian. Ketiga-tiga tahap kemahiran adalah penting dalam
pemikiran kritikal.
Terdapat tanggapan
bahawa pelajar perlu menguasai kemahiran tahap rendah sebelum mereka boleh
melibatkan diri dalam pemikiran yang lebih tinggi.Bagaimanakah
pembelajaran/pelajar HOTS ini dapat menggunakan Video dalam pembelajaran
mereka?Jika ia melibatkan soalan yang mendalam melalui video yang di tayangkan
itu adalah amat sukar kerana sebilangan pelajar sukar untuk memahaminya.Walau
bagaimanapun pemikiran HOTS ini masih memerlukan penerangan Video dimana
contohnya video game yang terbaru di pasaran kini yang melibatkan mata
pelajaran harian di sekolah dan penyusunan ayat akan lebih menarik berbanding
para guru menulis di papan hitam/putih dan kemukakan soalan yang berbentuk ayat
sudah pasti para murid tidak mempunyai minat dan menjadi bosan. Video game yang
melibatkan pemikiran kanak-kanak contohnya Kideos.com adalah sebuah laman web
yang menayangkan video-video terpilih yang sudah ditapis dari laman web seperti
Youtube dan video ini memang dikhaskan untuk kanak-kanak. Jadi, tidak perlu
risau jika anda membiarkan si kecil di depan
komputer.Sumber:http://azidi.com/pembelajaran-online-percuma-untuk-si-kecil/
Selain itu, dengan
adanya video pembelajaran seperti penerangan tentang sebuah kelahiran misalnya
akan lebih mudah daripada hanya mengunakan perkataan.
Albert Bandura
merupakan ahli psikologi amerika syarikat yang terkenal kerana Teori
Pembelajaran Sosial dan teori modelnya. Teori pembelajaran sosial menegaskan
bahawa pembelajaran manusia berlaku dengan cara memerhatikan orang lain
melakukan sesuatu.Ini di lakukan dengan cara memerhatikan gerak balas yang
ditonjolkan oleh itu video mempunyai pengaruh besar dalam hidup individu
melalui video seseorang itu boleh melibatkan diri mereka kearah negative dan
terjebak dengan perkara yang tidak sepatutnya. Menurut Albert Bandura
murid-murid juga belajar daripada gambar dan video, tayangan filem dan gambar.
Oleh itu guru hendaklah memastikan tayangan video atau filem tidak mengandungi
unsur-unsur keganasan yang boleh ditiru oleh murid-murid. Video seperti sejarah
Malaysia dapat mengembangkan kemahiran pencarian pelajar contohnya apabila satu
tugasan di beri kepada pelajar misalnya tajuk tugasan “Satu Malaysia video”
maka kemahiran mencari mereka akan berkembang. Mereka juga boleh mencari isu
semasa dan melihat video-video yang boleh membantu mereka untuk mengembangkan
kemahiran mencari dan analisis mereka.
Kini video mengenai alam sekitar sering di permainkan di television, video ini lebih menarik dan senang di fahami, misalnya video mengenai kurangkan penggambilan gula.Jika kita menegur seseorang tanpa ada bukti yang kukuh tentang kesannya,seseorang itu mungkin tidak akan mendengar nasihat kita malah mungkin akan terasa dengan kata-kata kita itu.Namun dengan sebuah video,ia merangkumi semua aspek keburukan,kebaikan dan akibatnya, oleh itu masyarakat lebih memahami pengajaran melalui video daripada kata-kata.
Akhir sekali guru
hendaklah menerima murid tanpa syarat mengikut keupayaan dan kebolehan mereka.
Guru perlu faham bahawa aras kebolehan dan kemampuan seseorang murid tidak
semuanya sama. Sesetengah murid mudah menerima dan memahami sesuatu pelajaran sementara
sesetengah pula sukar menerima sesuatu pelajaran yang disampaikan oleh guru
melalui pendekatan Video ini. Kesimpulannya, guru haruslah memainkan peranan
penting dalam pemilihan kaedah atau pendekatan yang paling sesuai bagi
memastikan murid-murid dapat belajar dan menerima pelajaran yang disampaikan
dengan berjaya dan berkesan.
TUGASAN 5
Apakah kekangan jika
kita menggunakan video dalam kelas?
Pada
pendapat/pengalaman saya, terdapat beberapa kenkangan dalam menggunakan video
sebagai BBM di dalam kelas.Antara kenkangan yang utama ialah:
1. Masa akan menjadi salah satu masalah
yang akan dibangkitkan dimana peruntukkan untuk satu-satu sesi pengajaran dan
pembelajaran adalah terhad mengikut satu-satu matapelajaran.Guru mungkin
memerlukan beberapa minit masa terawal dalam P & P bagi persediaan tayangan
video tersebut.Peralatan sokongan lain juga perlu disediakan lebih awal bagi
menjayakan pendekatan pembelajaran tersebut.
2. Guru kurang berkemahiran dalam
mengendalikan video semasa proses P & P.Jika berlaku masalah dalam
pengendalian semasa aplikasi media ini berjalan.guru-guru yang kurang
berkemahiran mungkin menghadapi masalah untuk mengendalikan alat-alat video
tersebut.
3. Tidak semua Video mudah didapati dan
mempunyai Jalinan dengan topik yang akan diajar.Contohnya dalam Matapelajaran
Matematik dimana,murid-murid lebih memerlukan penjelasan yang lebih mendalam
dan tunjuk cara melalui guru-guru mereka.
4. Masalah putus talian elektrik.Risiko
paling tinggi penggunaan Video ini adalah apabila bekalan elektrik terputus
semasa sesi penanyangan video tersebut.
5. Masalah peralatan yang tidak mencukupi
semasa sesi P & P dijalankan.Ini kerana kos pengurusan dan kewangan sekolah
yang mungkin kurang atau tidak mencukupi.
TUGASAN 6
Bagaimana mengguna
video dalam kelas? sebelum, semasa dan selepas
Video adalah media
elektronik yang dikatakan paling dinamik dan realistic berbanding dengan media
elektronik yang lain.Ia merupakan gabungan pelbagai media(seperti
teks,grafik,audio dan sebagainya) dalam satu medium.Oleh yang
demikian,penggunaan Video dalam penyampaian maklumat berupaya mempengaruhi
motivasi seseorang terhadap proses penerimaan maklumat.
Cara mengikuti
Rancangan Video
Secara umumnya ia
terbahagi kepada tiga peringkat iaitu:
1. Sebelum Siaran/Tayangan Video
· Berbincang dengan murid tentang
pengalaman yang lepas
· Menerangkan istilah atau perkataan
baru.
· Menerangkan kandungan rancangan.
2. Semasa Siaran
· Murid menonton tv tanpa gangguan suara
atau perlakuan guru kecuali jika diperlukan.
· Guru menonton bersama murid dan menunjukkan
minat terhadap rancangan berkenaan.
3. Selepas Siaran
· Berikan peluang kepada murid untuk
bertanya.
· Kemukakan soalan ringkas kepada kelas.
· Buat ulang kaji butiran yang penting
· Buat latihan lisan atau bertulis pada
pelajaran biasa pada kelas yang berikutnya atau beri kerja rumah.
Sumber Rujukan: Mohd
Yusof Abdullah et al.2008.Pengetahuan Pedagogi Guru.Universiti Malaysia Sabah.
Tugasan 7
Soalan 1
Apakah yang dimaksudkan dengan
literasi video?
Literasi video merupakan satu
rangkuman pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk menggunakan
video,atau menonton video secara bermakna,dan juga pengetahuan dan kemahiran
yang diperlukan untuk penghasilan video.
Soalan 2
Nyatakan 5 konsep utama menonton dan
menghasilkan video
A. 5 Konsep Utama Menonton video
adalah:
1.Siapa yang mencipta mesej?
2.Apakah teknik kreative yang
digunakan untuk menarik perhatian saya.
3.Bagaimana individu-individu yang
berlainan memahami mesej dengan cara yang berbeza?
4.Apakah nilai gaya hidup dan
pandangan yang diwakili atau tidak dimasuk kira?
5.Apakah tujuan mesej tersebut?
B. 5 konsep Utama menghasilkan video:
1.Apakah yang saya karang?
2.Adakah mesej menggambarkan
kefahaman format,kreativiti dan teknologi?
3.Adakah mesej saya menarik minat dan
citarasa audian sasar?
4.Adakah saya telah dengan jelas dan
dengan konsisten meletak nilai gaya hidup dan pandangan dalam mesej saya?
5.Adakah saya telah menyampaikan tujuan
saya secara efektif.
Soalan 3
Terangkan bagaimana pembelajaran
pelajar dipertingkatkan dengan aplikasi video?
a)Bidang Pengetahuan
Pelajar boleh memerhati reaksi
spontan kisah sejarah,dan juga rakaman sebenar mengenai sesuatu kejadian semasa.pelajar
boleh lebih memahami dan mengingati kejadian tersebut dengan cepat kerana deria
warna,bunyi dan pergerakan menambahkan daya ingatan pelajar.Video juga boleh
menambah penjelasan kepada pelajar tentang sesuatu proses,hubungkait dan teknik
yang diguna pakai.
b)Bidang Pengaruh Emosi
Bila ada unsur-unsur dan element
emosi hendak diterapkan kepada pelajar,menonton video lebih berkesan dan
mendalam daripada menerangkannya secara lisan.Pembelajaran pelajar akan dapat
dipengaruhi secara emosi dengan menonton role model dan secara langsung pelajar
boleh diajar personaliti yang baik secara effektif.Sebagai contoh,Video
peperangan yang mengakibatkan kesengsaraan dapat mendidik pelajar menyintai
keamanan.
c)Bidang "Psychomotor"
Video dapat menerangkan secara
langkah demi langkah bagaimana sesuatu komponen mekanikal dibuat,berfungsi dan
diselenggarakan.sebagai contoh,mesin pump air mempunyai komponennya tersendiri
iaitu terdiri daripada motor yang digerakkan menggunakan kuasa elektrik pump
yang terdiri daripada "Value"."Value" yang berfungsi
memberi tekanan udara agar dapat menyedut air.
d)Bidang"Interpersonal"
Dengan menonton program video bersama
kumpulan pelajar yang tahap pembelajarannya berbeza,sesuatu pengalaman yang
sama dapat dirasai,dibincangkan bersama kerana tahap kefahaman melalui menonton
video tadi adalah sama.Oleh itu,pelajar dengan kefahaman yang sama,walaupun
tahap pembelajarannya berbeza,dengan menonton video,mereka dapat menghayati
perhubungan rakan,menghormati pendapat dan meluahkan pandangan dengan yakin.
Soalan 4
Senaraikan dan terangkan bagaimana
empat jenis video dalam pendidikan menyokong pembelajaran pelajar.
Jenis Video dalam pendidikan
a)Dokumentari
Video merupakan alat media yang dapat
menerangkan dalam bentuk dokumenteri sesuatu kejadian sama ada ianya kejadian
sebenar ataupun lakonan semula.Dokumentari selalunya menerangkan fakta dan
bukannya fiksyen.Dokumentari menggambarkan cerita sebenar kejadian dan urutan
kejadian secara reality.Ianya dapat menambahbaik kefahaman pelajar tentang
sesuatu fakta kejadian.Sebagai contoh,bagaimana tanah runtuh berlaku,apa yang menyebabkan ianya
berlaku,kesan kepada manusia bila itu berlaku dan bagaimana untuk mengelaknya
daripada berlaku lagi.
b)Mendramakan(Dramatization)
Video boleh membuat pelajar lebih
faham dan ingat tentang sesuatu cerita,mitos dan penghayatan sastera.Sabagai
contoh,cerita mengenai Hang Tuah dapat dihayati melalui lakonlayar(video)
dengan lebih mendalam,daripada jika dihayati melalui pembacaan.Dengan membaca
kisah Hang Tuah melalui buku,pelajar terpaksa bergelut membayangkan
pergerakan,perlakuan dan percakapan.Sementara dengan menonton,pelajar hanya
perlu menghayati dan seterusnya dapat menggunakan ruang fikiran untuk berfikir
secara spontan,kenapa dan mengapa perlakuan Hang Tuah tersebut begitu.
c)Video Penyampai Cerita
Manusia merupakan makhluk penyampai
cerita.Kita selalunya seronok mendengar dan menceritakan sesuatu cerita kerana
ianya menghiburkan dan juga memberi maklumat.Cerita boleh dimuat turun ke dalam
video dan ditonton oleh pelajar.Penyampaian cerita merupakan kemahiran penting
untuk membina peribadi pelajar,menjadikan seseorang yang kreatif dan
inovatif.Objektif penyampaian idea,secara langsung dapat mengajar dan belajar
secara berkesan.
d)”Virtual Field Trip”
Video dapat membawa pelajar secara
tidak langsung melawat sesuatu tempat yang jauh tanpa pergi kesana.Sebagai
contoh,pelajar dapat melawat kawasan artic,tanpa perlu kesana,akan tetapi dapat
merasakan dan melihat kawasan dan suasana di artic dengan menonton video.Video
menambahkan kefahaman pelajar mengenai sesuatu tempat dan keadaan
sekitar,aktiviti dan sebagainya.Ianya umpama melawat tempat tersebut tanpa
benar-benar membuat perjalanan yang sebenar.
Soalan 5
Nyatakan proses untuk memilih dan
menilai video bagi penggunaan video dalam bilik darjah.
a)Memperolehi bahan Video
Kita perlu memperolehi bahan video
melalui berbagai sumber seperti Internet,Syarikat-syarikat besar yang
mengeluarkan video bagi produk mereka,Persatuan,Agensi Kerajaan dan
sebagainya.Perolehan sebegini merupakan lebih kos efektif(Murah).Walaubagaimana
pun,video yang diperolehi dari syarikat,persatuan agensi kerajaan ini perlu
dinilai kesesuaiannya terlebih dahulu.
b)Penilaian Video
Untuk menilai kesesuaian video
pula,bolehlah digunakan cara penilaian agar sesuai dengan mata pelajaran dan
juga peringkat umur pelajar.Standard penilaian boleh diperolehi dari
sumber-sumber seperti,dari lain-lain sekolah,internet dan sebagainya.Terdapat
juga syarikat-syarikat yang mengeluarkan bahan pendidikan yang mempunyai
pengalaman untuk mengeluarkan standard-standard penilaian.
Tugasan 8
Soalan 3(Buku teks)
Obtain an example of a
manipulative(s) that you could use for instruction.Submit the manipulative(s)
and a description of how would use it,including an objective.
Contoh Manipulatif:
Menggunakan
benang untuk mengukur jarak panjang sungai
diatas peta dengan panjang sungai tersebut yang sebenarnya mengikut
skala.Ukuran Jarak di atas peta dapat ditukar kepada jarak sebenar di atas
permukaan bumi dengan menggunakan skala.
Rajah
1: Peta Kg.Terasik
Setiap pelajar hendaklah diberi seutas benang.Kemudian pelajar diminta untuk meletakkan benang diatas sungai(di peta) mengikut lengkungan sungai dari tempat mula,katakana lah(x) sehingga ke penghujung sungai,katakan lah(y).
Rajah 2: Cara mengukur panjang sungai menggunakan benang.
Setelah
benang tersebut diletakkan diatas peta,pelajar akan mengalihkan benang tersebut
dan letakkan di atas skala yang terdapat di peta tersebut.Katakan skala yang
diberi adalah 1cm:2km,apabila pelajar mendapat bacaan panjang sungai dalam 5cm
contohnya,pelajar akan menukar jarak 5cm tadi kepada 10km mengikut bacaan
sebenar dipermukaan bumi.
Rajah 3: Skala mewakili 1CM:2KM
Objektif Pembelajaran
adalah:
Pelajar
memahami keadaan muka bumi yang sebenar melalui peta dan mahir dalam menentukan
atau menukar jarak/panjang sungai diatas peta dengan jarak/panjang sebenar di
permukaan bumi dengan menggunkan skala.
Soalan 4(Buku teks)
Plan a lesson that
would include a field trip(real or virtual).Locate at least one site on the
World Wide Web that could be a place to visit as virtual field trip in your
lesson.
Contoh
yang saya gunakan di sini adalah “Kilang pemprosesan jem nenas”
Laman
web lain yang juga berkesan ialah youtube pemprosesan jem nenas: https://www.youtube.com/watch?v=c-6JeBLy67w
Pelajar-pelajar diberi gambaran awal tentang pemprosesan jem nenas melalui laman web yang guru berikan.Apabila guru,membawa pelajar-pelajar ke dunia Kilang yang sebenar,pelajar akan mudah mengikuti proses tersebut sekaligus dapat memahaminya.Ini kerana,Manusia akan mudah mengingati sesuatu pembelajaran yang bermakna dalam kehidupannya.